27 April 2012

Projek baru



Projek minggu ini adalah menambah stok makanan buat baby Syabil. Dia nak masuk 8 bulan jadi selera adalah bertambah selain tak berapa minat nak menyusu dengan maknya sayugia menghisap jari lebih nikmat dari segala-gala dimuka bumi ini..........

Bulan pertama dia  makan dimulakan dengan bubur kosong, bubur + kismis, bubur + madu, bubur + kurma. Lepas tu 'up' sikit, kasi tambah itu margerin, dikuti rapat dengan sayur lobak, kobis bunga, brokoli dan juga bayam.

Masuk bulan kedua, dah mula ada based. Apa lagi yang mudah & rasa sedap selain daripada ikan bilis sebagai peneraju utama masakan. Ikan bilis tu pulak, walaupun kita beli yang siap kopek, jangan bagi peluang malas menerjah. Harus check sekor persekor supaya tak ada tulang temulang ikut serta. Ayat apekah???

Bulan ketiga ni, upgrade lagi menu utama. Jadi esok nak buat stok ikan bilis, stok ayam, stok udang, stok daging. Masuk freezer boleh tahan lama..lebih dari 2 minggu kot. Letak dalam bekas comel-comel mesti kelihatan comel susunan dalam peti sejuk itu........again, ayat apekah??


Belum confident nak biar pengasuh masak bubur jadi tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja baju dah basah peluh bila aktiviti memasak ni masuuukkk jugerk dalam list to do every morning. Takpe..takpe...boleh kurus. Mana tahan beb...tunduk kepala pandang kaki, nampak perut!!. Mengandung tu lain ceritassss. Lain macam je ayat tu. Stress?? eh, off course hoccayyy * sambil mata pandang kiri, mulut senget ke kanan






17 April 2012

Gundah gulana + suka = Macam-macam hal

Cerita budak-budak je la nak tempek dalam blog ni.

Lepas insiden baby kecik tu demam on off 3 minggu, selang 2 minggu lepas tu dia kena demam panas pulak. At the same time my abah pun tak sihat kat kampung tu. Kami adik beradik gilir2 amik nombor uruskan abah ke klinik dan beberapa hospital. Macam-macam hal siap bawa ke Shah Alam Medical centre, KPJ, PPUM segalaaaaa. Hari ini pun abah dah kena admit di Hospital Tanjong Karang. Kami tengah usaha untuk masukkan ke PPUM, senang nak pantau dan lebih selesa kemudahannya. Harap-harap dipermudahkan dan abah kembali sihat. My abah tu dulu bekas tentera, so dia sangat menjaga keperibadian dan ketrampilannya :p. Tengah sakit teruk berdarah bagai dia akan kata....abah OK. Itu je la statementnya. Sakit apa pun dia takkan tunjuk kat orang. Kita anak beranak faham sangat dah.

Berbalik cerita si kecik tu.Selepas 3 hari demam panas tak kebah-kebah walaupun masuk ubat vontot dan makan ubat ikut time, pergi la jugak ambil darah. Kesian baru 7 bulan sampaikan urat pun tak nampak sudahnya kena cucuk kat kaki. Huuuu syahdu tengaok anak menangis.

Sekarang dah sihat, ujian darah kali kedua-result ok. Kami memang kurang keluar malam sejak ada baby kecik. Tapi malam semalam kami redah je saja nak happy tanda baby dah sihat. Statement apekah??

Bukan ke mana pun, keluar pekena roti canai anak beranak disusuli dengan aktiviti paling budak-budak ni suka......................gunting rambut.


Berlumba-lumba siapa siap dulu

Bukan setakat abang besar abang kecik je, ni ha baby pun joint the club jugerk.

Dia sangat well behave. mak suka...mak suka!!

09 April 2012

Bukannya lupa tapi tak ingat

Tengok date depan pc ni baru perasan dah masuk minggu ke-2 April dan baru rasa...eh, annyberseri lah!!

Tahun ini tak bercuti mana-mana on that day. Patutla tak ingat kot. Biasa awal tahun dah plan, punyalah excited.

30 April genap emm....2012 tolak 2004, berapa ye. Esoknya kompom cuti Hari Pekerja so kebiasaan adalah menggatal berjalan ke sana sini hangkut anak beranak semua. Disebabkan tahun ini ada  budak kecik yang kena dikendong dikelek...dengan abang sulung darjah 1 makanya jadual sangat penuh sampai lupa hari..lupa date, tahu-tahu dah sampai hujung minggu then kena repeat jadual Isnin sampai Jumaat begitulah kekdahnya.



