09 June 2010

Penat yang berbaloi-baloi

minggu lepas kena handle kursus Penyelaras IT. Tahun ini sudah putuskan buat di Agrotek Hulu Langat. Itu pun selepas diberi cadangan oleh anak buah..'Tempat tu best' kata nye..(thanks 2 Aini). This year, no more notebook or meeting yg pecah pale...just to relax...create semangat baru & teamwork

1st visit dulu option 1 : buat di Lembah Pangsun. Ada sejarahnye..masa bertolak ke sana driver office sesat, guna jalan jauh...habis empangan semenyih tu pun kami lalu...kaki pun kejung...dari pakai kasut teruih bukak kasut..duduk dalam kereta pun dah rasa macam naik unta. Sampai sana staff tak berapa nak welcome walaupun kami dah bagitahu awal (apa ko ingat ko tu VIP? ada aku kesah? ...hehe itula dialog kalo boleh diterjemahkan melalui body language staff itu)



Hmm.. tak best..so go to Option 2 : Agrotek Resort. Sampai sana memang happening...dari muka layu macam pokok tak siram pagi terus jadi segar bugar..mata bersinar ala-ala pussy cat dalam cerita shrek tu. Siap tabur bunga rampai..mana tak best!!. Dulu merasa masa naik pelamin saje..ni kira 2nd time la. Staff dia memang tiptop...Kalau jumpa dia punya manager lagi la tiptop.Sempoi giler




Bengkel 3 hari berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah.. Walaupun berada di sana as urus setia merangkap penyelaras bengkel merangkap individu yang merasmikan majlis penutup (Gila kuasa betul), tapi bila majlis berjalan lancar, semua peserta happy..rasa berbaloi-baloi... Thanks to my team..anak-anak buah yang best & banyak tolong bos kecik ini.To bos besar..accepted the circumstance. Hope cepat sembuh & kembali bertugas








Speechless...sangat seronok. biarlah gambar-gambar yang menceritakan semua :)


Kan best kalau buat garden wedding

Kambing untuk santapan BBQ dinner. Jam 7 pagi dah mula bakar


 Motto agrotek "Biar tak cukup tidur jangan tak cukup makan". 
Betullah..!!blurppp...alhamdulillah









19 May 2010

Ma...macamana nak senyum?


Semalam, lepas ambil syami dari school dia tanya 1 soalan. Ma, macamana nak senyum? 

Syahmi ni tak berapa suka senyum masa amek gambar. gambar2 kami gi holiday 2mgu lepas pun tak berjaya suruh dia ubah attitude itew. Cuba tgk



selidik punya selidik rupanya hari ini dia ada sesi bergambar untuk konvo. wah gitu, budak2 pun ada konvo kan.kita dulu kecik2 tak merasa nyer der...

So praktice le dari malam semalam teknik2 senyuman yang menawan sebab syahmi tak ader gigi depan. Pandai pulak dia malu tapi suh jumpa dr. gigi taknak. bila tanya cita2 nk jadi aper, kata nk jadi dr. gigi, nanti boleh buat gigi palsu mama. Cheh relevan ke jawapan si kecik nih...gigi dia pun dh ke laut tuh..4 btg hitam..haha kan dh bebel..amekkkkk!!

Selepas beberapa kali sesi latihan, akhirnya berjaya syahmi melakukan senyuman 'adek manissss' tanpa perlu memperlihatkan gignya itew. so, pagi tadi dalam kereta siap demo lagi..."ma, senyum macam ni ye"

Tunggu je la gambar konvo syahmi nanti. macammana ropanyer...