26 September 2012

Cucuk setahun


Pagi tadi ke klinik bawa baby Syabil cucuk 1 tahun. Apa nama suntikannya ntah, lupa. tadi nurse ada bagitau. Kat buku pun ada tulis, tapi ye la..dah namanya pun individu memory mudah meruap memangler lupa sokmo padahal baru le sesangat berlakunya.

Budak tu cool ajer..layan blues di awal pagi. Nasib le tak susah bawak itu ini. Standby 2 jari dalam mulut dia udeh. settle ye pak!

Cucuk setahun kat bahu ye..idaknya di pangkal paha macam cucuk2 sebelumnya. Suntikan pun tidak membawa sampai ke demam jadi, dengan lega hati maknya tak perlu apply cuti extra. hope baik-baik saja.

Ini nak inform sikit pasal allergik to those ibu-ibu muda or separa muda ++ macam ahkak ni yang kena selalu alert dengan perkembangan anak.

Budak-budak kecik mudah kena ekzema. Ada yang sukar diubat dan ada yang hilang sendiri bila dah besar. Details in medication issue boleh le cik-cik puan explore sendiri. Tapi dalam ayat mudahnya, untuk pemakanan silalah pantau apa yang anak anda alergik makan sebab ia berbeza untuk setiap kekanak. Macam my eldest dulu dia alergik ayam. Setiap kali makan badan naik merah-merah. Hujung kuku pun nampak tak healthy & advice doktor senang je. Avoid makan ayam dan gunalah sabun organic..as simple as that. Alhamdulillah tak ada la pulak ekzemanya tu bertambah teruk. Kita kawal dulu..ia lebih mudah dari pikir cara nak mengubat, ye dok.

Ok topik lari sikit. Sebenarnya nak cerita pasal injection tadi. Sebelum anak-anak cik2 puan yang berkenaan nak diserah diri untuk cucuk, silalah bagi makanan dalam kuantiti yang banyak untuk certain protien contoh ayam, telur etc. Jika baby menunjukkan alahan/rushes sangatlah bagus anda kesan lebih awal sebelum cucuk sebab prosidur treatment akan berbeza jika doktor/nurse dapati yang baby anda alergik dengan benda2 tersebut. Gitulah dalam kata mudahnya.

Alhamdulillah, baby syabil ok dan tadi pun balik dengan senang hati. Cuma disebabkan waktu beradu dia diganggu gugat..maka jadilah rupa ini





*** Selingan dialog makpak

-- Kalau i pakai baju yang tak sesuai dengan umur i, u bagitau tau.
------- takpe, i jalan jauh-jauh


-- Macammana ye kalau one day i kena pakai gigi palsu... ( dengan harapan nak dipujuk2)
--------------  tak kisah, janji jangan bukak depan i


oooh suamiku....sungguh pedas menikam kalbu ayatmu itew...hakhakkk :p

2 comments:

mamavogue said...

ohhoi.. dialog mak pak yg takleh blah tu..! hahaha..
Syabil meraung pun masih menten kiut :)

Puteri Nurhayati said...

Cian baby kena cucuk. Kuat anak ko, Epid, sebab breastfeed kan. Setengah budak demam.