Tak pergi holiday tak bermakna tak celebrate ye dok. Nanti nak survey tempat makan la. Kita buat aktiviti jalan-jalan cari makan. Sila lah bagi idea. Tapi ada syarat daaa....

  • Takmau jauh sangat dari Shah Alam
  • Baby friendly
  • Kids friendly esp ada playground ke hape..yg boleh buat depa dok diam2 sambil makpak berlomantik menikmati makanan
Ada ke? cadangan pleaseee

02 April 2012

Uji kekentalan anak

Siapa yang ada pengalaman bawa anak pergi klinik gigi? Senang tak nak handle? Siapa yang lebih nervous, korang ke anak? Siapa yang lebih-lebih mulut kumat kamit baca doa segala..

Banyak betul soalan..sila jawab dalam hati

Anak bujang Syahmi cikebombom kali ke-2 pergi klinik gigi. First time dulu memang gigi dia dah goyang, jadi proses mencabutnya pun senang saja dong. Dia masuk bilik doktor rilekk jek. Mak berdiri dari jauh, biar nurse dan doktor handle. Nanti lagi kita duduk dekat bimbang dia cengeng lebih. Tahu kan, cengeng tu apa.

Dia cabut gigi sendiri pun pernah jugak. Tanya dulu, Syahmi nak mama tarik ke buat sendiri. makanya bila dia sedang bersemangat waja terus offer nak buat sendiri, tak lama lepas tu tunjuk gigi depan maknya petanda kejayaan telah dicapai.

Budak nak membesar, haruslah gigi susu ditukar ke gigi kekal. Sabtu lepas bawa dia pergi klinik gigi. Itupun kena inform awal-awal. Seminggu sebelum dah bagi tahu keputusan kita dan minta juga pandangan dia. Bila dia setuju, means dah ready la tu..Itu style kami. Lain makpak lain caranya, kan.

Kalau boleh cabut sendiri memang dah lama buat. Teringat zaman kekecik dulu, orang kata ikat gigi dengan benang pastu belit pulak kat tombol pintu. Ye ke? ke ko dulu senang-senang kena tipu..huhuuuuu, sungguh naif si budak

Kes Syahmi kali ini nampaknya kena guna injection. Gigi kekal dia dah keluar kat belakang gigi susu tapi gigi susu tu pulak kuatnya mak ai takmoh goyang-goyang. Mula-mula masuk bilik doktor muka dia dah pucat lesi. "Aduh jangan le budak ni ajak balik" tapi  luaran mak kekal vogeh supaya dia nampak "waaah hebak mak aku ni, cool bebeh.." Satu keluarga support ko..habis sikecik syabil pun ku heret masuk bilik doktor. dah macam nak menyokong sukaneka pun ada jugak. Syafiq ambik port paling belakang, dia tengok dari jauh je mak bajet dia terkesima.

Syahmi ketap bibir rapat-rapat petanda tak bagi doktor cucuk

Nasib le pujuk memujuk tak sampai ke peringkat dia angkat kepala angkat kaki bagai sebabnya mak duduk ujung kerusi tu ha, kalau tak kompom dah gedebuk jatuh depan doktor. Menangis sekejap je lepas tu dia dah ok. Turun klinik singgah kedai beli aiskrim selesai job. Amin

Cerita pasal baby Syabil. Sehari lepas bawa berurut dan pergi klinik terakhir tu, dia dah baik demam. Sekarang dalam proses nak tambah berat badan dia. Kesian, timbang 5 bulan dulu berat 6.2 kg. Timbang 6 bulan jadik 6.1 kg pulak. Sangat tak best kalau baby kecik kurus keding, sebab kita sebagai maknya akan rasa tak puas hati. Minum susu badan dicampur lagi dengan  makan bubur nasi segar dari dapur chekpid, haruslah ada peningkatan berat....sebab tu kalau berat turun rasa down nya la haiiii.

8 hari lagi  masuk 7 bulan

Sekarang dah pandai senyum senget. Tapi identitih isap 2 jari tak hilang-hilang.

Dua minggu lagi kita timbang ye. Peace! Wassalam...