11 August 2010

Syahmi puasa?

Jam menunjukkan 1.45 petang....Sanggup nih ambil cuti, tengokkan samada syahmi boleh puasa ke tidak. Dia first time nak berpuasa. Pagi tadi, minta tolong abah dia kejutkan sebab nanti kalau mamanya yang kejutkan, pasti banyak dakwa dakwi...merengek sampai setengah jam, belum tentu ok...dah biasa sangat, macam tu la bila nak kejutkan dia bangun pagi untuk ke tadika.


Sahur pun kena cari makanan kesukaan dia. Tapi kena pastikan banyak serat or boleh tahan lapar lebih lama. Pilihan pagi tadi...cocoacrunch & susu.

Harap-harap syahmi boleh tahan hingga waktu berbuka nanti. Setakat ini, ok lagi.  Kalau tidak pun, mama dah bersyukur juga, setengah hari dah berlalu...alhamdulillah!!

SELAMAT BERPUASA SEMUA...

4 comments:

mekchu said...

hebat lah syahmi.. bape thn dia?? rasa baru 4 kan?? elok la tu ajar puasa dr kecik.. kol 4-5 nnti mesti melepet je tuh.. hehehe teringat masa baru belajar puasa dulu.. asyik tenung jam aje

Yati said...

Wah, terer la syahmi... Abang Amirul, darjah 1, pukul 1 tadi, dah bukak, dapat half day je. ^_^

Rafidah Shamsuddin said...

mekchu : dh 5 tahun. Senang nak ajar sebab kt tadika dia pun cikgu ajar juga. Semalam berjaya puasa penuh..seronok mama dia

Put : Dia cuti semalam..senang nak pantau. Hari ni tak tahu lagi. Kot2 letih sebab dah school

ANA FARHA said...

baguslah dah didik dari kecik kan...