21 October 2011

Selamat sudahhhh......


Bila teringat waktu bersalin otomatik trauma. Membayangkan sahaja proses bersalin hari itu dah ngilu satu badan.

Alhamdulillah selamat juga bersalin 10 September lepas. Awal 7 hari dari tarikh jangkaan. Sehari sebelum tu pi check up. Doktor kata biasanya kalau dah dekat, berat turun. Tapi almaklumla kan lepas raya, insiden melantak-lantak membuatkan diriku bertambah 2kg dlm seminggu. Kau ado? haha....

Dijadikan cerita 9 haribulan tu check up dan bila petang dah mula rasa perut menegang dalam setiap setengah jam. Pengalaman lahir bb seblum ini pun tak pernahnya air ketuban pecah, tak sedap hati kami pergi semula ke hospital petang tu juga. Makanya check in dalam pukul 5ptg. Malam sempat melantak nasi goreng kampung. Member opis siap datang melawat, seronok berborak sampai pukul 11 malam. Terima kasih pada sahabtku, lalinx

Pukul 11.30 dah mula rasa sakit yang amat.Pukul 12 terus masuk labour room. Bila hubby temankan, serius memang kita rasa secure & comfort. Pemberi semangat la katakan. 12.50am, di tengah hening malam tu lahir ler Muhammad Syabil. Syabil bermaksud bintang/membesar dalam kesenangan. Dengan harapan anak ini akan menjadi khalifah Allah yang disegani, menjadi pemimpin  & idola yang baik dan dipermudahkan hidupnya di dunia dan akhirat. Amin............





Abang dan adik memang excited bila dapat baby. Tak sesudah mencium sampai naik lemas si kecik tu.

Berpantang masa anak seorang tersangatlah berbeza bila anak dah bertambah-tambah ni, especially bila mereka dah besar, akal dah panjang, nakal pun tak menahan beb!! Nanti ai cerita insiden godjilah mengamuk. Serius hilang sifat kewanitaan melayu terakhir yang telah lama ku praktikkan..huhuuuuu



6 comments:

Yati said...

Tahniah Epit!
Insiden ngamuk awat tu.. hehe..

mekchu said...

haaaa... dah agak kebosanan lah tu berpantang kat rumah.. hehehe.. tak nmpk muka baby, muka omak ehh yg lebih..

apakah insiden godjilah tu.. hahaha.. dah 3 hero ko kan.. alhamdulillah...

n o h a F i z a said...

tahniah boss.
nape tak close up muka baby syabil tu.

chekpid said...

heh...ampun kan kami penunggu gua. terober plak mak aih..nanti ai amek gambar close up bb

ANA FARHA said...

tahniah chekpid.. dikelilingi dek hero jer lar ye..

wildcutecat said...

tahniah ^_^