Bermula selepas terbit fajar
hingga terbenam matahari
tidak jemu-jemu kaki melangkah
mencari kebahagiaan fatamorgana
cuba bayangkan....
sungguh besar pengorbanan chekpid
untukmu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Wohoaa.....
Memang makcik tak percaya nak oii, tak masuk dalam wish list pun tapi sebab dah ada di jepun rugi kalau tak pergi. Sanggup nih..bertahan. walaupun kaki sakit mengalahkan lari marathon, lutut pun dah loose... apa taknya, masuk pukul 9.30 pagi, keluar pukul 9.30 malam. Nak kasi tiket yang mahal tu berbaloi-baloi. Tak pernah dibuat seumur hidup, mengalahkan shopping raya
Kalau anda kanak-kanak riang, ibu bapa kepada kanak-kanak riang atau sememangnya riang yang memang tidak dapat ditahan, silalah berkunjung ke DisneyLand sebab kat situ banyak karakter kartun yang best. Tapi jika anda adventurous, banyak takut dari berani atau berani-berani takut, janganlah lepaskan peluang ke DisneySea yang baru je dibuka, dengarnya
Apa komen chekpid? Wow, best !. Dah namanya dok kat situ 12 jam kan..Enter macam-macam game, snap beratus gambar & kembung perut makan popcorn yang harganya 300yen 1box..mahal seh!..
Cerita sikit pasal Disney Sea. Ada 7 tempat menarik yang sediakan macam-macam entertainment.
1. Lost River Delta
2. Arabian Cost
3. Mermaid Lagoon
4. Port Discovery
5. Mysterious Island
6. American Waterfront
7. Mediterranean Harbor
Tak cukup masa nak enter semua. Queue giler panjang. Feel nak muntah hijau beratur berjam-jam.
Warm-up. Pre-pose sebelum enter ke DisneySea. Alhamdulillah cuaca cantik. Panas tapi berangin. Sejuk bagi sipemilik lemak kurang. Orang jepun rilek jek. Dah biasa dengan cuaca macam tu
Persinggahan pertama berikutan kejayaan melepasi penyeksaan beratur panjang adalah Hotel Hightower. Tengok gambar ni. Kalau rasa tak seram memang something wrong somewhere. Baik kau gi check
Apa yang berlaku di dalam rumah itu, biarlah chekpid dan kawan-kawan saja yang tahu. Ketar lutut tak hilang selama 10 minit selepas kejadian. Begitu juga dengan jeritanku yang tidak layak untuk didengar halwa telinga rakyat yang lain, ada aku kesah! Namun begitu, keluar je dari rumah terus pose normal. Cover line baek punya
Center of earth pun mencabar emosi jugak. Enter dah tengahari. Punya la ramai orang. Beratur dekat 2jam setengah.
Makin dekat dengan pintu lif makin cuakss...Apa pulak yang bakal ditempuh |
Kebanyakan tempat-tempat yang adventure ni memang tak dibenarkan ambil gambar sebaik saja kita masuk. Jadi, tengok je ek, gambar-gambar luar. Nak cerita apa yang berlaku kt dalam pun tak boleh juga. Chekpid dah sign kontrak dengan tokyo disneySea :). Karang tak surprise la orang yang nak datang situ. Sungguh menebal kesedaran sivik chekpid
Okeh..bila malam menjelma, hanya gambar-gambar pemandangan sahaja yang chekpid akan tunjuk. Karang tak selera pulak korang tengok perempuan itu yang sememangnya sudah tidak serupa seperti saat masuk di awal pagi. Tak pasal-pasal kena makan appeton 3malam, i taknak bertanggungjawap yuuuuuu.
Indiana Jones Adventure |
Arabian Coast |
Kat belakang tu, volcano |
Moral of the story, kalau dapat peluang, datang lah ke Tokyo DisneSea. Syukur dapat peluang macam ni.
Kursus, kursus juga
Jalan, jalan juga
Ok tak pantun 2 kerat tu :p
6 comments:
sakan ko ye tak bawak ashkar.. kalo ada budak2 mmg '10 minutes from here' je yg aku sanggup.. nmpk advanture sgt tuh.. fantasy land tak de ke?? hehehe
ui bestnya....nak pegi tapi kalau kumpul duit makan tahun la jawabnya.... nak tggu org sponsor ntah bila....
huih..mmg tahap kesabaran yg tinggi klu kena q smpi 2 jam lbh. kitorg sanggup amik yg x smpi 1 jam jer. x masuk disneyland ker??
mesti semua karakter tu u nak kejar ngalahkn hero2 u.
mekchu : ambil peluang tgh temporay single...kalo bw budak2 mmg tokleh masuk tmpt2 macam tuh
fiza : insyaallah..mana tau ada rezeki, sape tau
kham : SANGAT sabar....mmg dah tertidur sambil q. kalo masuk disneyland tiket lain plak...lgpun mana cukup 1 harikan...nanti kos bertambah. so better choose disneysea...
wahhhhhh
musti serOnOt...
but i'm pretty sure hati tu tertinggal kat OtrOmen2 kat Malaysia tu..
kan??? kan??? kan???
;)
sgt jeles hokey...rupanya time ini saya tgh bersalin (tahun 2010 kan?)
Post a Comment