29 July 2011

Untung baby....


Ketaq kaki naik pentas. Bukan nebes (ada la sket2 ekceli), tapi lenguh dah naik tangga time kaki memberat & perut memboooOOlat sekarang ini. Dah 8 bulan ni haaaaaa
 


Alhamdulillah, rezeki Allah. Jangan lupa, jangan riak. Berpegang pada amanah & percaya pada diri. Mudah-mudahan ini semua peringatan supaya galas tanggungjawab yang di beri dan buat yang terbaekkkk boboiboy.
 




My 2nd bos pun dapat.Tahun ini juga pelopor Sistem barcode untuk sesi pemberian anugerah. Alhamdulillah system run smoothly. Kredit to our programmer & IT Unit itself.



Hadiah paling best off course dari my laling. Banyak kali hint minta belikan Dorian musang king, dia buat dek je. Malam tadi buat surpriusss bawak balik idaman kalbu. Terharu makkk!!! i lep u vey strong laaaahhhhhhhh

25 July 2011

Dapat hadiah manisssss


Pagi tadi buat maternity check-up. Letih bila bawa budak bawah umur. Bukannya dia faham kita terjengil-jegil suh diam. Lagi berlari-larian ngalahkan maratahon. Sama je dua-dua tu....mode : bebelss

Check bp ok. Check urine, sister inform "Ada gula sikit, puan. Pagi tadi minum manis ye?". Masuk bilik doktor pun kena tegur juga. Tapi sebab history check-up sebelum ini ok & paras gula tak tinggi sangat, just take lesson untuk kali ini. 

Apa tidak nya. Semalam melantak air gas pepsi dekat 2 cawan. Sedap betul air tu lalu ikut tekak tatkala ku minum sambil buka pintu peti ais luas-luas. Ibarat di musim sejuk, cool..!! Minum sorok-sorok kat dapur, punya tamak haloba tak kasi kat anak. Pagi tadi tambah nestum 3 in 1 perasa madu. memang menDAPATnya gula tinggi. Serik tak?.....jawap sendiri!

21 July 2011

Misi Haziq punya pasal!!



Naaaakkkkkkkkkkkk jugak salahkan orang lain kan.....

Ini kisah program tom tom bak yang menjadi phojaan anak-anak bujangku. Depa cukup suka bila tiba segmen Misi Haziq...ala, yang trademark dia...'roooooooooooooll vt'. tau ke idak ni

Ada sekali ni Misi Haziq ke Berjaya Times Square, berronok-ronok di indoor theme park ..Sekali tengok ok. Bila dah banyak kali ulang tayang & budak-budak tengok segmen yang sama, makanya timbullah permintaan untuk pergi ke sana jugak...atas alasan, nak pergi tempat misi haziq. Makpok bukannya kesiyor sangat, tapi dah anak-anak asyik merengek je..tak tahan melayan. Kitorang punya parent concept senang je. Pergi sekali, lepas tu tak pergi dah, kecuali korang pakai duit tabung masing-masing atau dah cukup umur pegi sendiri dengan surat kebenaran makbapak. Zaman riangria cornflakes untuk kami dah expired laaaaammaaaaaa dulu.

Tiket masuk boleh dikategorikan membunuh juga. Dewasa RM37, Kanak-kanak 3 tahun ke atas RM27. Tapi sebab syafiq tu cenonet sangat, cik kak kaunter tu assume bawah 3 tahun je, sebab tinggi dia tak sampai 3 kaki. Banyak game tak boleh main. Untuk makyong, di caj hanya RM10. fuhhh naseb baikkkkk.

Game start dari level 5 - 8. Hanya level 7 untuk kanak-kanak. Ada la dekat 6-7 game kot. Ketensenan akan timbul bila ada game yang syafiq tak boleh main. Mana maunya dia merelakan diri tengok abang dia main, kan. Jadi startlah drama swasta berbabak-babak setiap kali abang dia enter game tu. Sama la konsep cucuk langit kat Genting nun. Nak seronok apanya kalau ada game yang bukan 1 family boleh joint.  Si abang boleh masuk, adek pulak tak boleh. Kita yang makbapak ni pun kena gilir-gilir. Sorang main, sorang jaga anak :(
Haip...ni siapa yang excited sebenornye!

.
.
.

Sambung balik misi haziq :p


 Antara orang terawal sampai. Kaunter pun tak buka lagi deknon. Kasi posing dulu 1 kali :p


Nah. Ini saja standard kau. Jaga beg & bekas air. Huh! sedey!!









