14 May 2013

Penyakit bawaan keyboard


Saya telah diserang penyakit yang tak tahu hujung pangkal. 

Penyakit dinamakan benci blog ini telah melanda sejak berbulan-bulan yang lalu. Bila teringat pasal nak update blog saya jadi benci. Teringat nak baca blog orang lain paling koman blog sendiri, jadi malass..terus laju-laju tekan backspace padahal dah taip url.Tinggal tekan enter je.

Hari ini macam ada kekuatan nak menaip tapi tak tau lah bertahan atau sebaliknya. Kalau selepas ini tak muncul-muncul entry baru..maknanya saya telah memilih bersara awal. Ampunkan saya penunggu blog :)

Atau adakah kerana penyakit addicted candy crush sampai saya mengabaikan blog? Belum ada jawapan kepada soalan itu.

Kepada yang membaca blog saya, didoakan semoga hidup anda diberkatiNYA dan diberikan kesihatan yang baik. Ceria-ceria selalu ya...Especially for mommies yang sentiasa sibuk melayan karenah anak-anak dan suami. Kalau kita merungut, benda yang dapat pahala pun boleh jadi tak dapat. Jadi, redha-redha kan kerja kita dan Selamat Beramal :)

22 February 2013

Ohooooooooooohoi!!!

Muqaddimah m.daud kilau kiterrr

Dah taktau nk mula macammana. Lama benor bersawang rumahku ini.

Tahun 2013.. . Sangat sibuk di tempat kerja.  Feel nak lempang orang je. Ha2 punya dasat emosi iteww

Tapi sempat juga mikior apa nak buat anny tahun ini. Umur panjang kami bakal sambut hari cinta hujung bulan april nanti. Dan bersempena yang ke 9 tahun moh ke sabah la kita ye!

Siap ada first draft...macam buat proposal gitu. Siapa paling teliti bab-bab cuti ni. Opkoss la lady. Semua nak tiptop supaya waktu bercuti tu bukan nightmare.Pastikan leher anda ditongkat dengan teliti untuk membacanya ye.

Susah juga nak bercuti anak kocik2 ni. Banyak benda kena consider. Bukan ikut sesedap rasa dan tekak jek. Tapi kalau pergi berdua tak syok juga. Hamboi2 ekau bersuka ria anak ditinggalkan. Ouwh tidak sopan kurasakan. Rezeki kongsi sama-sama ye dok. Penat kerja hasilnya untuk anak-anak juga----*ayat menggeleman tengkuk

08 January 2013

Yang mana satu

Assalamualaikum....

Saya tengah menunggu giliran kat klinik. Ada masalah mata. 10 hari enggak mau baik. Cuba ku tahan jebatttt tapi nampaknya become worse so berlenggang-lenggang la ke klinik untuk di periksa.

Tengah boring-boring ni belek gambar dlm purse. Jumpa plak gambar lama.

Agak-agaknya siapa yang lebih mirip mak eh

Sekali pandang nampak style rambut kpop maknya dh menurun kat baby syabil. Tapi yang lelain xsure. Dulu i girlish tau. Ambil gambar mesti kena pegang bunga. Dah remaja tukar imej. Seluar kotak nyahhh. Macam....feminin? Oh pehlissss!

Masuk 3 series ni je baru comeback feel dress gegirl itu. Tapi dah tak tergamak nak pose gegirl la pulok..haaa apapuntakbleh