26 April 2011

Jawapan tanpa sempadan



Funny story happened last nite

Kami pergi mall. Almaklumla saiz ku sudah bertukar dari XS ke M. Banyak baju besor baju kecik yang kena ditukar sekali. Makanya sesi shopping dijalankan. Sekarang banyak sale sebab Mother's day akan disambut tak lama lagi. Dah habis duit borong pada baju, plan nak singgah ke Watson. Tapi disebabkan Syahmi masih leka di toy's area, kena lah abahnya temankan. Syafiq beriya-iya nak ikut. Dalam watson tu memang hakak the only customer yang ado.. apa taknya, dah nak tutup. Tengah leka pilih barang..adik-adik sales man dok menyakat syafiq. Si kenit tu cuma senyum sipu-sipu...

Keluar dari watson, saja tanya budak kecik tu. "Kenapa adek senyap. abang tu cakap hai-hai kat adek.."

Dia terus jawap dengan lancar...
.
.
.
.
.
.
"Adek malu......adek tak pakai spender"

Dan-dan tu.rasa nak kentut gelak guling-guling dengar jawapan dia. Tapi mak kontrol vogue...masuk kereta cerita kat pakwe, apa lagi gelak besor la kitorang.

..Adoyai, adek...adek...abang tu bukannya tau ...


2 comments:

mrs puex said...

very the funny storyy..hahaha...
klo i dh guling2 kt situ..ngee!!comel!

Yati said...

Hahaha... comel!! ^_^