![]() |
Tak tau la eh..anak orang lain macam ni ke tidak..tapi kalau anak-anak Encik fathul ni, pergi mana-mana pun dia punya eksited over the boundary. Energy membuak-buak menggelegak menggeletek ketiak dan jari kaki hingga memaksa gerakan yang haisssshh..kalau korang dok dekat, memang mama kutil je paha tu..'Dok diam tak boleh?' ~itu statement biasa sangat dahhhh
Kalau ada sofa, tujuannya untuk dilompat-lompat...baring macam tengok wonderpets di rumah mahupun diguling-guling aksi shah rukh khan mengejar kajol di lereng bukit. Itu belum jumpa lantai lapang, kena ada aksi buat-buat jatuh menggelongsor untuk test getah selipar, kuat mengcengkam atau sebaliknya "Meh sini test tendangan kuda mama, cuba rasa padu ke tidakkk"
Dan...di belek-belek lagi gambar yang ada dalam koleksi.......
haisssh, lama daku tak bergambar. Sejak masuk 3 series ni tak berapa minat lah..rasa macam nak pose gedik tak sesuai je..pose gedik dengan officemate best..dengan fathuls' macam tak syok, nak-nak bila tak sekufu. Kita je over, depa buat hal sendiri, suh tengok kamera pun depa taknak (Kesian daku diketepikan mentang-mentanglah princess solo in de house)
Actually, ini gambar kat klinik. Bawa baby Syabil lagi. Sekejap demam, kebah, pastu demam, pastu kebah, pastu dedor..pastu demam lagi..lagi.lagi...ha, pitam dibuatnya. Tapi yang buat kami musykil, asal keluar rumah je dia ok sehingga memaksa kami membuat analogy begini ->
- Dia ok, dia cuma nak jalan-jalan naik kereta
- Dia ok, dia cuma suka aircond dan suka naik kereta
- Dia tak sihat, tapi asal dapat fresh air dia ok
- Dia tak sihat, tapi bila keluar jalan-jalan berjemaah dia ok
- Dia memang tak sihat tapi jadi sihat bila keluar
- Dia sememang-memangnya tak sihat
6 comments:
patut la body u menten cun..
ade 4 hero nak di kawal hehehe..
klo nak tau cemane nak slim sila berhubung ngn kak chekpid..hihihi...
byk btol hipotesis utk bby syabil kan?? gali..gali..kaji..kaji..:D
hahaaaa...itulah rahsia nya. exercise mulut, muka, tangan kaki suma lengkap
hahhaa....ssh ht bila bdk demam-kebah-dedor-dmm-baik-ulang semula.
sal, memang tak keruan...sebab tu lama tak bergambar close-up..lama dah tak semenggah ni haaaa..huhuuuu
armouris- tq. macam menarik je bantal sejuk itu :)
Sama la kita, Epid. 4 orang laki, kita sorang pompuan dalam rumah. Budak laki ni memang tak leh dok diam. Nanti dah besor sikit, masuk 9 tahun camtu, dia orang slow down la sikit. :)
Post a Comment