Saya suka hari jumaat. Sebab........Jumaat best! Penghulu segala hari. Kalau kita buat baik pahala dapat berganda dan jika sebaliknya, dosa pun berganda juga.
Jumaat kali ini saya dikejutkan dengan hadiah dari student UiTM. Budak-budak ni pernah datang jumpa saya, tak silap awal ramadhan. Datang terjah saja, katanya last minit pensyarah tetapkan date untuk hantar projek. Kalau ikutkan berat hati, tengah banyak kerja & tak prepare pun apa output yang boleh kita kongsi. Tapi disebabkan UitM di hatiku, pernah jadi student macam mereka, jadi bantu lah apa yang boleh dibantu. Ikhlas tolong anak melayu, generasi pelapis kita juga.
Kellas!! wrapper pun purple, sinonim dengan UiTM
Tq dear....
Hati rasa berbunga-bunga bila dapat kejutan tadi. Siapa yang tak suka surprise, kan. Sebenarnya lebih rasa terharu dengan ingatan dan penghargaan yang mereka beri. Saya doakan adik-adik ini berjaya. Cari ilmu sebanyak mungkin. Walaupun dunia pekerjaan tidak sama dengan apa yang kita hadapi semasa belajar, sebenarnya ilmu yang kita dapat itulah yang menjadi bekalan & panduan semasa kita membuat keputusan. Maklumlah dunia IT...sangat luas bidangnya..Siapa yang kerja dalam bidang ini, mungkin lebih faham. Apapun, hati saya berlagu riang hari ini
4 comments:
Bos..mmg terbaik..sebab tu dpt yg terbaik juga...
tq dear...mmg cuba yang terbaek!!
bila mokcik dah berleter... ingat tu adik2.. kena jadik org.. bukan jadik mat rempit... hahaha tetiba aku pepandai tambah kan
ko mmg pandai..bagus2...meh join bebel
Post a Comment