10 May 2011

Cameron Highland - Part 2


Misi di teruskan di hari ke-2

Kami keluar awal. 7:30 pagi dah check out. Then naik atas, ke pasar basah brinchang. Bila tengok sayur-sayuran yang segar bugar memang tak boleh tahan wok. Gatal tangan juga beli walaupun menyedari diri ini tidak memasak serajin dulu kala..haha...ternyata kerugian yang nyata bila balik rumah sebab banyak yang layu dalam peti ais dari layu atas api dapur.




Tak lupa juga singgah ke Taman Rama-rama. Dewasa RM5, Kanak-kanak RM2. Yang ini buat umpan jek. Selepas sesi paksa rela bawa mereka ke pasar.
 




Muka excited tak ingat. Tapi rama-rama kat dalam taman tu kebanyakannya spesis yang sama. Cuma warna sahaja berbeza. Yang ini borneo butterfly kan? eh..betul ke??

 Feel feminin membuaks kalau sampai ke Cameron. 
Jumpa bunga ros yang besar dan cantik. 
Tengok?
-
-
-
...suka...

Beli? Tanam?
-
-
-
...tak kuasa!!



Konon nak feel vogeh, kami sarapan kat Cameron valley, tepi ladang teh yang syangat syantekkk.



Nasi lemak akan bertambah sedap bila ada aktiviti makan kongsi & berebut-rebut anak beranak. Ce try!


 Ini mudak sudah keciwa. 
Jatuh mengelongsor masa nak turun ke ladang teh. 
Sangit montot katanya....


Balik tu singgah Lata Kinjang pula. Budak-budak punya pasal....tunaikan je permintaan depa. Lepak sana dalam 2 jam mandi manda. Tak berkenan sangat mandi sungai ni. Risau keselamatan. Tapi kempam je mulut. Sebab cik abang pun nak pergi. Lepas ni takpayah yea...kita mandi swimming pool je..ahakksss. Memang ramai orang. Tapi kami sampai awal, so dapat port baik.



 Sekejap je dah 7 tahun kahwin. Alhamdulillah. Jodoh kami masih panjang. Rasa macam baru 3-4 tahun je sebab masih terbayang2 zaman dating & berchenta dulu. Bila tengok perut...terus sedar diri!!




I lep u very strong la bebeh!!!
Yang lain....
sila ambil baldi masing-masing kalau korang nak muntah...ha2

2 comments:

Yati said...

Romantiknya gambar dengan husband. :)

mekchu said...

bukan main dressing si chapik tu.. kalahkan anuar zain ko... perut mu sangat comeyyyy... tak pe, macam boncit sbb makan banyak je..