Kepada kekandaku yang jauh di Malaysia
Surat terbuka untuk kekanda yang berbentuk mesej bertaip ini mempunyai satu tujuan utama sahaja. Adinda tidak berminat untuk berbicara tentang kita di ruangan ini, kelak akan ditimpa musibah gamaknya.
Apa yang ingin adinda sampaikan adalah berkenaan kejayaan adinda memperoleh 4 ekor raksasa beserta ultraman yang menjadi kebanggaan dua anakanda kita. Mohon kasih sayang kekanda untuk menunjukkan gambar-gambar di bawah kepada mereka memandangkan tiada saluran lain yang lebih berjaya untuk adinda tunjukkan gambar tersebut.
Pesanan adinda kepada anakanda Syahmi, walaupun ibunda jauh dimata, janganlah hanya di ingat ultraman ini sahaja. ingatlah diriku jua...sob! sob! tiba-tiba adinda dalam mood kesedihan.
Kepada anakanda syafiq, ibunda telah berjaya merealisasikan impian anakanda. Kelak janganlah diminta ultraman lagi kerana sudah penuh satu bakul keturunan mereka di rumah kita.
Silalah kekanda tunjukkan kepada mereka untuk tatapan di hari mendatang. Ingat anakandaku, jangan jemu-jemu menunggu ibunda balik dari jepun.
Ultraman Zero |
Ultraman Mebius |
Adinda berjaya mengesan nama kedua-dua ekor ultraman ini. Untuk pengetahuan kekanda & anakanda berdua, mereka adalah siri terkini keturunan 8 beradik.
Raksasa ketam |
Raksasa jagung |
Inilah pula raksasa yang ibunda akan bawa pulang. Ibunda namakan mereka sempena nama yang anakanda berdua ciptakan. Sungguh kreatif anakanda berdua. syabbas inspektor shahab!!!.
Kekanda, sekian sahaja coretan adinda. Kita berjumpa lagi di lain masa. dengan ucapan...chentaku 100 persen.
3 comments:
waaa mesti berbangga anakandamu berdua itew dapat ultraman ori dari jepun u....
hahahaha.. kenapa aku mcm suka gile ngan entry ko kali nih.. lain drpd lain.. sgt sweet pd pandangan mata ku.. hahahahaha sekali lagi..
penat weh kena study keturunan otromen.. mesti hero2 ko tak sabar kan.. ko tgk la, ko smpai je konpem dia terkam otromen.. aku punya shokubutsu mana?
hee...kepala sudah weng...kluar macam2 ler...shokubutsu tak jumpa pun...sini pakai brand lain daaaa...
Post a Comment