30 December 2012

Berjaya

Syabil baru pandai berjalan di usia 1 tahun 3 bulan. Hati jadi berbunga-bunga bila tengok si kecik ni.
Sangat membahagiakan!!

Seminggu dua ini dia memang dah melaju dalam rumah. Setakat tangga tu memang tup-tup dah sampai atas. Semua tempat dah explore. Siap main nyorok-nyorok chori-chori chupke chupke dengan abang-abangnya. Tapi bila bawa keluar, dia memang taknak. Even suruh berdiri pun dia lembik-lembikkan badan.

Semalam bawa ke Setia Alam City Mall. Kat situ playground sangat luas dan ada macam-macam benda yang menarik dan menyeronokkan untuk kekanak riang. Pada mulanya dia buat tarik muka juga. Abang-abang dah mendesup hilang ke tempat permainan masing-masing, dia still nyorok bawah ketiak siap tarik-tarik baju kita. 

Lamaaaaaaaaaaa tunggu dia warm-up. Bila dah excited, ha kau! amek...taknak balik. Bila dah start hujan...terpaksa hangkut jugak masuk dalam mall. Balik rumah tidur lena..kepenatan :)

24 December 2012

Anak saya dah besar



Bila anak peringkat tawaf guna tapak kaki sendiri tanpa alat bantuan yg lain, saya consider dah besar panjang. Dan otomatik banyak benda dia buat copycat apa yang dia tengok malah berlebih-lebih esp punggah-kemas-punggah balik=sepah ▶anak ♡ mak :'(

 
@ rumah orang. Pun dia melawat tapak jugak
Minum nak gelas besor. Bila dapat memang pantang toknenek orang usik maupun tumpang sesedut dua.
Sekarang lantik diri jadi naziran pula. Semua tempat dia nak check. Agak2 dia tak berkenan lipat baju kemas sangat..dia punggah balik. Susun buku teratur sangat...dia punggah balik. Itu belum dapat capai pinggan mangkuk. Mau bersilat dibuatnya.
Budak kecik memang pantang benda tersusun eh (buat2 tanya la pulak khaaaaan)



20 December 2012

Jaga anak khatan


Sudah ku agak. Naik kerja mesti malas nak update blog. Balik rumah dah penat pumpampumpam kul 10.30 malam syabil dah ajak tidur. Walaupun dia yang nak tidur, off course maknya rasa macam, eh! aku pun kena  tidur jugak denagn tekad dan azam bangun semula pukul 11 malam tapi sampai sekarang tak pernah berjaya direalisasikan.


Simpan sini untuk rujukan.

Cara menjaga anak berkhatan (My kiddos khatan tradisional)

1. Kain sarung/pelikat. 

Dulu kain di ikat dan digantung untuk elak rasa ngilu, sakit atau tak selesa kat situ. Sekarang tak perlu susah payah mikir mana nak gantung, mana nak tebuk paku bagai. Cari sahaja bekas penapis plastik yang biasa kita pakai kat dapur . Kan benda tu ada jaring-jaring. So ambil tali ropiah ikat kat satu bahagian kemudian lilitkan pada belakang pinggang dan ikat semula pada satu bahagian yang lain. Senang angin keluar masuk. Kain pun tak payah nak ikat ketat-ketat kat pinggang kesian budak tu berkirap. Udah ler terbaring statik gitu. Mau lencun dek peluh dibuatnya. Unless rumah kalian ada aircond.

2. Pemakanan

Tak ada pantang larang yang spesifik pun. Key word adalah 'Menu sihat'. Itu yang patut diamalkan bukan sahaja semasa pantang. Rutin biasa memang susah kan. Tapi bila dalam situasi macam ini sekurang-kurangnya kita lebih teliti. 

Less sugas, less salt, less oil. 
Kukus gril panggang...kukus gril panggang... kukus!!
Haaa...gitu le kekdahnya

3. Cucian luka

Bila anak-anak buang air kecil, jangan basuh dengan air paip. Cari air garam. Nama perubatannya sterile saline solution Kat farmasi ada jual. Harga dalam RM5-6 sahaja. Antara fungsinya untuk bagi luka cepat kering. Nak lagi senang handle, isi dalam bekas spray.

