Ok dengar baca sini anak-anak mama. (Syahmi tahun depan darjah 1 kan, bacakan untuk adik. Kalau tak, sia-sia mama beli buku bacalah anakku..ater kan dah jilid 8)...*nasihat beserta ugutan sopan
Mama ada sebab yang munasabah kenapa mama tengok kartun. Sebagi penyeleras tv yang dilantik oleh mama sendiri, adalah tidak wajar mama membiarkan korang tengok tv sesuka hati sebab mama paham benor, korang cepat belajar kalau benda-benda dalam bentuk digital & bergerak-gerak ni. Mama bukannya kesiyor sangat nak tengok kartun. Dulu kecik-kecik paling tidak tengok smurf. Kalau ganas sikit tengok transformer. Masa-masa yang lain mama isikan dengan mentelaah buku (eceh!) dan main galah panjang mahupun baling kasut di dewan depan umah mama dulu.
Atas kesedaran sivik yang menebal, mama gagahkan juga tengok kartun-kartun korang bagi memastikan penceritaannya diluluskan oleh finas kami a.k.a mama dan abah. Berikut adalah hasil penelitian & pemantauan mama. Sila pahamkan tanpa kompromi.
Top 3 kartun yang dilarang -->
Hagemaru
Jangan tengok dah. Hagemaru tu pemalas. Malam-malam kencing atas tilam Suka ambil kesempatan. suka buli orang. suka ngelat & macam-macam lagi.
Sinchan
Gatal. suka ngorat pompuan cantik walaupun bawah umur macam korang. Siap goda abah dia untuk ngorat sekali. Lagi la mama mencik. Karang korang pengaruh abah...ishhh, bahaye. Sinchan tu kartun mama je. Korang tak payah tengok, pi naik atas mandi petang.
Muscle man
Mantaro memang la gagah perkasa. Tapi tu sukan gusti nak oii...ganas dan pakai baju ketat-ketat. Apekehal lelaki pakai ketat-ketat. Kan tak baik untuk kesihatan.
Top 3 kartun yang bagus -->
Wonder pets
Apa yang penting?....kerjasama....
Jangan choba-choba nak putarbelitkan fakta ye anak-anak sekelian. Bukannya bekerjasama membuli mama. Sebagai beradik-beradik (seperti kata syafiq), korang kena bekerjasama tolong mama kemas mainan. Jangan sepah-sepah...ader pahem?
Dora the explorer
Apa yang kita perlukan kalau dalam kesusahan?........map......
Mama luluskan cerita ni sebab korang belajar map tu apa. Lepas pergi sini..pergi sinun...lepas tu pergi sinun sinun lagi..Paling tidak korang tahu, rumah kita seksyen berapa, rumah nenek ada atuk kat mana..rumah nenek ada kucing kat mana...sama ada jauh ke tidak..kan bagus pembelajaran secara tak langsung tu...i like
Go diego go
Diego suka selamatkan binatang. Nanti dia terangkan binatang tu dari mana, makan apa. Tak payah la teruk-teruk mama nak tawaf zoo untuk terangkan. Lagi pun zoo kita banyak binatang dah tua-tua. Sekali sekala mama bawa eh. Paling tidak korang kenal lipan tu macammana. Dia bukan ulat gonggok mahupun ulat bulu. Bangga mama bila korang kenal. Macam insiden dalam bilik air hari tu. Korang nampak lipan terus lari bagitahu mama..sebab lipan ni bahaya. Gigit sakit...kan? kan?
Mama pun tidak le kejam sangat. 2 Kartun ni mama benarkan tengok juga
1. Ultraman.
2. Armor Hero
...sebabnya syahmi & syafiq kata cita-cita dah besor nak jadi polis. tangkap penjahat. Makanya mama izinkan tengok 2 cerita ni sebagai sumber inspirasi. See..mama tak zalim kan. walaupun pada mulanya cita-cita korang nak jadi doktor gigi untuk buatkan gigi palsu mama bila dah tua..tapi akhirnya cita-cita tu berubah sekelip mata...mama bertolak ansur dengan kecelaruan emosi & perasaan anak-anak mama dalam membuat keputusan.
Cuma sebagai sumber inspirasi, mama nak cerita sikit. Dulu masa sekolah, cita-cita terakhir yang mama tekadkan adalah menjadi PI. Dalam projek sekolah, bila tang biodata tu, mama tulis; cita-cita : PI (Private investigator). Siap tulis dalam kurungan takut-takut cikgu tak paham. Nah sekarang tengok hasilnya. Mama setia dengan cerita CSI tak kira la CSI Las Vegas, New York mahupun Miami. Semua mama layan. Walaupun tak dapat capai cita-cita tu. Korang tengok hasil pemantauan & penilaian mama pun dah cukup menunjukkan betapa mama seorang yang suka perincian, siasat menyiasat & membuat analisa. Baca saja entry ni nanti korang paham la macammana mama buat kajian kes. Bukan senang tau. Gatal lutut nak karang report ni.
Ok itu saja dari mama. Sekian , terima kasih
Pesanan penulis: ini hanya pandangan peribadi. Tidak ada kena mengena dengan orang lain. Gambar-gambar-gambar tu suma, di copy dari en gugel.