31 October 2010

Anime Museum & Akihabara





Cerita bersambung...............



Di Tokyo, selain mendengar taklimat dan sesi soal jawab bersama penceramah jemputan, kami juga ada site visit. Lawatan tapak ini penting ye tuan/puan. Sebab kalau tutorial sahaja tidak membantu untuk kita mengetahui lebih jauh persekitaran dan perkembangan bandar metropolitan Tokyo. Kita kena alami dan rasai sendiri cara hidup dan budaya di sini untuk lebih memahami rakyat jepun. Pesanan dari penulis, ayat tak boleh belah ini harus diterima dengan hati yang terbuka.

Pose skema untuk tatapan umum.
Information & communications in Japan 2010.
Teruja sebab dapat buku yang baru sahaja publish Mac lepas.
Maklumat yang menarik untuk perkembangan ICT Jepun


Government allocate a lot of money
for ICT purpose in Disaster control

There are 3 largest telecommunication carriers in Japan which are NTT, KDDI and SOFTBANK. NTT antara penyumbang terbesar peyediaan perkhidmatan seperti Mobiles phones, broadband broadcast, IP telephones, ISP & Access lines. Antara fakta menarik yang ada :
1. Peringkat umur 20-29 tahun rakyat jepun suka membeli belah secara online menggunakan cellular phone
2. Barang paling banyak dibeli secara online adalah buku, cd & dvd
3. Lebih 70% pengguna melayari internet menggunakan cellular phone dari pc (mudah di bawa kot)
No wonder dalam train, masing-masing layan perasaan samada surf internet atau baca buku, macam dalam perpustakaan..senyap je...
4. Peratusan celik IT adalah tinggi. 40% kanak-kanak 5-10 tahun mula akses internet. Senang kata, cellular phone tu macam-macam yang depa akses s/ada view video clip, tv programs, listen music, news etc
5. 50% of all digital audio player user use apple's products followed by sony, panasonic, toshiba & others


Ok, cukup-cukupla fakta di atas, saya paparkan aktiviti seterusnya

Suginame Animation Museum

Sesi petang, kami di bawa ke Suginami Animation Museum. Perjalanan dalam 40 minit dari TIC


Rainy day
Sebelah kanan tu, coordinator kami, Ms Sanaye.
Dia translate apa yang disampaikan oleh pegawai museum.
Pengalaman baru untuk chekpid :)





Ini mesin dubbing dulu2. Record voice, read dialog & play

Close frenz of director anime doraemon.
Beliau pernah menjalinkan usahasama
dengan Dato' Lat menghasilkan buku komik.

Sesi bergambar diteruskan dengan jayanya.



Akihabara

Kawasan yang penuh dengan gajet-gajet & antara pusat membeli-belah yang menarik kerana pilihan yang sangat banyak. Berderet kedai free duty. Banyak pilihan kalau nak beli souvenir, tp kena pandai cari. Antara kedai souvenir yang menarik adalah Akky. Ini dikira standard jepun..100 - 300 yen adalah harga murah. Di sekitar kedai sangat ramai promoter chomel. Macam-macam style sailormoon boleh jumpa. Stylo la depa ni. 

Rombongan bertiga
dengan tujuan survey harga & benda menarik di akihabara

Tak tau la nak kata...memang tolet diorang ni bersih la, sampaikan chekpid ada 'selera' nak bergambar hokeh!. Walaupun ramai yang guna (esp shopping mall) tapi takde pulak bau-bau yang tidak menyenangkan. Tak payah nak sembur air freshener. Mungkin sebab function toilet bowl yang mudah.. main tekan-tekan button jek, so toilet tak la basah atau bau macam-macam. Entry chekpid sebelum ni ada tunjuk gambar

Key-word : Discipline


Wuhhuu....rafsham waz here @ Yodobashi-Akiba
Mall ni ada 10 tingkat. sangat besar. Macam-macam ada dari jam, barang elektrik, pc, games, toys (product ban-dai best! ) & sebagainya

Matlamat utama adalah mencari adik beradik terkini ultraman dan raksasa untuk 2 little hero yang ditinggalkan,. Ya ampun...banyak giler.harga 580yen per unit + offcourse cenderahati untuk my laling & relatives. Highly recommended. Kalau uol sampai di akihabara, sila la pergi ke yodobashi-akiba ni. rugi kalau tak singgah. Lagi satu, sape peminat robot produk ban-dai angkat kening. Korang boleh hilang akal tgk produk-produk dia. Segala maknenek robot ader, cari jek. Based on my frenz yang biasa beli, kat sini lebih murah. 

