16 March 2011

Bawa diri



Last week 4 hari duduk kampung diam-diam. No fb..no blog...emel opis pun tak kosa nak buka..Bukan sebab putus chenta ke hape, tapi my parents, 2 sis & BIL menunaikan umrah. Petang rabu lepas balik kerja berdesup balik kampung. Berdesup la sangat kan...pukul 7 baru nak keluar rumah :p

Kami adik beradik kena gilir-gilir duduk kampung sebab temankan my lil sis. Pukul 4 pagi hari khamis tu dah hantar mereka berkumpul kat rumah ustaz ketua rombongan. Dari sana, mereka naik bas MDSB yang my BIL uruskan. Semoga perjalanan mereka di sana dipermudahkan & diberi kesihatan yang baik. Seronoknya kalau dapat peluang tunaikan umrah. Moga-moga adalah rezeki untuk itu satu hari nanti

Best lepak kampung...rasa tenang jiwa raga. Tak payah pikir pasal kerja...apa nak jadi, jadilah. Rutin bertukar...tu yang paling best. Cuma fikir apa nak sediakan untuk sarapan, lunch & dinner...selain kerja-kerja rumah yang lain. Bila kerja siap, layan budak-budak tengok wonder pets...takpun, kalau depa sibuk main, kita pulak layan csi bersiri-siri...wah..indahnye

Syahmi dan syafiq memang cukup suka balik sana. Banyak yang boleh dimain. Takpayah la beli mainan mahal segala. Duduk kampung main basikal, mandi kolam, pancing ikan, kejor kucing..uishh memang bz betul. Pukul 8 malam pun boleh tertidur kefenatan. Senang kerja ai...hehe

 


Apedehal...mandi kt stor luar pun jadi, excitednya bukan main .



3 comments:

ANA FARHA said...

bestnyer kolam dia.. hehe..

>> latest post : tsunami

chekpid said...

canggih tu..tak payah susah2 nak pam...:p

Yati said...

Mandi dalam tangki ke tu... hehhe... macam pool kecik.. Betul Epit, kadang-kadang balik kampung, takde internet dan tak yah buat kerja, rasa lapang je fikiran.
Comel kucing tengah menguap.