Dia : Yang, penatlah....kemas rumah pun macam tak kemas.
5 minit je, pastu budak2 sepah balik (alasan)
Si dia : hmmm, memangla..sebab tu abang malas kemas rumah (erkk!!)
Dia : jom makan kfc kat luar nak?
Si dia : jom
*****************************
Outing pertama berlangsung di Jaya Jusco Klang
Lepas makan kfc, aktiviti bebas dimulakan. Ikutkan je budak-budak ni...kira hadiah sebab kena tinggal lama masa kursus tempoh hari
Test drive |
Leg warmer sebelah je?
sebelah lagi kat dak demok
Test drive jugak |
Sebenarnya leg warmer tu hadiah saguhati masa enter contest sayang adik. Dapat pagi semalam. Tuan rumah bisnes barang-barang murah. Singgahlah ye..
Kata sehati sejiwa kan..complete each other. Mana ada berebut pun. Pakai sorang satu sudaaaa.... panjang akal gak budak nih. agaknya menjadi juga petua orang-orang lama. Masa baby letak tali pusat kering dalam 1 botol & masukkan minyak masak. Doa biar adik beradik tak putus hubungan, bergaduh macamana pun, tetap bertaut gituu..
Kegembiraan kanak-kanak riang berlaku lebih kurang 15 minit
Anak sapo la ni. hmm, kena beli lagi sepasang le gamaknyer |
Sebelum kegembiraan itu direntap bila keluar suara
" mama, nak cd otomen"
...dan sesi tangisan bermula
Sudah...!! masuk keta, jom balik g jalan pun stress, haishh
2 comments:
woo, ko mmg buat cam tu ek tali pusat anak2 ko? sekali kan ngan tali pusat ko tak? mmg damai la dorang.. relek je pakai sorang sebelah.. hahaha..
si abg tu dha tak muat.. merana kereta tuh..
lawak la mekchu ni.gelak 18kali tau.......tali pusatku dah takjumpa. sebab tu garang macam maksom :p
Post a Comment