Antara game yang ado. Semua-semua tu depa naik.
Hah yee...naik la puas -puas. Berapa kali naik pun takpe. Dah pagi sepi'e, memang tak ramai orang. Korang je la yang conquer

Syafiq dah start buat perangai. Penyudahnya pujuk beli sand art. Itu pun dia main separuh. Hakkak juga kena habiskan



Budak-budak enjoy. Datang school hari isnin muka ceria ganda 12. Tak sabar nak cerita pada kawan-kawan. Adalah dekat 5 jam bertapa kat situ. Balik rumah tidur bergelimpangan, hamikk!

12 July 2011

Salurkan kasih sayang anda


Kalau kita banyak kasih sayang, haruslah dikongsi dengan mereka-mereka yang layak. Motipp??


Selain dari isi perut keluarga,kita ada haiwan peliharaan. Yang ini paling mudah diuruskan. Tak banyak cakap karenah, hanya akur pada ketentuan tuan rumah.

Bela 2 jenis ikan je. Group ikan guppy memang dah beranak pinaks...sedang berbahagia la  tu. Satu lagi kami panggil ikan dbkl. Biasa ikan ni kaler hitam. Suka makan lumut-lumut. Tak ingat dah siapa yang bagi gelaran tu. Rasanya dari suku sakat ku juga. Tahun 80-an dah dengar orang panggil ikan dbkl. Betul ni, tak tipu :p

Ikan dbkl beli 2 ekor je. Idakler ketahuan jantan betinanya, main sebat je. Tapi sekor ni unik sket.


Bila tiba time makan je dia akan buat aksi akrobatik sekor-sekor. Makan terbalik hokeh. Dah macam ikan pari ku tengok. Yang partnernya pemalu sket. Biasa kalau kita dah masuk rumah baru dia keluar dari tempat persembunyian.


Yang ini bukan kategori belaan ye. Entah pendatang dari mana. Suka benor ambil kesempatan. Asal tingkap terbuka je dia ada. Asal dia ada je, mesti time tingkap terbuka. Ha tu, gambar yang berjaya disnap semasa percubaan dia membolosi pagar rumah. Muka terkujat la tu. kantoi!!

04 July 2011

Surat layang


Kepada sesiapa yang berkenaan.

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas bagi melahirkan perasaan yang telah merentap jiwa & hati nuriani saya kebelakangan dan kehadapan ini. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

  • Tuan 1 : Daun-daun pokok limau purut saya habis rompong-rompong terutama pucuk muda yang sedang cuba membesar dengan kasih sayang. Kalau pun tuan nak menumpang makan, cukuplah sekadar kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Siapa lah tuan yang dengan sewenang-wenangnya mengajak segerombolan anak pinaks datang menjamu selera di pokok saya.ye ye saya tahu pokok tersebut menjadi kegemaran tuan & keturunan tuan. Tapi berpada-pada lah di masa akan datang supaya semburan racun round-up tidak saya lakukan kelak.

  • Tuan 2 : Kerja siapa pagi semalam? oh, semua taknak mengaku ye. Apabila saya membuka tingkap dengan harapan menyedut udara segar terbau pula sesuatu yang tidak menyenangkan. Sekiranya tidak sempat mencari tanah atau dah nak terbelahak sebab kekenyangan, sakit perut mahupun tercekik tulang, jangan lah perkara tersebut di buat di halaman rumah saya yang bersimen itu. Sepatutnya tuan dah bajet baekk..dimana tempat yang sesuai untuk melepaskan hajat. Setiap hari mengiaw dengan muka manja minta ehsan walaupun saya rasa tuan tidak la semacho mana. Kencing pun bersepah, sambil lalu sambil meninggalkan kesan. Sepatutnya tuan minta ijin saya untuk berbuat perkara-perkara yang tidak berhemah tersebut.

  • Tuan 3 : Seperkara lagi yang pelik. Tuan & keturunan tuan yang sememangnya sejak azali sukakan manisan, mana mungkin menyerang makanan-makanan lain yang tidak berkenaan? Memang pelik tetapi benar apabila hurungan di buat ke atas nasi dalam periuk nasi, sambal tumis ikan kembung dan air masak? Apekah? Mungkin ada sesuatu yang tuan ingin sampaikan, tapi sumpah sampai sekarang saya tidak faham sebabnya. why? why?.
2.       Diharap perkara ini tidak berpanjangan. Memandangkan saya sedang mengandung, sangat tidak elok untuk berkata tidak baik kepada tuan-tuan yang berkenaan. Kita berkongsi hidup di bumi & sepatutnya saling hormat-menghormati. Ini sekadar luahan hati saya supaya ada tindakan pembetulan, pencegahan dan penambahbaikan yang berlaku. 

3.       Besarlah harapan saya supaya perkara ini tidak berulang lagi. Kerjasama dan perhatian segera tuan-tuan yang berkenaan sangat dihargai dan didahului dengan serangkap moto

"Apa yang penting?....kerjasama"

Sekian, terima kasih


Yang benar,
Tuan tanah kedaung