31 January 2011

Family strategic planning


Sape kate kementerian je ada strategic planning. Family ai pun ader....Ia dinamakan family startegic planning ye tuan/puan....

*muahahaahh..ketawa tanpa sebab, apa kess*


Apa yang terkandung di dalam planning tersebut adalah berkisar pertambahan keluarga, tempat tinggal, pendapatan dan macam-macam lagi yang semestinya kena ada indicator yang lojik, tercapai dek akal dan kemampuan. 

Entry ni nak fokus pada FSP yang pertama tu..tambah ahli keluarga.  Sape yang atur strategi? off course le ai sebab ai ni kuat berpikir. Dari kecik macam tu, tapi orang kata kuat berangan so untuk nampak realistik, kita tukar kepada kuat berpikir. ..harap maklum, yea kuat berpikir okey :p Kawan-kawan pun sure ada perancangan kan. 

Ai dulu masa anak sulung, dh agree ngan hubby, genap je Syahmi setahun setengah, maka terusla ke kekdah menambah untuk dapatkan dia kawan. Nampaknya Allah makbulkan, lahirla syafiq. Tapi syahmi kena stop breastfeed masa dia 1tahun 9 bulan sebab time tu tengah ngandung 3 bulan. Tak larat weih..muntah & mabuk segala. Nak jaga diri pun tak larat.

Dan perancangan di teruskan nampaknya. Syukur, Allah perkenankan doa. Genap Syafiq 3 tahun bulan Oktober lepas, maka kekdah yang sama dibuat.. 

*shy...wink..

Cuma bezanya, masa tu dapat pula offer JICA untuk ke Tokyo start 25/10 till 11/11. Sengaja jarakkan jauh sikit sebab nak menjaga 2 hero sangatlah tidak senang ye, harap maklum. Perlukan kekuatan mental, fizikal dan yang penting pitching tidak lari supaya jeritan merdu dapat dilontarkan dengan jelas, nyata dan terang.

Now, lega...dua beradik tu help each other. Macam kata syahmi kat adek "Kita adik beradik kena menolong menolong" Kagum dengan ayat berganda dia. Sapo la yang ajar tatabahasa tu. Syafiq untung, dapat breastfeed sampai 3 tahun. Serius rindu dia lain macam. Sebab dah biasa dia datang kat kita, kita peluk2 sambil breastfeed...lama ooo 3 tahun. Bila dia stop ( tu pun jenuh nak putus susu) rasa rindu plak. Kadang2 pujuk juga dia datang, baring sebelah...saje nak peluk2..huhuu..

Secara rasminya ikut perkiraan doktor, insyaAllah due 18 September, lepas raya. Sempat ai makan rendang. Makanya dalam keluarga fathul sekarang ni; carta organisasi adalah seperti berikut :

Sambutan hari lahir secara berjemaah Keluarga Fathul
 

Moral of the story, syahmi kena la ada partner kan? Rasanya yang itu, takmoh rancang detail lagi..tunggu la dulu....Kita merancang Allah yang tentukan. tawakal. Kawan-kawan yang nak share uol punya plan..respon la ye

Ekceli nak cerita pasal the beauty of pregnancy, saat-saat menempuh morning sickness, evening sickness & macam2 sickness lagi sepanjang 1st trimester ni. Lain anak lain pulak ceritanya. Tunggu next entry yea, kalau larat. :p


8 comments:

Mama_anggun said...

wahh..!! terbaaeekkk!!! nyer planning...tahniah...tahniah...

ANA FARHA said...

apapun tertakluk pada kuasa Allah larr kan.. ai pun planning gak lepas kawen nak ada baby tapi blum rejeki lagi.. huhu.. kene teruskan usaha lagi dan lagi..

Yati said...

Congratulations, Epit! :)
Baik punya planning.

mekchu said...

ko spesis yg beruntung.. plan je mesti kena sasaran.. kalo mcm aku ni, susah nyeeee.. btw, aku dah agak itu kes balas dendam ko gi JAICA hari tu.. hahaha...

eh, nak tya, kalau nak due 11.11.11 bila patut ehem ehem?

ummi sofiyyah said...

bagusnyer planning...harap2 kali ni gegirl pulak yer..hehe...
ahkak dah tutup kedei tp bila dgr kengkawan pregnant ni teringin la pulops..huhu..

chekpid said...

Dear all-> tenkiu. Mekchu -> xtau, pe kata tanya doktot pakar :P; sis riza-> jom meramaikan umat nabi Muhammad s.a.w

salzahari said...

our family,i le jgk perancangnya sbb kita empunya diri yg nak bawa perut 9 bln dan nak BF kan?!! ehehe...

so kami agreed utk plan 2-3 tahun sorang...wpun sbnrnya biologi badanku ini unpredictible (period cycle selalu weng).

mmg main agak2 je...alhamdulillah, setakat 3x ni semua mcm gap2 tahun laa! bila yg previous nak 2 thn baru berusaha gigih...kalau lum cukup 1 thn 6 (at least),relaks2 je ;)

so Aliah- 2007, Amani - 2010, coming 2013...Aliah - Amani= 2 tahun 9 bulan, Amani- baby = 2 tahun 6 bulan

salzahari said...

bitrhday plak, husband Aug, Amani Sept, Aliah Oct, i Nov..baby ni coming April sbbnya i kata nak le suku tahun pertama pulak ada birthday apa2..tak le kena tggu suku tahun ke2 baru dpt celebrate :p ahahhaa !