02 February 2011

Lebiu



Korang dulu honeymoon kat mana? Cer citer...cer citer.......

Kami dulu pergi Langkawi. Memang teringin benor sebab tak pernah sampai. Cik abang lain la, dia pernah pergi dengan member2 bujang. So, plan harus diatur yaaa...Masa sibuk nak kawen, time tu la sibuk juga plan honeymoon. Harusla kan. Malas nak tangguh-tangguh.  Memang ambil cuti panjang untuk misi tersebut.

Rumah keluarga kami tak jauh. Me at Tanjong Karang & Mr Hubby @ Pasir Panjang. Petang Jumaat nikah, sabtu kenduri kat Tanjong, esoknya dah ke Pasir Panjang. Sambung dalam 3 hari cuti rumah mertua *kes basuh periuk la apa lagi** lepas tu terus masuk rumah sewa baru. Masa tu menyewa di Teluk gadung, klang. Rumah kami depan stesen lrt. Baru kawen, serba kekurangan lagi..rumah pun kosong jek. banyak memori rumah tu.

..adus, lari topik dah ni....

Ok, sambung cerita pasal langkawi. Kami pergi naik bas jek. Dari stesen bas klang dalam pukul 10 malam, sampai pekan kuah dekat 6 pagi kot. Then naik feri. Sudahle sememeh tak mandi pagi, tapi off course mak menten...depan chenta hati la katakan.

Seronok wok gi Langkawi time berdua. Boleh naik bot pancung, lawat pulau ke pulau...Tasik dayang bunting pun kami dah sampai. Masuk je dalam tasik tu terus rasa panik. Sebab kaki tak cecah dasar. pulak tu air dia tenang lain macam, hijau pulak tu...eeee soram gakla. Sekali lagi....mak menten cover line

........Gigeyh snap gambar lama..............



Sungguh mulus kudus ketika itu. 2 keping cukup, takbley lelebih


Stay @ langkawi 3d2n. Ambil pakej, fully covered dari transport, hotel + f&b. Best. Balik dari sana naik pula lrt dari KL sentral ke stesen Teluk gadung. sampai dah malam, dalam 11pm. Sudahle stesen memang dah gelap (last transit), kena kejor anjing giler. Bayangkanla dengan beg besor AF kiri kanan. Kali ni mak memang tak boleh menten lagi. Lari langkah seribu yeop...but still berpegang tangan...auwww, tak kosa...*apa kes laki aku pun larik sekali neyh

Anniversary tahun lepas kami ke Langkawi semula beserta 2 little hero. So, tak dapatla pergi pulau2 macam dolu-dolu..Bahaya naik bot pancung ni. Melambung-lambung dibuatnya. Kami jalan2 tempat yang tak sampai lagi 6 tahun dulu. Banyak dah pembangunan kat sana. Pekan kuah pun dah cantik. Yang seronoknye langkawi ni sebab kawasan dia comel je. So kita boleh cover 1 langkawi. Kalau ada rezeki memang nak pergi lagi. Tapi matlamat dah jadi lain la, off course. It's time for me do collection in pinggan mangkuk segala. corningware, vision & macam2 brand adaaaaaaa...misi kumpul duit

3 comments:

Ana farha said...

kami hanimun kat atas bukit ngan bawah bukit.. hehe..

ada gak plan nak gi langkawi bersama-sama.. insyaAllah hujung tahun ler kot.. dah lama tak kesana...

biasalah klu dah naik taraf jadi isteri / mak ni kan, sure matlamat mengumpul koleksi pinggan mangkuk periuk bagai klu ke sana.. tapi kene tahan telinge gak nanti sat gi ada yang bising.. huhu..

mekchu said...

mula2 aku dah cemas ingatkan ko nak wat tag entry nih... hahaha... sebaik tak de...

betul la, mmg patut epgi semula kat tmpt kita horneymoon kan.. aku nak cadangkan kat papa-jit la.. cameron je.. masih boleh ditunaikan tu..

ummi sofiyyah said...

awat tetibe keluar citer honeymoon ni??? hihi...semoga berbahagia selalu..