Hoyehhh, cuti sekolah dah bermula. Bukan budak-budak je, mak budak pun seronok. Kalau dapat bercuti lagilah beronok-ronok.
Kami pergi Gambang...jadilah, ye dok!! hikhikkk
30 April hari tu genap Anniversary ke-8. Tak kemana pun. Buat rekod hari tu kami pergi makan luar dari breakfast sampai supper. Muncit perut weih...memang totally jalan-jalan cari makan. Dan bersempena cuti sekolah ni, dikira sambut anniversary jugak lah walaupun dah kelewatan..huhu
Sebelum Tuan driver mulakan tugas haruslah anak-anaknya berlagak divo............
Amacam, ok tak pose ai? Ada gaya mutu dan keunggulan? |
Bakal pemandu peribadi ahkakkk. |
Hari pertama perjalanan agak kelenguhan sebab jammed@ genting sempah. Adalah dalam 5km jalan tersengguk-sengguk. Bila dah jadi gitu, haruslah tayar hangit dan enjin kepanasan makanya berderet kereta park di bahu jalan nak kasi enjin sejuk. Kami jalan jugak, tak kuasa nak melambatkan lagi perjalanan.
Jarang pergi area utara & pantai timur ni. tak banyak R&R, billboard yangbest2 pun takde...jalan terusss cuci mata tengok bukit bukau. Ouwh, boleh tahan mengantuk, tapi tak sampai hati membiarkan Tuan driver sorang-sorang. Ai kan co-pilot yang baik (Sila tahan muntah)
Sampai sana dah petang. Acara wajib yang pertama adalah acara menguji keempukan tilam tempat beradu.
Syabil kelihatan kaget disitu |
Tak boleh jadi. Macam best je gambar 3 beradik tu...jeles. Terus maknya nak menempel. Gigih mencari setting yang auto snap tu.
Bosan tunggu weihhhh |
Haaaaa...dapat masuk!! |
Bila dah naik syeikh...ajak plak apoknya joint sekaki acara lompat |
Malam tu kami lepak-lepak kat funfair dalam resort je. Pandai owner. Kawasan situ memang takde entertainment lain. Pekan pun jauh. Jadi kat situlah dia cari bisnes. Funfair, horse ride, karok, game bagai...haaa pilih je apa nak, macam-macam ada.
Sebelum beradu, layan blues kat cafe dulu. Masakannya? sangaaaaattt tak menepati selera :)
Syabil tunjuk hero guling-guling atas meja cafe. Syafiq pun taknak kalah. Nak tumpang glamer jugak.Lantakkk!! |
Sangat happy tengok anak-anak happy. Especially baby Syabil yang over menggeletis dari mula-mula masuk kereta lagi. Hope dia semakin sembuh. Syoooh, pergi jauh-jauh penyakit!!
Sesi kuak lentang di waterpark akan disambung next entry (kalau rajin). Sekian