28 July 2010

zaman ribena VS zaman kalsium

 Sepanjang hari ini attend kursus web anjuran SUK Selangor @ bluewave hotel. Bagus juga dapat pergi...boleh berkongsi pengalaman. SUK rewarded 5 star  by MDEC in 2009



Bila tengok jabatan lain dapat 5 star, off course la jeles kan...jeles +ve hokay...tu yang semakin bersemangat nak buat de best untuk website JKN Selangor...walaupun anak buah den cuma ada 3 orang saje..nak maintain web di samping kerja2 menurut perintah yang lain...tak mengapalah..just think positive kan.....go gigirl power :)

Ada satu link yang MAMPU guna untuk semak samada website kita ada error atau tidak...bagus. Senang kita nak trace any error... boleh cuba di sini...http://wave.webaim.org/  Cuma taip website anda, nanti wave akan evaluate...actually banyak juga link2 lain yang boleh bantu kita evaluate website...tapi bila MAMPU pakai wave...kita pun more fokus to wave juga

Yang lagi bestnya...terjejak kasihan kawan lama yang memang sangat lama tak jumpa...dulu jumpa masa zaman kanak2 rebina...now dah tak berapa rebina lagi dah...cuma zaman kalsium je sekarang ni...haha!!

Semenjak 2 menjak ni suka benor ambil gambar close-up, nape ntah!!



Yang ini pun close-up juga


Jejak kasihan di zaman kalsium. 

Yang tengah tu kita panggil chekmad. Sama belajar masa di itm jengka & close masa sama-sama praktikal tahun 1999. En. Zawahir ni kawan sekolah rendah..uishh..dah 20 tahun tak jumpa. Terima kasih Allah,  kita masih bernafas hingga hari ini :)

Banyak beza antara zaman ribena & zaman kalsium ni...bila dah jumpa otomatik recall memori lama daaaa


20 July 2010

Cantik menarik tertarik..ko mmg da bomb

Kali ini taknak cerita pasal kerja...takmoh..takmoh, nanti buhsan

Tapi nak cerita pasal sesuatu yang menarik pandangan masa uruskan kursus XOOPS..yang sudah pun masuk hari ke-2

Caterer yang service makanan tu supply sekali aksesori tambahan. Tengok ni...cantik & kreatif kan...

 Cuba teka....


Haa....nampak dah apa  kebendanyer


Pada yang berminat nak decor especially untuk kenduri kahwin, boleh ambil idea ni..En. abang caterer siap tapaukan mokcik benda ni..untuk buat contoh, boleh gitu?
 

Adusss....jatuh chenta*wink*wink**


So lovely.....


I've told u, look nice huh......




Last but not least...de best pic taken

16 July 2010

Lara Sang guppy

Ouwh....hari ini saya sangat sedey....sedey sangat-sangat. Tuan  saya lagi la sedey...termenung dia dengan kejadian yang menimpa kami semua...


Kesian tuan saya. Sudahla dia mc 2 hari sebab virus jahat yang menyerang sistem badan dia...hari ni nampak dia sihat sikit....awal-awal pagi dia dah senyum2 & sapa kami. Lepas dia selesai kemas rumah...dia tarik tempat kami dekat dengan getah paip

Ooo...nak cuci bekas...

sudah 2 minggu berlalu sejak tuan saya bz dan setakat menjeling manja bila tengok bekas saya & kawan2 bertukar warna kepada warna-warna kecoklatan or kekelabuan

...entahlar...warna apa sebenarnya kami pun confuse.

Baru 5 minit saya berenang-renang gembira dalam bekas air yang jernih tiba-tiba saya menyaksikan kejadian ngeri itu. Tengok ni!!!

 why...why ???


why?? why?? tell me why??..menci!!!

Saya tahu tuan saya sedey...saya pun sedey juga sebab chenta hati saya yang berekor biru turut terkorban. Dulu kami ber tiga fuluh ekor...sekarang tinggal berlima saja...semuanya betina...huhu....macammana saya nak mengembangkan zuriat???

Yang hujung tu chenta hati saya...saya panggil dia blue blupp


Tuan saya cakap dengan en suami dia...dia tak faham kenapa mereka semua mati beramai-ramai...tidak gembirakah mereka dengan kejernihan air sekarang ini? oohhh...memang tak faham. tapi saya percaya tuan saya dah jumpa penyebabnya...sebab...sebab...

pssst, baca perlahan2....

dia tu pemikir orangnyer. sure dia sudah ada jawapan. sebab kalau dia berfikir...sambil mandi or masak pun dia akan berfikir & berfikir........

Sungguhpun demikiaan sedey tuan bertahan 10 minit saja. Saya faham...sangat2 faham. Tuan saya adalah de bz's mom in de world. Apa kes dia nak meratap kt depan pintu lama-lama, dia kena bergegas ambil anaks di taska. Lepas tu dah sibuk masak makan malam untuk anaks beranaks...

Takpe-takpe...saya pasrah!!
.
Saya tau tuan sayang kt kami semua. hari-hari dia bagi makan. bila dia stress pun dia suka cakap ngan kami...hmm banyak rahsia dia kami simpan oooo...


 Rumah ini kosong tanpamu my prenz


Ini kawan saye..kiah bunga. dia sekor je warna oren..
turut bersedey kerana kehilangan 5 ekor anaks



Sape nk main dengan saya lagi....sob!!sob!!


Apapun, saya masih bersedey....berdukacita.....huwaaaaaaaaaaaa!!!

08 July 2010

1 hari di Genting Highland


Siapa suka lagu wali band angkat tangan!! kalau yang dewasa pun suka dengan rentaknya, apatah lagi budak-budak. My kids jadikan lagu wajib setiap kali masuk kereta. Nak suruh karaoke pun diorang boley ..


So, apa kena dengan cerita genting?

Sebanarnya ada pic slideshow dedicated untuk budak2 ni bertemakan lagu wali band...tp apsal la pulok kat blogspot tak dapat nak upload...so terpaksa la simpan di arkib fb. Nak tengok ? 

Lama dah tiket genting ada dalam simpanan. Beli di Matta Fair juga. Valid hingga 30 ogos, jadi bila fikir2 cari juga la masa yang sesuai, yang tak ramai orang.


Syahmi dah pandai buat drama



1 hari di genting, memang tak cukup kalau nak pergi semua tempat dengan relaksnya. Jadi sesuai sangatla kami pilih outdoor game sahaja. round kt dalam tu pun dah sehari. puas main & tak perlu beratur panjang.


Bila mood bergambar tak ada

mood suda datang...lapan, lapan lagi...hiyark!!