4. Keringkan luka

Bengkak akan surut selepas 3-4 hari prosidur. Sepanjang tempoh itu memang pembantu perubatan bekalkan pil tahan sakit, pil surut bengkak dan antibiotik. Macam chekpid memang tak gemar nak biasakan diri dan keluarga dengan pil tahan sakit. Kalau boleh tahan, tak perlu makan. Macam abangnya, hari ke-3 dah tak makan. Tapi Syafiq kena bagi juga. Dia punya tuttt orang kita kata 'buta'. So masa prosidur memang kulit akan disiat lebih banyak. Dengar dan lihat agak ngeri tapi disebabkan masa tu dalam tempoh bius, dia tak rasa sakit pun. Lepas sehari baru dia mula rasa pedih,

Abang hari ke- 4 dah pakai seluar. Satu statement dia yang tak boleh tahan.

" Mama, abang rasa abang cepat baik sebab abang kuat nangis hari tu"
 ...huh, banyakla ko!

Bagi anak-anak yang seangkatan macam Syafiq. No worry mommies. Peringkat awal kulit akan kelihatan macam bernanah. Actually bukan nanah pun. Itu proses ke arah kulit akan mati, yang mana selepas itu kulit menjadi kering kehitaman. Macam kalau kita luka lah. Lama-lama akan jadi hitam, kering then boleh terkopek sendiri. Dan selalu juga cuci kulit mati dengan air suam dicampur dettol.

Jaga Syafiq pun senang tak banyak ragam walaupun ada juga yang kata..eh, kecik-kecik dah sunat? Dia ok, dia ready dan yang penting masa usia 5 tahun, dia dah rasa sakit sunat dan biarlah dia ingat pengalaman itu sampai bila-bila. Pengalaman berharga menjadi lelaki, waaah gitu...dan dia minum pati ikan haruan ok. Setengah botol pun dia boleh telan. Yang selebihnya makpak minum untuk bagi semangat (tak nak membazir iye jugak..hahaha).

Di hari ke-6 dua-dua anak chekpid dah berseluar. Cuma Syafiq still ikat penapis kat dalam seluar, protection dari tersentuh kulit dia yang belum kering sepenuhnya.Bukan setakat berjalan, siap berlari. Kita yang terjerit-jerit pesan itu ini, budak-budak rilek je. Biasalah mak-mak kan..risau HARUS lebih.

Dan hari ke-7 siap naik basikal. Dengan alasan 'kitorang tak naik, kitorang duduk belakang je'. Sepupunya yang kecik keding mengayuh. Ko bayangkan. Buatnye jatuh tergolekdok, tak ke naya. Sabor makjemahhhh. Actually hari itu kami balik kampung sempena kenduri kesyukuran. Budak-budak seronok jumpa sepupu sepapat katakan, kita sibuk dalam rumah dia pun sibuk juga dengan projek luar rumah.

Apa pun, syukur alhamdulillah. Selesai satu perkara lagi. Selepas ini, dah boleh jadi imam atau solat sebaris dengan orang dewasa di saf depan, insya Allah

12 December 2012

Di hari kejadian


Chekpid dah survey klinik beberapa minggu sebelum tu. Tapi masih berfikir-fikir macammana nak uruskan dengan lebih mudah. Dan datanglah idea untuk khatan dirumah sahaja. Tak payah tengah sakit kena pula naik kereta.  Lagipun Selepas prosidur sekejapan boleh dokong dan landing atas tilam yang memang dah ready depan tv.

Untuk tahun 2012 ini rata-rata upah khatan biasa sekitar rm90-100. Kalau guna laser difahamkan dalam rm150. Ini harga sekitar shah alam. Tempat lain tak pasti.

