16 February 2011

Laskar Pelangi- u pink my heart


Gambar carian en gugel



wah....pink my heart..jangan main2. Bukan senang i nk concentrate tengok cerita di tv dengan penuh konsentrasi hingga menyentuh hati. Payah dah, compare dengan zaman anak dara dulu. Suka layan jiwa raga. Now, tak macam dulu. Selain cerita sekarang yang banyak hantu timbul sana sini, banyak masa menonton astro ceria....untuk kita ajer. kes budak2 kat rumah ni la.

Malam tadi berkesempatan menonton filem laskar pelangi di saluran Astro 104. Melalui bacaan di akhbar2, memang dengarnya sambutan filem ini sangat bagus. Filem yang di adaptasi dari novel tulisan Andrea Hirata memang sudah banyak menang anugerah dan dengarnya banyak negara ingin jadikan naskah novel tersebut sebagai rujukan.

Based on my view, filem ni bagus. pelakon kanak-kanaknya pun memang sangat natural. Mengisahkan perjuangan 2 orang guru yang berusaha memberikan pendidikan pada kanak-kanak kampung yang hampir dinafikan hak untuk belajar kerana desakan hidup yang serba kekurangan. I luv karektor seorang budak ni. Namanya lintang. Dia ramai adik kecil. Ibu dah meninggal, ayah pula kerja nelayan tak tentu masa. Budak ni memang bijak, suka mencari ilmu melalui bacaan akhbar & juga pengalaman hidup. Setiap hari bila dia nak ke sekolah, dia perlu melintas satu kawasan laluan buaya. Sampaikan dia boleh tahu waktu yang sesuai, bila buaya ini akan turun ke paya, then baru dia boleh melintas jalan.

Teringat pula kata-kata guru besar sekolah tu. Lebih kurang macam ni la " Dalam hidup ini, berilah sebanyak-banyaknya, bukan meminta sebanyak-banyaknya. "

Maybe boleh apply dalam hidup kita. waktu stress kt opis tu, ingat-ingatlah kata-kata tu. Hati kena kental semangat mesti kuat & ikhlas bila bekerja. Seperti diriku yang sedang dilanda stress ketika ini. Stress sebab try hard to deliver service, but then other third party tak bagi komitmen. Haih, jangan naik darah tinggi sudah :p

07 February 2011

unidentified mood


Boleh ke  perkataan unidentified digabungkan dengan mood? Sesuai ke ayat tu? Siapa2 yang tahu, boleh la share yea...main taram je tajuk tu. ntah betul ke tidak tatabahasa & qolqolah nye, idakler ketahuan.

Sekarang ini mood tengah tak menentu. Ada masa rasa nak buat en3 baru..tiba masa plak rasa lost, suka lagi baca blog kawan-kawan semua. entah le...maybe sebab badan tak sihat, pantas je mood ni berubah. Macam waktu makan. Rasa lapar nak makan macam-macam. Bila ada depan mata, rasa loya pulak. Nanti kalau tak paksa makan, jadi kes macam dulu, kena dehydrate...chobaan


BTW, macamana cuti CNY uols? Sibok ke kenduri kahwin atau pergi jalan-jalan dengan family? Kita dok umah je. Nasib juga balik kampung, merasa masakan mak...*like heaven..Apa yang dibuat? kemas rumah, makan..tidur.........
Tidur tu yang lebih. Entahlah...badan ni letih je, perut pulak sebu. Angin dah naik ke kepala :)

Diharapkan unidentified mood ni cepatla berlalu..Amin.........

Again, gambar yang tiada kena mengena dengan en3 di atas.
Apa motif? taktau

02 February 2011

Lebiu



Korang dulu honeymoon kat mana? Cer citer...cer citer.......

Kami dulu pergi Langkawi. Memang teringin benor sebab tak pernah sampai. Cik abang lain la, dia pernah pergi dengan member2 bujang. So, plan harus diatur yaaa...Masa sibuk nak kawen, time tu la sibuk juga plan honeymoon. Harusla kan. Malas nak tangguh-tangguh.  Memang ambil cuti panjang untuk misi tersebut.

Rumah keluarga kami tak jauh. Me at Tanjong Karang & Mr Hubby @ Pasir Panjang. Petang Jumaat nikah, sabtu kenduri kat Tanjong, esoknya dah ke Pasir Panjang. Sambung dalam 3 hari cuti rumah mertua *kes basuh periuk la apa lagi** lepas tu terus masuk rumah sewa baru. Masa tu menyewa di Teluk gadung, klang. Rumah kami depan stesen lrt. Baru kawen, serba kekurangan lagi..rumah pun kosong jek. banyak memori rumah tu.

..adus, lari topik dah ni....

Ok, sambung cerita pasal langkawi. Kami pergi naik bas jek. Dari stesen bas klang dalam pukul 10 malam, sampai pekan kuah dekat 6 pagi kot. Then naik feri. Sudahle sememeh tak mandi pagi, tapi off course mak menten...depan chenta hati la katakan.

Seronok wok gi Langkawi time berdua. Boleh naik bot pancung, lawat pulau ke pulau...Tasik dayang bunting pun kami dah sampai. Masuk je dalam tasik tu terus rasa panik. Sebab kaki tak cecah dasar. pulak tu air dia tenang lain macam, hijau pulak tu...eeee soram gakla. Sekali lagi....mak menten cover line

........Gigeyh snap gambar lama..............



Sungguh mulus kudus ketika itu. 2 keping cukup, takbley lelebih


Stay @ langkawi 3d2n. Ambil pakej, fully covered dari transport, hotel + f&b. Best. Balik dari sana naik pula lrt dari KL sentral ke stesen Teluk gadung. sampai dah malam, dalam 11pm. Sudahle stesen memang dah gelap (last transit), kena kejor anjing giler. Bayangkanla dengan beg besor AF kiri kanan. Kali ni mak memang tak boleh menten lagi. Lari langkah seribu yeop...but still berpegang tangan...auwww, tak kosa...*apa kes laki aku pun larik sekali neyh

Anniversary tahun lepas kami ke Langkawi semula beserta 2 little hero. So, tak dapatla pergi pulau2 macam dolu-dolu..Bahaya naik bot pancung ni. Melambung-lambung dibuatnya. Kami jalan2 tempat yang tak sampai lagi 6 tahun dulu. Banyak dah pembangunan kat sana. Pekan kuah pun dah cantik. Yang seronoknye langkawi ni sebab kawasan dia comel je. So kita boleh cover 1 langkawi. Kalau ada rezeki memang nak pergi lagi. Tapi matlamat dah jadi lain la, off course. It's time for me do collection in pinggan mangkuk segala. corningware, vision & macam2 brand adaaaaaaa...misi kumpul duit