04 May 2011

Cameron Highland - Part 1


Nak juga rasa en3 berpart-part ni. Jadi sempena hari berseri kami ke-7 pada 30 April yang lepas, i buat en3 untuk part1 & part 2

Pagi sabtu lepas, konon subuh sepi'e nak ke sana...puas sikit berjalan tapi sudahnya pukul 8 pagi baru gerak. Bertuahnya bila jalan clear...tak dapat ku bayangkan kalau ke selatan...kot2 la area senawang tu jem...uhh, ngeri membayangkan keadaan itu.

Bergaduh anak beranak memang sudah dijangka. Yang sulong nak tidur baring, perasan macam kat katil. Makanya si adik pulak merengek, nak tidur tak ada tempat..complaint tak dapat aircond...aduh, sudahlah perutku makin membesar, di tambah pulak si kenit sorang tu bertenggek kat peha, sepanjang jalan dari tapah menahan lenguh...*lepas ni mama beli bas...boleh korang pilih seat**

Lalu Lata Iskandar, budak2 ni mata dah buntang...bila nampak air terjun, lagi lah bising nak suruh singgah


Jangan sentap pula tengok budak kat depan tu
...mandi air terjun pun pakai swimming suite hoccay....
Air terjun situ tak best sangat la..tak happening
tapi ader budak2 ni kesah? hmm hampeh!!


Sampai tanah rata, singgah MARDI. Pikir dalam hati, kot2la barang situ murah....nasib beli tak banyak. Kat pasar malam lagi murah beb!

Aiskrim stroberi 2 hengget semangkuk. Dan2 tu rasa sedap..walaupun masam yang amet

 Ini le yang diidamkan sangat. 
Bukan makan banyak pun. Beli sepeket je. Janji lepas hajat :)







Diriku menjadi feminin tiba-tiba. Tengok bunga terus feel winter sonata.

Lepas check-in, pergi pasar malam brinchang pulak. Time tu dah start hujan renyai-renyai. Kami redah jek. 


Ini budah hoh...sudah takmau pergi mana-mana selagi tak dapat serangga magnet.
6 jenis RM10. Rasa berbaloi juga sebab bukan dari seramik ke hape...so, tak pecah. Balik hotel sampai le balik rumah leka main dengan benda ni je

Malam tu kami makan steamboat kat area Brinchang. Gigil yeop, tambah2 lagi petang tu hujan kan..Memang sedap la makan panas-panas. Balik hotel tidur awal. 10 malam dah flat.

Hari ke-2 pun kami check-out awal. Dalam 7.30. Misi sambung sesi rombongan & terus ke Lata Kinjang. Kita sambung part 2 ok!

5 comments:

Yati said...

wah... syoknya pi cameron. Stay kat mana, Epid? :)

n o h a F i z a said...

walla... seronotnya dapat pegi jalan2.

chekpid said...

yati : hotel penuh...dapat hotel bajet jek, Hotel wira awan...org melayu punya. servis ok sesuai dgn harga :)

fiza : sronok..saket pinggang pun boleh cover line lagi...

mekchu said...

1st sekali aku scroll laju2 tgk ada tak gmbr perut... comeeyyyyyyyyyyy...

aslynna said...

elok gak ko bli bas..dh nak masuk 3 kan..leh la aku tompang ko sekali