02 June 2011

c.r.a.m.p


Minggu ini sudah 2 kali kakiku cramp. Kali pertama tu just introduction. Kena pada jari kaki tengah. Pagi tadi kena lagi. Tegang urat-urat sepanjang betis. Dan seperti sebelum ini, bila perkara itu berlaku ada la jeritan tak berapa nak merdu di pagi hari untuk bangunkan partner sebelah. Kekdah terbaik yang telah di ajar pada pak incek -->
  1. Sebelah tangan angkat kaki isteri dichentai...ampu pada betis
  2. Letakkan tapak tangan lagi sebelah ke tapak kaki perempuan itu
  3. Tolak perlahan-lahan ke arah dalam...atau dengan kata lain, tolak la kaki tu menghadap perut minik
Biasa dalam 10sec cramp akan hilang. Takde dah tegang kaki yang boleh membuatkan kita menjerit macam nak meroyan. Cuma effect tegang tu ada la. tak boleh hilang sekelip mata. Pergi opis tadi pun kaki masih rasa sakit-sakit manja gitu.
Ada petua kata, bila nak tidur letak kaki tinggi-tingi. Maybe put 2 pillows. 

Haisshh...masalah problemnya...sebelum tidur memang la cantik terletak. Tapi kalo dah namanya perut membesar...mana maunya tidur diam-diam gitu. kena gak mengereng kiri kanan cari port selesa. Lupa dah pose kaki macamana

Apa nak buat..tempuh je lah. Bukan selalu pegnen pon :)

Nasib pagi ni pakai baju & selendang baru (ada ati nak eksen). Rasa ceria je di pagi yang indah ini..


Nah!! hadiah rose cameron untuk korang. Semoga ceria selalu..!!

5 comments:

mrspuex said...

tetibe teringat memori peknen dulu..alhamdulilah krem kaki adalah sgt minimum..cume bengkak mcm belon adelah..nice roses..cm tetarik+menarik nk gi cameron la plak..hihi...

Chekpid said...

Sila peknen lagi untuk merasai kenikmatan cramp..haha...Gi la cameron..sekali sekala tengok bunga2 segar...sejuk mata, sejuk badan sejuk hati...semua ada

wildcutecat said...

masa sy pregnent dulu pun memang selalu cramp tengah-tengah malam. memang tepaksa kejutkan husband tolongkan kurangkan cramp. cara-caranye memang sama macam yang chekpid taip kat entri ni.

mekchu said...

jgn jadi cam aku.. krem kaki kanan.. kaki kiri yg terangkat (kaki kanan x boleh angkat sbb dah sakit).. partner sebelah sambil terkebil gi tolak kaki yg terangkat tu.. rasa mcm nak sepak2 je sbb salah kaki...

terasa la ayat 'bukan selalu pegnen' tu :( bila aku nak pegnen lagi ni weii

Chekpid said...

klako la mekchu....kes mamai le tu...ala, jgnle terasa...aku doakan yg terbaik untuk ko sekeluarga..insyAllah...ada rezeki nanti.