29 September 2010

Jiwa kacau..!!

Jiwa kacau ke cikjah? ....ha'ah memang pun..... :p

Yang pertama
Gusi bengkak. Gigi bongsu yang telah lama tumbuh separuh itu telah menyebabkan gusi disekelilingnye bengkak, 2 hari dah ni. maybe ada infection. Tadi nak ambil ubat, klinik pula tak beroperasi. Ada masalah logistik.adeh!!. Sakit oo...nak telan air liur pun payah.!!

Huwaaaa...nak makan nih...tapi gigi saket! 


Sedap! sedap! tapi mak takde selera la dek non!
 

Yang kedua :  
Ni ha...tak lama lagi nak torbang jauh nun...kena ready checklist...berapa helai baju..barang2 peribadi., makanan2 kering, duit blanjer, ready mental..uish byk la. Tu belum ambil kira checklist kat sini. A lot of tq to my laling, sudi bantu jaga anak-anak sepeninggalan omaknyer ke sinun. tapi kena juga listdown barang2  yang kena beli utk buat stok,, kena ingatkan waktu bayor yuran anak, bila masa gi skolah pakai uniform, bila masa pakai baju sukan, bila masa pkai bju melayu, hush byk pesanan untuk my mr mama. nanti i listkan ye yang..chekidout!! Takpe..takpe jangan gundah gulana. Isteri mu ini akan cuba simplify (bukan simplicity yeaa...) suma keje2..mana2 yang leh buat, i ready kan siap2..

Exhibit a.k.a evidence

Yang ketiga : 
Keje melambak kt opis ni..tapi jiwaku bukan disini. itu yang masalahnyer. Dah nak hujung tahun lagi banyak kerja. Sana sini nk kena capai target. Kena selesaiakan sebelum berangkat. Takkan nak bebankan suma kat anak buah.sikit2 udah ler...hee..OPSSS esok ada training excel untuk matron. tak study lagi.. trainer pun kena study gak..kita ni trainer amatur symp. Tapi kemalasan melanda...arrggghhhhh tidakkkkkkkkkk!!!

Jadi untuk meneutralkan perasaan negatif yang telah membiak dengan jayanya, mari dengar lagu ni. Chaaiyok chekpid..u can do it!!


22 September 2010

.....2 berita 2 emosi

Kelu lidah nak berkata...tangan pun gigil lagi neh..nak mengarang ayat pun payah......kaget, terkujat..suma perasaan ada. Saya terima dua berita berbeza dengan dua perasan yang sememangnya sangat berbeza juga

1. Semalam my eldest, syahmi jatuh kat sekolah, kena 2 jahitan kat dahi. Notti, entah macammana terjatuh & dahi terhantuk kat bucu almari. Kaki pula lebam...ada la besor penumbuk budak kecik...hmm macam-macam hal.

Uol pernah tak berhadapan dengan situasi macam saya. Cikgu telefon masa di pejabat...dengan suara dia yang terketar-ketar & susun ayat slowly maklumkan anak kita ada musibah...huisshh, mula-mula acting macam biasa, maklum pada bos & drive ke taska kemas untuk tengok keadaan dia. Bila sampai, nampak dia tengah berbaring. badan panas & dahi berbalut. Cikgu dia kata masa jatuh tu, syahmi langsung tak menangis, bila ditanya pun langsung tak keluar sepatah perkataan. Maybe terkejut sampai dia sendiri terdiam.

Selak sikit luka dia, terbelah & panjangnya dekat 2 inchi. Sib baik cikgu dia dah lapkan darah kalau tidak saya pulak yang pitam kat situ. Telefon abang, minta dia jumpa sahaja di klinik.

Bila sampai klinik terus register & dalam 15 minit dah dapat jumpa doktor, alhamdulillah cepat. Doktor advice jahit sebab nak elak infection & scar. OTW ke bilik untuk dressing syahmi dah buat hal. Sudden dia nangis2 & try lari keluar. Adoyai, omaknye ni bukan larat sangat nak hangkat..somput den. No choice, minta tolong pembantu kesihatan (MA) angkatkan & bawa masuk.

En. suami tak sampai2 lagi, ada masalah sikit kat tempat kerja, tak boleh nak tunggu dia. Syahmi lagi penting kan. so, proceed...Teruk betul perasaan masa tu. Bila syahmi dah start meraung & meronta, staff minta izin untuk mereka balut badan syahmi dengan selimut...tak sanggup tengok, mereka pun advice saya tunggu sahaja di luar.

Tunggu kt luar, masih dengar lagi syahmi menangis..& word yang tak boleh lupa, dia kata mama, sakit....mama, sakit...syahdunya dengar. Mula2 boleh tahan...cuba layan fb..huh mana ada mood time tuh...En. suami masih tak sampai...berhadapan perkara ni sendiri memang boley sentap occay. Finally, larik ke toilet, cool down.. basuh muka & try to be strong...memang mencabar emosi betul.

