04 June 2012

Berendam kalah badak


Lepas menginap semalam di Bukit Gambang Resort City, pagi-pagi kami dah check-out. Sebab tau dah, takkan sempat punya nak check out tengahari. Sure santak sampai ke petang acara mandi manda bercanda di pasiran pantai.

Pagi tu kami breakfast buffet. Kena bayar untuk Syahmi je sebab pakej yang diambil dapat voucher 2 Dewasa. Syafiq tak payah. Dia bukan makan sangat pun. Itu pasal badan slim melim. Orang sibuk makan dia dah buat perangai. Tak sabar nak mandi kolam katanya.


Pegang garpu kejam gilerrr!!

Ikut plan nak suh budak-budak ni pakai baju & seluar renang je masa breakfast tu tapi disebabkan over excited, depa dah terjun kolam renang dulu untuk ambik feel. Makanya agak kelembapan la baju seluar semua, so pakai semula t-shirt hari semalamnya. Padan!!



Bukit Gambang Waterpark ditutup Hari Selasa. Tapi still buka untuk cuti sekolah dan Cuti Am. Ambil maklumlah ye. Jangan pulak korang kental ambil cuti Selasa pada hari biasa konon taknak orang ramai padahal tempat tu tutup...kan ke syusyahh.


Pintu masuk kena melepasi kedai souvenir & serbaneka ni. Ada ke patut? Hah..patutla anak den mengepow benda alah ni. Mula-mula dia mintak jaket tu ha..jenuhku buat karangan dan akhirnya berjaya menukar fikiran budak ni.muahahaaaa...save bajet yeop!

Waterpark buka pukul 9.30.

9.17 kami dah sampai teman pak guard. Jadi pagi tu mandi manda sangat heaven. Walapun cuti sekolah tapi tidaklah ramai sangat sampai korang nak kuak lentang nampak kaki orang. Kira berjaya buat kayuhan dalam 10 round tanpa gangguan. Perghhh...Bila air peluh di campur dengan air kolam, rasanya sangat heybatt!

Over. Pelampung terbalik pun tak kisah nokkss.

Dari pakai baju sampai takde baju...
untuk suruh dia balik adalah mustahil sama sekali.



Abang yang sulung ni memang mesra rakyat. Mak bajet kalau di polish awal2 boleh jadi YB ni. Senang dapat kawan.  Siap kenalkan dengan kawan yang dia jumpa kat pool semalamnya tu. Boleh berjanji bagai nak jumpa di waterpark. Yang ku peliknya, dapat jumpa pulak tu dalam ramai-ramai orang kat situ. Dia boleh survive sorang-sorang pergi sana sini redah suma tempat kat sana.Tengok dia dari jauh jew. I trust u bebeh :p


Cerita pasal ikan muntah (bak kata micah anak mekchu)...

Punya lama alahai baby syabil tidur. Dari saat melabuhkan vontot di kerusi keras dalam cafe depan kids pool dia kental dibuai mimpi yang panjang. Adalah dalam 3 jam.  Jerit la macammana sekali pun..siap adjust tempat baring dia..lena tak hingat. Kecewa ahkak jadi pak pacak. Kaki dah gatal-gatal rasa nak cecah air tapi dia tidur dan tidur dan tidur...

Lamaaaaaaa dok situ sampai tak boleh kira berapa kali pirana tu terbelahak air. Ku pandang penuh syahdu je :p

Tak lama lepas tu baru lah pak incek datang. Nasib dia datang sebelum ku merajukssss. Haaa, baru segor biji mata dapat mandi air..yippii!! 




Keluar waterpark pukul 3.30 petang. Itupun budak-budak taknak balik. Kat situ banyak tempat mandi manda. Yang berpasir..terowong kabus bagai...memang best bangat.

Last activity adalah bergambar depan trademark.



Happy 8th Anniversary to us. Last year ke Cameron dalam keadaan memboyot 5 bulan. Tahun ni ku abadikan gambar bertiga pula walaupun baby Syabil seperti tidak rela diambil gambarnya..huhuuu


7 comments:

salzahari said...

Happy 8th Anniversary (ehh..eh..sama la thn kita kawhin)!

Chekpid said...

sal..sape kahwin dulu neyh :)

wildcutecat said...

best sangat eh mandi2 kat gambang ni? macam seronok je. tak lepas lagi nak ke sana.

mamavogue said...

haha.. berjaya gak memasukkan entry berduyung di gambang.
tapi gamba chekpid seketoi je dalam air?

Puteri Nurhayati said...

Happy anniversary Epid!
Lawaklah baca entri ko. :D

Chekpid said...

wcc : gambang best. Patut pergi :)
mamavogue : Takbley banyak ketul. ai mahal..ihikkk
put : tq

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

happy 8th anniversary to both of u...semoga bahagia sampai ke jannah.... same la kiter this year pun ai anniversary ke 8 tapi beza kat angka anak jer...nangess sorang tue jer