Hari itu jumaat 7hb dis masih bekerja macam biasa. Siap balik lewat nak settle lnpt online. Sampai ke sudah tak siap lagi makanya balik lah dengan kerja separuh jalan.

Selepas ambil  kiddos cepat-cepat suh depa mandi pakai bedak wangi2...(tidak ada semburan air paip bomba disitu...haha)

Sebenarnya tak adalah nak beriya sangat untuk khatan syafiq. Dia pun baru 5 tahun. Saiz pun halus je. So memang dari awal dah bagitau...'mama ikut adek. Kalau adek ready kita buat'. Dia pula dari awal relax n steady...abangnya pakai pelikat dia pun nak. Walaupun kain tu ku lipat dua masih lagi labuh macam pakai telekung.

Pembantu perubatan datang betul-betul waktu tengah azan maghrib. Kes sesat barat sebab rumah kami agak susah nk bg direction. Exit road banyak sangat sampai boleh jadi confuse esp yang tak biasa area sini. Lepas berjemaah prosidur pun di mulakan. Serius agak gelabah tak tentu arah maknya. Tapi luaran nampak cool saje...hakhakkktuii

"ok siapa nak mula dulu"

Memang sepatutnya abang long tapi boleh pulak dia buat drama. Sesi tolak menolak yang akhirnya membawa kepada syafiq offer diri.

Honestly semasa dia dibius dan menangis rasa agak syahdu. Tapi chekpid taknak kalah dan masa tu perasaan untuk bagi sokongan lebih kuat dari nak melayan emosi kesian. Jadi mak ni kena kuat kan!!!

Posisi paling sesuai rasanya adalah di atas kepala anak. Chekpid pegang tangan dia, tinggikan kain pelekat supaya dia tak tengok semasa prosidur dan terus menerus bagi semangat serta berzikir sama-sama dengan anak.

Sebenarnya sakit dia sekejap je. Selepas bius dia dah berhenti menangis...relax dan follow zikir sama-sama. Terharu dengan keberanian budak kecik tu.

Tiba giliran abang long

Belum apa-apa dia dah menyorok belakang maknya.

Baru bersihkan dengan kapas dia dah terjerit-jerit macam di suntik 2-3 kali. Boleh pulak meronta-ronta nak bangun kata nak kencing..nak e'ek..

Siap muntah 2 kali, banyak menjerit dan menangis punya pasal. Ouwh sungguh telenovela rosalinda de amour.

Nak pegang tangan dia pun tak cukup kudrat. Lenguh tangan mak!

Dan memang dah jangka, perasaan takut dia yang berlebih-lebih (tak bagus juga jadi orang ke 2 kan). Yang kelakar dia menangis dan menjerit-jerit 'sepanjang jalan' ok. Suruh ikut zikir pun taknak. Cakap meraban-raban macamlah kata-kata dia tu mengubah keadaan. Mengekek chekpid ketawa. Hilang nervous mak! Mana taknya antara ayat meraban dia....

"Mama kat tv cerita apa"

...itu pun dengan cara terjerit-jerit jugak.

Lega. Semua selesai dalam pukul 10 malam. Sakit pinggang oooo....hikhik.
Dan malam itu bermula sesi penjagaan dua budak ibarat kembar tak seiras yang kemahuannya tak sama dan dilain-lain masa. Letih boleh tahan *sambillappeluh*

Apapun, syukur semuanya selamat.

Nak sambung siri ke-3 boleh? Tak abis lagi nak cerita apa yang jadi selepas malam itu.

Satu pengalaman baru untuk kami.

Hari ke-4 tilam pun dah lapang. Bebudak merayau sana sini sambil jalan lagak penguin. Tak maunya baring diam-diam.

04 December 2012

Berkhatan


Anak berkhatan uols!!! :p

Agak berdebar dag dig dug bila semakin dekat dengan hari berkhatan. Pengalaman Pertama...memang tak tahu nak fikir apa. Yang tahu, fikiranku kusut..haha

Off course kena dapatkan info dan baca pengalaman orang lain. Sekurang-kurangnya kembali meyakinkan diri kenapa kita nak khatankan anak kekecik macam tu.

