18 June 2012

Sambutan Hari Bapa...katanya


Dulu kan, masa nak bersalin anak sulung saje la survey kat hubby. Tanya dia..anak nanti nak panggil apa. Papa? Babah? Ayah? Dady? Abah? Appa :p...heee banyak pilihan ku bagi...sambil tunggu jawapan empunya badan.

Sekali dia jawab........... A.B.A.H

Punya la seronok. Rasa nak menari cak lempong jam tu jugak tapi ku kontrol ayu. Baru kawen la katakan. Gilo aper nak tunjuk perkara-perkara yang menjatuhkan saham ni..haish..takmo takmo

Bukan apa...kita panggil apok kita ABAH. Dia la sumber inspirasi masa nak carik laki suami dulu. Sifat, sikap, perangai..kalau boleh nak macam abah. Abah sumber inspirasi..abah sumber kekuatan..abah lah segala-galanya sebab abah kita bekas tentera. Dia sangat berdisiplin, kuat semangat, jaga keselamatan kami adik beradik. Macam-macam abah buat. Yang paling best masa kecik-kecik dulu, abah suka dokong kita masuk bilik bila kita mengada buat-buat tertidur depan tv. Bila hubby pun rela di panggil abah, lagi la kita suka

Sayaaaaaaaaaaaang dua-dua abah.

Tahun ini, hadiah paling bermakna adalah kesihatan abah. Alhamdulillah syukur abah nampak sihat lepas pembedahan pada 14hb lepas. Biasalah dah meningkat usia ni ada je penyakit datang. Itu bahagian dia..kita ni pulak taktau bila. Benda nak jadi, muda2 lagi pun boleh kena macam-macam penyakit, ye dok...huhu nauzubillah. Moga sihat di bawah lindungan-NYA

Sambung cerita pasal kami....

Petang semalam ajak hubby pergi secret recipe. Tekak rasa nak makan kek ( Entah hape-hape, orang lain punya majlis orang lain yag over). Yang pasti ku tak mengandungsssss ihikkk. So, berlakulah adegan suap menyuap dalam kereta. Special la tu. Kalau kat rumah banyak pulak soalan inspektor shahab dari budak-budak. So kalau dalam kereta tak nampak sangat lah kejiwangannya, ibarat co-pilot menyuap driver ketika memandu..hahaaa, logik tak? Bercinta dengan otai rock kapak gitulah kekdahnya. cover line memanjang. Muka kental bengis giler :)

Syahmi pulak Jumaat petang tu dia tunjuk satu kad. Katanya cikgu suh buat kad hari bapa untuk bapa masing-masing. Bangga dia menunjukkan kad buatan sendiri. Nak buat surprise katanya, tapi kasi chance mama tengok dulu.

 Ku belek-belek muka depan kad. Nothing impress (Kejam punya mak!). Gambor love memang wajib la. Tambah sana sini lukisan belon dan yang sewaktu dengannya. Anak lelaki, apa je yang ko expect :). Kira cantik la tu. Selak bahagian dalam pulak. Nampak ucapan ni :

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Korang nak komen? Ha...sila..sila. Mak ketap bibir je noks.. dalam hati *hamboi-hamboi...benda lain ko salah eja...tu, kasi? mana ada bahasa melayu guna perkatan kasi. tapi part you tube tu pandai plak yeeee**




8 comments:

mamavogue said...

memang kehlassss si syahmi!!

Kherun said...

hehehehe.... buat eden sonyum sensorang...

Liza Razak said...

kelakar betul si syahmi buat kad..hehe.ucapan dalam kad tu yang paling tak tahan..hehe

salzahari said...

lawak laa...

mrs puex said...

kita pon panggil ABAH jugak..terasa cam manjer kan??

abah kasi tgk youtube yeee..kehlasss budak zaman skang..:D

Chekpid said...

mmg. panggil abah rasa manja je.

Puteri Nurhayati said...

Aku ingat aku sorang tak update, ko pun sama Epid, lama tak update blog jugak. Hehhe...
Pandai anak bujang ko ni.
Selamat berposa ya! :)

Noor Diana Tumpang said...

Hehehe kelakar lah ucapan nih :-)