Kelu lidah nak berkata...tangan pun gigil lagi neh..nak mengarang ayat pun payah......kaget, terkujat..suma perasaan ada. Saya terima dua berita berbeza dengan dua perasan yang sememangnya sangat berbeza juga
1. Semalam my eldest, syahmi jatuh kat sekolah, kena 2 jahitan kat dahi. Notti, entah macammana terjatuh & dahi terhantuk kat bucu almari. Kaki pula lebam...ada la besor penumbuk budak kecik...hmm macam-macam hal.
Uol pernah tak berhadapan dengan situasi macam saya. Cikgu telefon masa di pejabat...dengan suara dia yang terketar-ketar & susun ayat slowly maklumkan anak kita ada musibah...huisshh, mula-mula acting macam biasa, maklum pada bos & drive ke taska kemas untuk tengok keadaan dia. Bila sampai, nampak dia tengah berbaring. badan panas & dahi berbalut. Cikgu dia kata masa jatuh tu, syahmi langsung tak menangis, bila ditanya pun langsung tak keluar sepatah perkataan. Maybe terkejut sampai dia sendiri terdiam.
Selak sikit luka dia, terbelah & panjangnya dekat 2 inchi. Sib baik cikgu dia dah lapkan darah kalau tidak saya pulak yang pitam kat situ. Telefon abang, minta dia jumpa sahaja di klinik.
Bila sampai klinik terus register & dalam 15 minit dah dapat jumpa doktor, alhamdulillah cepat. Doktor advice jahit sebab nak elak infection & scar. OTW ke bilik untuk dressing syahmi dah buat hal. Sudden dia nangis2 & try lari keluar. Adoyai, omaknye ni bukan larat sangat nak hangkat..somput den. No choice, minta tolong pembantu kesihatan (MA) angkatkan & bawa masuk.
En. suami tak sampai2 lagi, ada masalah sikit kat tempat kerja, tak boleh nak tunggu dia. Syahmi lagi penting kan. so, proceed...Teruk betul perasaan masa tu. Bila syahmi dah start meraung & meronta, staff minta izin untuk mereka balut badan syahmi dengan selimut...tak sanggup tengok, mereka pun advice saya tunggu sahaja di luar.
Tunggu kt luar, masih dengar lagi syahmi menangis..& word yang tak boleh lupa, dia kata mama, sakit....mama, sakit...syahdunya dengar. Mula2 boleh tahan...cuba layan fb..huh mana ada mood time tuh...En. suami masih tak sampai...berhadapan perkara ni sendiri memang boley sentap occay. Finally, larik ke toilet, cool down.. basuh muka & try to be strong...memang mencabar emosi betul.
Keluar toilet nampak syahmi depan pintu bilik doktor..abang MA tengah pimpin. Dia pun dh tak menangis lagi, so mamanya pun cool semula. Bila nak ambil ubat, baru En. suami sampai...haishh..takpe la, nak wat camne...benda tak boleh nak elak.
2. Itu cerita semalam. Hari ini saya ambil cuti kecemasan. Nak pastikan syahmi betul-betul ok. So, sampai ke petang ni, bengkak dia dah surut, lari sini lari sana...kita yang penat jerit2..takut dia terhantuk ke...terjatuh lagi ke..tp budak bertuah ni rilek jek..Kalau dah berjahit tu, kena pantang la sikit. jangan makan telur or benda2 gatal macam udang. Yang lebam kat kaki syahmi tu pun kami tuamkan ais, cepat lebam tu hilang. Tadi tengah rilek2, baru dapat check emel opis. Terima satu emel dengan subjek yang memang tak menarik perhatian. Ingatkan ada orang nak promote training (as usual), tapi klik juga la...
Fuhh....dagdigdug jantung mak, nyahhhhh....dapat berita yang memang unsangkarable...sangat teruja. Bila En. suami balik tadi, terus tunjuk dia emel tu, minta pendapat. Bincang & bincang, dia setuju & merelakan...wah gituuuuuuu. Esok tak sabar nak ke opis, nak selesaikan hal jabatan pula. Apa beritanya? nantila saya hupdate sikit-sikt...SURPRISE
5 comments:
Camna boleh jatuh kat sekolah tu? Tak tanya cikgu ke what exactly happened? Berhadapan anak sakit sorang-sorang tanpa suami memang berat. Aku paham..
Lagi satu berita tu apa? Dapat offer naik pangkat ya? :)
rasa teruk kan, that's what hubby is for..huhu..
anak tergelincir masa main...suka sangat main ice skating pakai stoking, aku dh banyak kali pesan..cikgu dia pun sama..itu le hadiah dia dapat.
tak naik pangkat pun...hal lain. nanti aku crita
vavavava...ni mesti pluang chantek dpt p over d sea niii...betul tak...betul tak???betul laa...betul laaaa.....
x sabaq nak tau nii....wakakaka....
budak tomel syahmi...hope cpt sembuh nooo...
Aku tak perasan chekpid tu ko, epit. Hehhhe..
Wah, tak sabor nak tau. Cepat la cerita.. dapat pergi oversea? :)
Oh, main iceskating pakai stoking. Ingat ke, kena pukul ke, kat sekolah, mana tau kan... Budak tengah membesar, camtu la, mesti nak ada parut jugak, buat kenangan. :)
chekpid tu nama dalam blog la..kunun...
Post a Comment