26 September 2012

Cucuk setahun


Pagi tadi ke klinik bawa baby Syabil cucuk 1 tahun. Apa nama suntikannya ntah, lupa. tadi nurse ada bagitau. Kat buku pun ada tulis, tapi ye la..dah namanya pun individu memory mudah meruap memangler lupa sokmo padahal baru le sesangat berlakunya.

Budak tu cool ajer..layan blues di awal pagi. Nasib le tak susah bawak itu ini. Standby 2 jari dalam mulut dia udeh. settle ye pak!

Cucuk setahun kat bahu ye..idaknya di pangkal paha macam cucuk2 sebelumnya. Suntikan pun tidak membawa sampai ke demam jadi, dengan lega hati maknya tak perlu apply cuti extra. hope baik-baik saja.

Ini nak inform sikit pasal allergik to those ibu-ibu muda or separa muda ++ macam ahkak ni yang kena selalu alert dengan perkembangan anak.

Budak-budak kecik mudah kena ekzema. Ada yang sukar diubat dan ada yang hilang sendiri bila dah besar. Details in medication issue boleh le cik-cik puan explore sendiri. Tapi dalam ayat mudahnya, untuk pemakanan silalah pantau apa yang anak anda alergik makan sebab ia berbeza untuk setiap kekanak. Macam my eldest dulu dia alergik ayam. Setiap kali makan badan naik merah-merah. Hujung kuku pun nampak tak healthy & advice doktor senang je. Avoid makan ayam dan gunalah sabun organic..as simple as that. Alhamdulillah tak ada la pulak ekzemanya tu bertambah teruk. Kita kawal dulu..ia lebih mudah dari pikir cara nak mengubat, ye dok.

Ok topik lari sikit. Sebenarnya nak cerita pasal injection tadi. Sebelum anak-anak cik2 puan yang berkenaan nak diserah diri untuk cucuk, silalah bagi makanan dalam kuantiti yang banyak untuk certain protien contoh ayam, telur etc. Jika baby menunjukkan alahan/rushes sangatlah bagus anda kesan lebih awal sebelum cucuk sebab prosidur treatment akan berbeza jika doktor/nurse dapati yang baby anda alergik dengan benda2 tersebut. Gitulah dalam kata mudahnya.

Alhamdulillah, baby syabil ok dan tadi pun balik dengan senang hati. Cuma disebabkan waktu beradu dia diganggu gugat..maka jadilah rupa ini





*** Selingan dialog makpak

-- Kalau i pakai baju yang tak sesuai dengan umur i, u bagitau tau.
------- takpe, i jalan jauh-jauh


-- Macammana ye kalau one day i kena pakai gigi palsu... ( dengan harapan nak dipujuk2)
--------------  tak kisah, janji jangan bukak depan i


oooh suamiku....sungguh pedas menikam kalbu ayatmu itew...hakhakkk :p

18 September 2012

Sudah satu tahun, kekdahnya


Aduh..sangat malaaaaaaaaaaaaaaaaaas update blog. Sejak bertambah uban umur ni, menjadi-jadi la pulak perahsaan itu. hak2....sungguh la haaaa

Sempena baby Syabil mencapai umur setahun, ku dedikasikan entry ini untuk tatapan sendiri, kalau umur blog panjang, dapatlah hero2 ultraku baca di masa-masa akan datang, eceh!


 Kek pertama----


ini kek bebeday untuk boboy & gegirl (perahsantan) dari abah. Anak sulung dah boleh membaca, so takpayah nak letak word love2 chup2 disitu...sudah tidak sesuwei ye buk. hahaaa


Kek kedua---


Gigih mak buat kek ni, deknon. Cubaan pertama mendeko, sila adjust mata anda ke paparan yang nice-nice ajer. Mana-mana mak kat donia ni kompom hati berbunga-bunga bila kek buatan sendiri menjadi phojaan. kalau apa yang dimasak tak laku dek ahli kelaurga haruslah sentap menyengat di sanubari, tak gitu :)

Gambar bersama boboy. Sila abaikan stand kek tu yea..anggap anda tak dapat meneka apakah bendanya itu. Kalau betul teka pun, tak dapat hadiah so, jangan pikir panjang.




Abang belakang sibok interframe. Asyik menghitung hari bila nak buat birthday dia pulak. Siap request nak buat kt taska tempat dia transit, taknak buat kat tadika prasekolah. Dia kata situ kawan-kawan ramai sangat, nanti kek habis, APEKAH???


Hi ibu-ibu mertuaku...seksi tak ai



Perkembangan di usia 1 tahun, gigi 6 batang, expert panjat tangga hokeyh...sangat-sangat menggunakan tenaga kinetik, motor, sintetik dan sebagainya. Harus dijeling sepanjang masa supaya terselamat. Memang fenat...tapi mak lebih suka anak-anak mak belajar & explore benda-benda gini. Aksi jengket kaki pun selalu dibuat especially bila main sorok-sorok & cak-cak dengan abang-abangnya. Now pandai main nyorok-nyorok bawah selimut pulak dah...makin senang maknya. kumpul 3 beradik atas katil, korang main la puas-puas, tau-tau dah tertidur, itupun bila maknya sedar esok pagi...... * Sila jangan tiru.