Misi lawatan masih diteruskan. Macam semalam, kami membeli-belah japan cottons. Kat mana? tunggu next entry ek

28 October 2010

Konnichiwa


Okeh...perkataan baru hari ini adalah seperti di atas
maksudnya...Selamat tengahari!!

Word dua hari lepas ingat tak? 
hah...tak ingat la tuh :p

Sudah 2 hari tidak bersiaran seperti dj
jadi kena la cerita all in one
ok...get set
1.......2......go!


Mode : Serius

Pada hari ke-2 kami di beri taklimat awal sebagai trainee JICA
Jadi waktu pagi penuh dengan aktiviti mengisi borang untuk mendapatkan kad elaun (dapat 3ribu yen++/sehari) & kad kesihatan. Selain itu, turut diberi penjelasan tentang penggunaan meal card, do's n don'ts sepanjang menginap di TIC serta hal-hal lain macam pemberian peta tokyo, tag nama dan sebagainya. Tengahari di bawa pula pusing sekitar TIC untuk melihat kemudahan & perkhidmatan yang disediakann. Tempat sini selesa. Kemudahan banyak. Sesi petang bersambung dengan taklimat program pula. Ikut jadual ada tutorial, visit & presentation group. Nanti saya update sket2. Selesai dalam pukul 5 petang.Kalau disini, dah dikira waktu maghrib. Semalam sudah mula tutorial. Kami diberi pendedahan tentang pelajaran, politik, kerajaan & latar belakang Negara Jepun.

14 negarawan :p

Aktiviti melawat kawasan sekitar TIC
bersama Instructor jepun yang comel

I choose this set

Di TIC ada disediakan masakan ayam halal. Tapi saya lebih suka makan ikan, salad & cocktail. Dan tiba-tiba juga menjadi seorang vegetarian. Apekah??

Check BP by ur own
Mesin ni diletak di main lobby. Bole check tekanan darah sendiri. Setakat ini masih lalu lalang sambil menjeling manja. Tak sempat lagi nak cuba

Yippiee....berjaya snap gambar photographer..
.sila lihat jari jemarinya yang lentik itu

Orientation day

Sarapan hari ke-3. Grilled fish & cornflakes


Ini adalah sesi perbincangan mak-mak dan bapak-bapak pengantin untuk pemberian sourvenir kepada coordinator dan Jabatan yang terlibat semasa sesi lawatan.


Jepun juga ada masalah yang sama. Kekurangan lelaki di kolej


Mode : Hullahup

Malam selasa lepas adalah sesi jalan-jalan mencari pasal ke Shinjuku. Naik train dalam 10 minit dah sampai.
Hullahup diteruskan semalam dengan ke Sasazuka...deretan kedai kecil di sekitar perumahan.


On de way to Shinjuku

Malam itu suhu adalah 13 celcius. Rasa macam masuk dalam peti sejuk. Gigil weh

Masih ada homeless di sana.

Mereka tinggal di tempat pejalan kaki bawah bangunan. Sedih pula tengok sebab rata-rata adalah warga tua. Susun kotak terbongkok-bongkok...tapi masih membaca untuk mengisi masa lapang






Pemandangan indah bandar Tokyo dari Observatory.
Free entrance (Itu yg penting)






Jalan-jalan sekitar shinjuku
Kali pertama keluar berjalan, memang berlaku kesesatan. Nasib keluar beramai, so tidak le cuaks sangat. Sangat terharu pada seorang gadis jepun yang bermurah hati tolong kami tunjuk jalan.bukan setakat tunjuk jari tapi siap bawakan kami ke stesen yang betul. Jauh juga stesen tu sebenarnya. Sakit urat dibuatnya. 3 jam di Shinjuku diisi dengan berjalan & berdiri, Windows shopping le kunun (termasuk masa sesat sekali). Kalau masa pergi kaki melangkah tersusun rapi, tapi masa balik dah macam bersepah tak tentu arah.





Semalam suhu drop lagi. Jatuh kepada 10 celcius. Gambar-gambat makcik kt atas adalah di Sasazuka.Jalan kaki dalam 10 minit dari TIC. Di situ ada kedai 100 yen. setakat ni, 100 yen adalah nilai yang paling murah walaupun kalau convert duit kita, harganya dalam RM4. Macam standard kedai 2ringgit kita laaa....

Ok, ini saja dapat update. Baru balik dari Akihabara. Situ banyak gilos gajet. 10 tingkat yang penuh dengan games, toys, pc, kamera dan macam-macam lagi. Malam ni baru beli sket2, survey harga & set target nak beli apa. InsyaAllah, hujung minggu ni akan ke sana lagi.