26 November 2010

Entry malaz


Ini adalah entry cepat-cepat taip tanpa memikirkan tatabahasa yang kompom tunggang langgang. Asalkan korang paham sudah. Kalo tak paham pun, baca laju2 jek tanpa mencerap di kepala ituh.

Apa yang berlaku sepanjang minggu ni ek? hmm..banyak gak. Meeting unit, rombakan tugas dan jugak majlis perpisahan untuk one of our IT staff, Lokman

Korang memang best!

Lokman jangan lupa kami di sini ye

Gambar tuan tanah HARUS ader


Minggu ni jugak adalah minggu yang hampir penuh dengan aktiviti jalan-jalan tak tentu pasal bermula dengan ke reject shop, Jaya Jusco , uptown , Tesco dan jugak jualan gudang reject shop. Begitu gigih berjalan kesana sini ye..kemain lagik..tp kalau nak masak, macam2 alasan...fenat keje la..lenguh la..sakit urat la...Ampunkan dia yang bermonolong sengsorang

Ha...pasal entry Jipaban hari selasa lepas.. cepat betul barang sampai. Khamis sudah dapat lorr...tapi tokleh tunjuk kt sini..untuk tatapan dalam rumah jek.


Keadaan rumah adalah seperti biasa


Seperti biasa maksudnya disini bukan lah  kemas yang tak sedia menunggu tetamu yea...

Tengok tu...senget benget frame itu hasil kreativiti mereka.
Boleh plak susun 12 penjaga rumah baek punya....atas cermin dinding!
sod..ba..ro =.SABAR

Malam tadi ditambah lagi dengan helaian kertas-kertas yang dikoyak berlukisan lep. ala...lep yang gambar hati tu...Si abang lukis. yang adik jadi posto...berlari-larian menunjukkan kat mama nya helaian demi helaian. Bila suruh kemas & buang dalam tong sampah depa tak kasi. katanya itu lep untuk mama..

ok, entry tamat tanpa sebab. Sekian.


25 November 2010

Video klip terlampau






ini dia video klip terlampau..............................
PENDEK!!

tak sempat prodesur kata CUT, tau2 dah habis shoot


Insiden di dalam kereta ketika menunggu pakwe claim point kt petronas

Bersama ini disertakan pantun teka-teki untuk menguji minda

Anak ayam berlari lari .....ayam berlari?
Mencari ibunya yang telah pergi.......pergilah kau, bising jek
"Jika tuan hamba bijak bistari
lagu apakah yang mereka nyanyi"



19 November 2010

Syafiq menang contest



Seronoknya wanita itu...
syafiq menang contest muncung menawan
idak ler jadi juara jadi pensaguhati je
ok la tu
selama berblog ni, baru enter 3 contest
2 contest dapat saguhati
1 lagi
tak dapat hape2...ha2

Puan rumah beralamat disini --> http://arisyanaziq.blogspot.com/

Sebelum ni joint contest sayang adik
Pun dapat saguhati...alhamdulillah


menaikkan semangat nak joint contest lagi 
baru 3 nih! mana shukupp
usaha harus digandakan
sambil blogwalking sambil tambah kenalan

terima kasih pada pihak penganjur, para peminat 
dan semua yang menyokong karier saya selama ini
wa...tiba-tiba rasa macam menang grammy award daaaa..

teruk dah sakit dia ni

Sudah-sudah la tu....



Hoyeh...!! Seronoknya masuk kerja
...Sebut bersama ekspresi yang ceria ye...
Off course terus ke gear 3
Mana boleh terhegeh-hegeh start enjin,
kalau tidak memang "Nyah kau dari sini"


Masuk opis pagi tadi banyak benda baru hoh
Bilik baru wujud pun ada
Bilik renovate pun ada
sangat berkembang perkembangan opisku
va...va.....


Sudah-sudah la tu
Jangan di kenang musim luruh yang berguguran itu
Bersama angin sejuk yang bertiup dimukamu tika dulu :p



Mari kita mulakan mood baru
Lalalalalalaaa.............
Sila kekalkan mood tersebut

Sedarlah diri sebelum anda disedarkan
Kata nak jadi PTM unggul kan..?

14 November 2010

Outing



Dia : Yang, penatlah....kemas rumah pun macam tak kemas. 
5 minit je, pastu budak2 sepah balik (alasan)

Si dia : hmmm, memangla..sebab tu abang malas kemas rumah (erkk!!)

Dia : jom makan kfc kat luar nak?

Si dia : jom


*****************************
Outing pertama berlangsung di Jaya Jusco Klang


Lepas makan kfc, aktiviti bebas dimulakan. Ikutkan je budak-budak ni...kira hadiah sebab kena tinggal lama masa kursus tempoh hari

Test drive

Leg warmer sebelah je? 
sebelah lagi kat dak demok

Test drive jugak

Sebenarnya leg warmer tu hadiah saguhati masa enter contest sayang adik. Dapat pagi semalam. Tuan rumah bisnes barang-barang murah. Singgahlah ye..

Kata sehati sejiwa kan..complete each other. Mana ada berebut pun. Pakai sorang satu sudaaaa.... panjang akal gak budak nih. agaknya menjadi juga petua orang-orang lama. Masa baby letak tali pusat kering dalam 1 botol & masukkan minyak masak. Doa biar adik beradik tak putus hubungan, bergaduh macamana pun, tetap bertaut gituu..



Kegembiraan kanak-kanak riang berlaku lebih kurang 15 minit

Anak sapo la ni. hmm, kena beli lagi sepasang le gamaknyer


Sebelum kegembiraan itu direntap bila keluar suara 
" mama, nak cd otomen"

...dan sesi tangisan bermula


Sudah...!! masuk keta, jom balik g jalan pun stress, haishh


13 November 2010

The end



Hari-hari terakhir di Tokyo, 3 mode yang bercampur aduk macam rojak pasembor.
MODE nervous :- kena wat presentation & attend evaluation meeting. Luckily, berjalan lancar


MODE syahdu :- bakal meninggalkan bandar tokyo yang cantik & bersih serta coordinator & semua officer yang terlibat dengan program



MODE teruja :- Yeay...boleh jumpa family, sedara mara, kawan-kawan, officemate, makan tomyam & sambung shopping raya plak...erk!




SAYONARA JAPAN..!! from Malaysia Delegation with luv