 Di kalangan 3 beradik tu, dia paling awal tunjuk progress. Sekadar catatan diri sendiri. Untuk anak-anak bonda yang lain, jangan kecik ati ye (tiba-tiba tukar panggilan kepada yang paling syopan)

5 hari - tali pusat dah tanggal

4 bulan - gigi bawah 2 batang dah tumbuh
6 bulan - duduk dengan sangat kukuh

Syabil tak mesra kamera, sama macam ultra yang lain. Tapi ada masanya dapat jugak snap gambar-gambar macam ni...**senyum sampai telinga




Setahun sudah berlalu....Syabil nak adek tak?..ehh, wakakakkkkk

12 September 2012

Kesan mengidam


Betul ke mengidam itu, baby yang nak? Ke...maknya yang ngengada nak itu ini

Ada juga terpikir macam tu masa belum kahwin. Rasa kepelikan terutama bila dengar ibu-ibu mengandung yang suka minta macam-macam sepanjang kehamilan.

Then, masaku mengandung, baru le mendapatnya perasaan itu..dan setelah dikaji-kaji dan dijalankan hipotesis, terbukti ada kebenarannya juga yang keinginan itu ada kait mengait dengan si baby dalam perut.

Anak sulung

Masa fasa terbelahak muntah ijo dulu  ada satu insiden, redah hujan lebat di malam buta untuk ke restoran yang cengkonon heybat dan vass kat pandamaran (masa tu menyewa kat Teluk Gadung). Hati kata....nak cari ketam! nak cari ketam!!  Memang tak boleh menahan walaupun sehari. nak jam tu jugaaaaaaaaaaaaaaak...ha, gitulah merajuknya makyong ketika itu.

Dan....

Bila sampai restoran,

Time tu la ketam tak naik dari laut. huk2..nan ado stok. tak ke frust. Rasa nak nanges  tapi disebabkan kaki pun dah kebas dok dalam keta yang terkandas bila hujan lebat dan air pasang, makanya macam otomatik plak cool je. Terus order menu lain - tomyam (boleh pulak tukar2 ngidam sekelip mata)

Yang bestnya, syahmi ni sampai ke sudah favourite dia tomyam. 

Suratan atau kebetulan? Eceh, macam tajuk novel daaaaa


Anak Ke-dua

Takde pulak rasa ngidam nak makan apa-aa. Cuma di minggu akhir pregnant, time tu bulan puasa. Jadi, taknak la mengalah dalam bab mendeco (tak sedor diri bulan raya adalah bulan berpantang sedunia).

Siang malam asal ada masa terluang je cat rumah hokkay...membuak2 perasaaan nak buat sendiri. Pergi kedai cat pun ku ikut sekali, nak pilih kaler punya pasal. Sehinggalah ke pagi 4 Oktober tu, sebelum check up kt hosp, sempat lagi final touch-up di dinding. Lepas sahur tak tidur nokkss. Bayangkan le dalam keadaan memboyot itu, sanggup kebas kaki mengecat. Cuma yang bahagian atas je cik suami buat. yang lain memang ku tak kasi sentuh langsung. Nak buat sendiri-degil!.

Rupanya time check up tu la masa dah time untuk beranax... Dan sampai laaaaaaaaa ni, budak syafiq memang suka kaler hijau sama macam cat dinding. Sungguh jelas nyata dan terang kesukaannya pada color tu since dia kocik 2 tahun lagi. Nak apa2- mesti pilih yang warna hijau.Dan bertambah-tambah pelik samapi sekarang dia paling slim dalam rumah. Memang tak kuat makan....kuat main ipad ada lerr :p

Anak ke-3

Kembali kepada nepsu tekak. Pregnant 5 bulan air liur dah merembes-rembes mebayangkan sedapnya stroberi. Itu yang keluar entry pasal ni --> http://rafsham.blogspot.com/2011/05/cameron-highland-part-1.html

Dan macam kena pulak dengan peel syabil masa sambut bebeday boboy n 'gegirl' minggu lepas. Bukan main asyikkkkkk dia makan buah tu sampai putik hijau tu pun dia kunyah jugak.

Ada moral ke cerita ni...heheee sendiri pikir aaaa


By the way...kami kongsi bulan. Mine 1 syawal, dia 12 Syawal. Mine 5 september, dia 10 september...

Disebabkan dia pun kocik lagi, tak dapat dipastikan ke arah siapa dominannya perangai makpak yang dia ikut. Tapi dari gaya tendangan front kick nya itu, dapat ku hagak sape yang dia follow. almaklumla maknya dulu ahli taekwando tali pinggang putih..hak2

Nanti ku story pasal sambut bebeday dia eh..Dua kek uols!

04 September 2012

Rumah baru lagi


Ok, saya telah mendeco rumah baru untuk kesekian kalinya bersempena hari lahir tuan tanah kedaung esok makanya harus ada suntikan semangat sama ada ke arah menjahanamkan atau mencantikkan rumah ini.

Hati tak keruan melihat nombor baru umur sendiri walaupun tiap-tiap tahun sambut bebeday bulan Islam 1 Syawal..dan dah sambut dah pun, dah tukar nombor rumah dah pun 30+1+1++

Saje, tak ada niat di sebaliknya..memang saja mood baru..betul ni..takde apa, saje ok...

blur!