10 November 2010

Coretan Terakhir


kepada semua yang sudi membaca dalam ruangan chekpid
Ini adalah coretan terakhir...











Sila sedih
Kalau tak i kecik ati tau!!!



Memang ini coretan terakhir. Bukan chekpid nak berhenti dunia blog. Cuma coretan terakhir berkisar jadual sepanjang kursus di jepun.  Tapi tak rajin nak taip panjang-panjang. Baca caption kat gambar  ye...

Taman depan Imperial palace

A smart uniform

Attended the lecture @ MIC
Polis Jepun perkenalkan maskot P-po (People + Police).
Konsep mesra & sedia membantu

Balik lecture, sempat singgah Takeshita street. Kat sini ada kedai Daiso.

Visit & lecture @ Yokosuka Researh Park. Impressive.
Japan really advance in R&D. Kagum!


Jumpa students Yokohama National University dari Malaysia.
Nak belajar subject robotic macam diorang kena tough C++ & maths
Visit Digital Hollywood University.
U ni lahirkan ramai pereka animasi yang hebat-hebat.
Delegasi Malaysia buat presentation
semasa Kanto New Business Conference. Chaiyok!

Setiap hari lecture adalah sangat pack. Kadang-kadang kena keluar seawal 7.40 pagi sebab lawatan di tempat yang jauh. Lunch pulak biasanya cuma 1 jam je...pastu sambung lecture sampai hari gelap.

Tapi, Walaupun kitorang sibuk, waktu malam masih sempat pi jalan2. Transportation depa sangat bagus. Sana sini ada train station. integrated among company. Memang pernah sesat barat juga, impressed sebab kebanyakan diorang very friendly & helpful. Tak sombong. kadang-kadang ada juga yang tak pandai cakap english. Tapi tetap nak tolong kami. Ada yg antar terus ke station yang betul, ada juga yang pakai isyarat tangan je. Mana taknya, kita cakap ayam, dia cakap itik. Sendiri paham sudaaaaa Seronok pi jalan-jalan .. kita rasa sendiri kehidupan orang sini....Ketua coordinator kata, kami ni 'energetic' :)
Dapat peluang pergi Chiba.
Lecture & visit @ Chiba perfectural Government
Appadaaaaaa
Takde skill langsung. Sudah la duduk senget :p


Ini masa lawatan ke Open University of Japan. Studio untuk shoot video. Ibarat konsep e-learning atau tv pendidikan. Untuk belajar, student diberi pilihan sama ada hadir kelas, dengar radio atau tonton tv.

Banyak parking bertingkat. Bukan basikal jek. kereta pun ada sama

Very presentable
Itu bukan makanan betul tau. Cuma replika.nampak real kan. chekpid dah kata, depa ni memang berinovasi & kreatif . Memang ada mesin untuk buat replika makanan


Satu lagi...They r smart dari pagi sampai balik keje waktu malam still maintain. Tak tanggal langsung kot diorang. Kalo dalam train atau kt mall, boleh jadi konpius dibuatnya...diorang ni baru balik keje ke, masuk keje? Takde sememeh seperti yang biasa kita lihat masa baru balik keje.....(eceh, lihat konon..cakap ttg diri sendiri sebenornya, ha2) . Ada juga kepelikannyer...Bila pi jalan-jalan waktu malam kan, jumpa ramai yang baru balik kerja. Pakai kot bagai, tp enter kedai game dengan muka serius giler...Cari masa untuk entertainment agaknye, lepas penat bekerja sampai lewat :p


Okeh, ini last entry untuk laporan rasmi dari penulis amatur.Sekian, terima kasih.

Lepas niJangan lupa singgah lagi blog i tau...janji?

6 comments:

bOnda said...

chepid,
nak tanye...
jumpa selipar jepun tak kat sana????
OtrOmen? pasukan EYES sedang melawan rasakse???tidak???? nObita? dOremOn?
kekekeke
gurau jer..

nak balik dah yer...
kalO mekchu kirim shOkObutsu,
bOnda nak kirim kuih dOrayaki lah!
buleh?
ngeeee...
;p

mekchu said...

hehehe.. kih dorayaki takut basi..

dah nak balik dah pid? kejap je.. anak2 ko dah tak sabar nak main otromen tuh..

jepun menang 2-0 lawan malaysia game bola semalam.. ko sokong mana??

Don & Nor said...

wuih...rindu dgn daiso....kira sgt murah masuk daiso tu bila berada dijopun.
pastu depa tu pakai kot sbb tgh musim sejuk. cuba hang p time summer, idoknyer hensem lagu tuuu....ahaks.
slamat kembali kem'sia chekpid. anak2mu sentiasa merindukan otomennya...

Chekpid said...

dear all : dah smpai m'sia....memang betul, otromen lebih dirindui. masuk keta terus tanya otromen..huhu sedeyyy!! ...sib baik pakwe i tak macam tu :p

bonda : dorayaki pun tak berani nk beli. tak sure ingredient.

mekchu : i sokong sape yg menang :)

kham : mmg daiso plg best sebab murah haha2....

iza said...

kak fid, hepinyer bila baca coretan kak fid.. sume pengalaman kat sana mmg kenangan terindah kan.. apatah lg dpt berkenalan dgn kak fid.. frenship 4eva ye! =)

Chekpid said...

iza : mmg kenangan terindah. rindu merindu..huhu...

kita bawa balik semangat jepun & apa yang baik dari sana. harap kita dapat sumbangkan sesuatu untuk m'sia..