Lantaran baru masuk darjah satu
anak yang suci murni kudus mulus itu
telah disuruh cikgu menyiapkan latihan di atas kertas
'Subjek jawi' katanya
Tapi apakan daya, dah nama baru sekolah
belum bijak lagi menulis jawi...rumi ok la
itu pun sekejap huruf kecil sekejap huruf besar..hantamm!!!
dan hasil semakanku di suatu malam mendapati perkara berikut
Kenapa ntah gambar ni taknak rotate
Sila sengetkan kepala anda untuk membaca
Diringkaskan disini bahawa....
disebabkan tulisan jawi ditulis dari kanan ke kiri
Maka ejaan 1 delima yang dijawikan akan menjadi sebegitu juga
Aduhai anak....
ampunkan makmu ini kerana takdapat menahan ketawa yang berpanjangan
setiap kali teringat kertas itu