Ada ibu bapa yang khatankan anak lelaki semasa bayi, ada juga ketika umur pertengahan dan tak kurang juga yang nak menginjak Tingkatan satu baru nak khatan (Belum jumpa lagi yang dah tingkatan pun baru nak khatan, ada ke?)

setiap ibu bapa ada sebab tersendiri dalam menentukan bila nak khatankan anak masing-masing. Chekpid cuma nak kongsikan pengalaman, Itu aje (sambil selak selendang yang menutup muka ditiup angin...feel tepi pantai cengkonon!!!)

Dua anak dengan sebab berbeza

1. Muhammad Razin Syahmi

~ Dia anak sulung.
Ciri-ciri pelindung dah ada. Sikap tanggungjawab pun dah nampak. Boleh diharap jaga adik-adik. Mengaji dah boleh. Ikut solat dah boleh. Banyak lagi boleh improve. Mungkin boleh jadi imam yang bagus juga, insya Allah. Chekpid percaya yang khatan awal menjadikan mereka lebih matang. Memang tak ada bukti saintifik, sekadar pemerhatian sahaja.

~ Saiz badan.
Memang tak menahan sejak dia 5 Tahun. Itupun selepas dia operate tonsil. Dan hari- hari seterusnya hobi makan dia menjadik-jadik siap kena suruh berhenti. Mana taknya banyak kali dia makan sampai muntah. Baru darjah 1 tapi dah pakai uniform size 10 tahun. Berat dia sekarang sama dengan maknya masa darjah 5.

Tahukan anak-anak yang big size macam ni memang sukar dikhatan?. Jadi dari keadaan lebih teruk, better buat sekarang.

2. Muhammad Syafiq

~ Sumber inspirasi abang
Dua beradik ini memang rapat. Bukan senang nak harmonikan anak-anak, Betul tak? Yang penting parenting skill perlu sentiasa belajar dan praktikkan. Bila abang dicadang bersunat, dia ajak adiknya sekali. Berdiskusi lah dua beradik tu sambil maknya offer beberapa benda jika setuju sunat (haruslah ada reward kheennnn).

~ Sudah bersedia
Dia tahu sunat tu sakit bila kena inject. Dia juga percaya budak lelaki kena berani (kes tengok cerita upin ipin siri berkhatan tu). Dan dia cukup nekad nakkan sesuatu. Dalam kes ini, hadiah yang dijanjikan maknya :).

Dan silalah percaya yang dia dengan berani khatan dulu dari abangnya (fuhhh sambil urut dada, masih tak percaya uols!)


Peranan makbapak

Off course kena bagi support. Kalau berjaya, bagi reward untuk beri semangat. Seminggu sebelum khatan pun mereka dah dengar khutbah setiap kali on the way balik dari nurseri. Kita ini kenalah kreatif sikit bagi nasihat, jangan nampak sangat nak membebel, walaupun hakikat sebaliknya kahkahkah .Bagi tahu betapa bangga dapat anak berani. Cerita juga benefitnya dari segi Islam dan kesihatan. Benda ni semua penting so they can prepare mentally. Kalau korang nak try kekdah ini, pepandailah nak bercerita jangan sampai mereka menguap sudah. Maklum lah orang prempuan ini kan mudah nak risau macam-macam. Kaum bapa risau juga, tapi cover line...heheee ye ke?


Nanti chekpid cerita keadaan di hari kejadian dan pengalaman jaga dua anak yang zassss di hari yang sama. InsyaAllah boleh buat 2-3 siri memandangkan budak berdua itu tengah berpantang. Larik laju-laju naik bilik sebab depa tak boleh kejar..miahhaahaaaha...dengan anak pun nak berebut ipad. Baby syabil udeh tidur. Bertambah laju lah daku mengupdate. Tunggu next entry yaaa


Tataplah dulu gambar yang diambil beberapa minit selepas prosidur. Peace...