07 March 2011

Eh..Syahmi darjah 1


Nerbes okeh...cuak tak tentu pasal. Macam-macam pikir..macam-macam risau

Dengar sini orang kampung...anak den nak masuk darjah 1 tahun depan..!!

Lepas survey dibuat, nampaknya permohonan persekolahan tahun 1 Sesi 2012 sudah pun dibuka. Kalau dulu, kena tunggu pengumuman kain rentang depan sekolah atau telefon sekolah, now kekdahnya dah maju. Apply online. Macam info yang fresh from oven, baru je lepas call sekolah kat area rumah tu..depa kata kena apply kt website JPN. Kepada ibubapa yang seangkatan dengan kami, nak senang, meh terus masuk sini http://apps.moe.gov.my/esppsel/

Contoh view system


Cuma yang tak bestnya, kat situ ada statement permohonan hanya sekali & dibenarkan edit paling banyak 3 kali. Kalau nak minta dua-tiga sekolah macammana ye...kat situ boleh pilih 1 sekolah je. Kalau tak diterima, susah pula nak kena apply banyak kali untuk the next school. Bila call JPN, tak berjawap..banyak kali dial dah ni . Nanti at the end of the proses, kita akan diberi no. pin dan diminta cetak satu document checklist. Dokumen itu kena bawa ke sekolah yang kita mohon untuk tindakan seterusnya.

Takpe..usah gusarkan diri buat sementara ni.Meh kita uruskan pendaftaran di satu sekolah ni dulu. Tak terimagine camne la anak sekolah nanti. Kita dulu sekolah kampung je. Memang kudus tahap tinggi la. Tapi syahmi ni nak masuk sekolah bandar...budak-budaknya advance..fesyen advance..mature pun teradvance...takot nak pikir..doa yang baik-baik je lah

1 comment:

ANA FARHA said...

bestnyer anak dah nak sekola...
ai ni dok bele anak tekak jer larr.. :p