Keluar toilet nampak syahmi depan pintu bilik doktor..abang MA tengah pimpin. Dia pun dh tak menangis lagi, so mamanya pun cool semula. Bila nak ambil ubat, baru En. suami sampai...haishh..takpe la, nak wat camne...benda tak boleh nak elak.

2. Itu cerita semalam. Hari ini saya ambil cuti kecemasan. Nak pastikan syahmi betul-betul ok. So, sampai ke petang ni, bengkak dia dah surut, lari sini lari sana...kita yang penat jerit2..takut dia terhantuk ke...terjatuh lagi ke..tp budak bertuah ni rilek jek..Kalau dah berjahit tu, kena pantang la sikit. jangan makan telur or benda2 gatal macam udang. Yang lebam kat kaki syahmi tu pun kami tuamkan ais, cepat lebam tu hilang. Tadi tengah rilek2, baru dapat check emel opis. Terima satu emel dengan subjek yang memang tak menarik perhatian. Ingatkan ada orang nak promote training (as usual), tapi klik juga la...

Fuhh....dagdigdug jantung mak, nyahhhhh....dapat berita yang memang unsangkarable...sangat teruja. Bila En. suami balik tadi, terus tunjuk dia emel tu, minta pendapat. Bincang & bincang, dia setuju & merelakan...wah gituuuuuuu. Esok tak sabar nak ke opis, nak selesaikan hal jabatan pula. Apa beritanya? nantila saya hupdate sikit-sikt...SURPRISE

15 September 2010

Seronok ke raya?

Seronok ke?

Bagi family kami, ada dua-dua sekali..tak seronok sebab di hari pertama duit saya telah dicuri oleh orang yang tidak bertanggungjawab...tak ada kesedaran sivik..bodos.

Marah? Memang marah sebab it was happend on the 1st raya. Bukannya tak kenal..tapi hamba Allah tu memang tak boleh di harap langsung...tegur pun tak makan saman...cuma kita sahaja yang kena berhati-hati...terleka sedikit, beginilah jadinya. Bila mood spoilt, memang lah tak seronok kan..pergi beraya pun  dengan membawa hati yang lara...chewah. 2 digit ok lagi, ini 3 digit..di hari raya pula tu..Tak pasal-pasal En. Suami korbankan duit raya dia untuk cover sebab minik dia ni dah muncung sedepa :p

Apa yang seronok? Banyak juga...Hari Raya kena bergembira. Walaupun ada insiden yang tak best...

  1. Banyak rumah dapat lawat & ziarah sanak saudara + frenz
  2. Kesihatan anaks beranaks pun ok..tak ada yang demam, batuk atau cirit birit...kan best pergi beraya
  3. 2 hero dah pandai beraya...tak rugi mama dia prepare baju raya. berbaloi-baloi. Pakai hingga ke titisan peluh terakhir..
  4. Dapat bawa mak & mak mertua konvoi raya. Bukan senang nak ajak orang tua pi beraya kan! 
  5. Banyak lagi. .....

Gambar banyak, tapi malas nak upload. Marilah cuci mata dengan 3 keping gambar yang ado! Selamat Hari Raya. Semoga bertambah-tambah ceria wahai pembaca blog yang budiman :)





03 September 2010

Wake up call

Saya suka hari jumaat. Sebab........Jumaat best! Penghulu segala hari. Kalau kita buat  baik pahala dapat berganda dan jika sebaliknya, dosa pun berganda juga.

Jumaat kali ini saya dikejutkan dengan hadiah dari student UiTM. Budak-budak ni pernah datang jumpa saya, tak silap awal ramadhan. Datang terjah saja, katanya last minit pensyarah tetapkan date untuk hantar projek. Kalau ikutkan berat hati, tengah banyak kerja & tak prepare pun apa output yang boleh kita kongsi. Tapi disebabkan UitM di hatiku, pernah jadi student macam mereka, jadi bantu lah apa yang boleh dibantu. Ikhlas tolong anak melayu, generasi pelapis kita juga.

Kellas!! wrapper pun purple, sinonim dengan UiTM



 Tq dear....


Hati rasa berbunga-bunga bila dapat kejutan tadi. Siapa yang tak suka surprise, kan. Sebenarnya lebih rasa terharu dengan ingatan  dan penghargaan yang mereka beri. Saya doakan adik-adik ini berjaya. Cari ilmu sebanyak mungkin. Walaupun dunia pekerjaan tidak sama dengan apa yang kita hadapi semasa belajar, sebenarnya ilmu yang kita dapat itulah yang menjadi bekalan & panduan semasa kita membuat keputusan. Maklumlah dunia IT...sangat luas bidangnya..Siapa yang kerja dalam bidang ini, mungkin lebih faham. Apapun, hati saya berlagu riang hari ini