Assalamualaikum
Selamat Hari Raya semua.
Pagi ini hujan lebat. Pergi kerja agak kebasahan sebab keluar masuk kereta hantar 3 orang anak sana sini dan tanggunglah sendiri bila lambat 5 minit thumb print.
Dah mula puasa sunat Syawal? Bagus kita mulakan awal sementara tak berapa nak lupa rasa berpuasa sepertimana Ramadhan yang lepas. Pada yang kena ganti tu,sangatlah bagus jika dibuat sekarang. Jangan malezzz.
Tahun ini nak kata beraya sakan tidak lah. Biasa-biasa sahaja. Betulkan niat berhari raya untuk kunjung mengunjung sesama umat Islam lebih dari stress pikir baju apa, kasut apa nak dipakai di hari raya. Mana yang ada dan setakat termampu gitu. Tahun ini pun kami dah mula untuk tidak shopping beriya-iya masa bulan puasa. Beli baju anak pun masa bulan Syaaban. Cuma mana-mana yang tak settle baru menggagau jugak cari masa puasa tu. Sayang nak lepaskan Ramadhan. Semoga Allah panjangkan usia kita untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan.
Masuk fb sana sini pose gambar raya. Kau ado? hu...tak ada complete set yang cantik di mata. Semua serba tak kena.
Test luar rumah..not bad
Test tepi rumah..huh nampak ampaian..
kenape b, hawait muka tu (seperti berkata, lepaskan daku! lepaskan daku)
Ok, adjust tepi sikit. nampak ok
tapi...tapi...why ur 2 finggers still put inside ur mouth. WHY???? ini hari raya maa.pose lain sikit boleh tak
Ok. dapat tangkap jari dia.
Eh mak jemah, over tau buat teleng kepala ayam macam tu. tak sesuai versi mak-mak
Test market tepi pokok pulak. Lama tak pose lentik-lentik jari.
Haaa..ambik! Sorang songkok senget, sorang tayang perut. Petanda
kejadian tidak diingin bakal berlaku.
Dah start daaaaaaaaaaaah
Dua orang budak didepan yang mula kebosanan.
Abang boleh mahap lagi. Tapi adek show the true color of him :p
Emaknya masih tidak berputus asa. Disuruh lagi bergambar dengan berkata, one more..one more
Dan memang one more. Dia tanggal selipar terussssssssssssssss. Main pijak-pijak macam larian terompah tempurung tu ha
baby Syabil pun masih dengan habitnya......
Huhu sedih ahkak!!
10 comments:
susah-susah pun masih ok sebab dapat gak bergambar sekeluarga :)
apsal chekpid nampak agak kurus eh?
ke sebab tersepit di celah-celah hero malaya tu?
hahaha.. entry ni buatkan aku tergelak sorang2.. explaination ko mmg best.. lupa stress ISMS sekejap :)
Selamat hari raya pid..
mamavogue, u kena belajar skill menyembunyikan lelemak dari ai
mekchu, belom beranaks lagi kau ya...mudah2an selamat. teruskan makan dan makan mengikut nasihat utan doktor. selamat hari raya untuk kau jugak
sgt kelakar n sgtt chomel bile mems bg arahan kt ashkar2nyee...hihihi..
ye... betul! Kalau pi kedai gambar... bukan kiter je yg stress, apek tangkap gambar pun confirm turut stress... hahahaha
mrs puex..depa tak takot dengan mems :(
akhirnya dapat jugak pose yang cantik..hehe..selamat hari raya sis :)
Hahaha.. lawak jugak.
Kurusnya ko, Epid. :)
kurus? tq..tq..sebab ada baby kecik kot. bekerja keras membanting tulang :p
Post a Comment