14 May 2013

Penyakit bawaan keyboard


Saya telah diserang penyakit yang tak tahu hujung pangkal. 

Penyakit dinamakan benci blog ini telah melanda sejak berbulan-bulan yang lalu. Bila teringat pasal nak update blog saya jadi benci. Teringat nak baca blog orang lain paling koman blog sendiri, jadi malass..terus laju-laju tekan backspace padahal dah taip url.Tinggal tekan enter je.

Hari ini macam ada kekuatan nak menaip tapi tak tau lah bertahan atau sebaliknya. Kalau selepas ini tak muncul-muncul entry baru..maknanya saya telah memilih bersara awal. Ampunkan saya penunggu blog :)

Atau adakah kerana penyakit addicted candy crush sampai saya mengabaikan blog? Belum ada jawapan kepada soalan itu.

Kepada yang membaca blog saya, didoakan semoga hidup anda diberkatiNYA dan diberikan kesihatan yang baik. Ceria-ceria selalu ya...Especially for mommies yang sentiasa sibuk melayan karenah anak-anak dan suami. Kalau kita merungut, benda yang dapat pahala pun boleh jadi tak dapat. Jadi, redha-redha kan kerja kita dan Selamat Beramal :)