27 October 2011

Sejuk perut


Anak sulung dah konvo
 
-
-
-
-
-
-

Anak ke-2 dah bekerja
  


sejuk perut maknya tengok anak-anak dah boleh berdikari,
patutla tak kempis-kempis perut ni ha..buat sit up pun tak mendatangkan hasil lagi..

TAPI
-
-
-
-
-


 Yang ini tak ada kompromi. Kena jaga elok-elok. Fokus kat dia kena lebeeeeyy.
Orang dulu-dulu kata, kalau baby menangis, jangan biar lama-lama. kena cepat-cepat pujuk dan bercakap dengan dia.

Selain dari elak kembung,  bila dah besar dia takkan menangis lama-lama, tak kirala kalau terjatuh ke..kemaruk mainan ke...sekejap je dia menangis. Senang dipujuk.Insyaallah insiden guling-guling rajnikan tidak berlaku di mana-mana pasaraya  yang anda lawati.




21 October 2011

Selamat sudahhhh......


Bila teringat waktu bersalin otomatik trauma. Membayangkan sahaja proses bersalin hari itu dah ngilu satu badan.

Alhamdulillah selamat juga bersalin 10 September lepas. Awal 7 hari dari tarikh jangkaan. Sehari sebelum tu pi check up. Doktor kata biasanya kalau dah dekat, berat turun. Tapi almaklumla kan lepas raya, insiden melantak-lantak membuatkan diriku bertambah 2kg dlm seminggu. Kau ado? haha....

Dijadikan cerita 9 haribulan tu check up dan bila petang dah mula rasa perut menegang dalam setiap setengah jam. Pengalaman lahir bb seblum ini pun tak pernahnya air ketuban pecah, tak sedap hati kami pergi semula ke hospital petang tu juga. Makanya check in dalam pukul 5ptg. Malam sempat melantak nasi goreng kampung. Member opis siap datang melawat, seronok berborak sampai pukul 11 malam. Terima kasih pada sahabtku, lalinx

Pukul 11.30 dah mula rasa sakit yang amat.Pukul 12 terus masuk labour room. Bila hubby temankan, serius memang kita rasa secure & comfort. Pemberi semangat la katakan. 12.50am, di tengah hening malam tu lahir ler Muhammad Syabil. Syabil bermaksud bintang/membesar dalam kesenangan. Dengan harapan anak ini akan menjadi khalifah Allah yang disegani, menjadi pemimpin  & idola yang baik dan dipermudahkan hidupnya di dunia dan akhirat. Amin............





Abang dan adik memang excited bila dapat baby. Tak sesudah mencium sampai naik lemas si kecik tu.

Berpantang masa anak seorang tersangatlah berbeza bila anak dah bertambah-tambah ni, especially bila mereka dah besar, akal dah panjang, nakal pun tak menahan beb!! Nanti ai cerita insiden godjilah mengamuk. Serius hilang sifat kewanitaan melayu terakhir yang telah lama ku praktikkan..huhuuuuu