21 July 2011

Misi Haziq punya pasal!!



Naaaakkkkkkkkkkkk jugak salahkan orang lain kan.....

Ini kisah program tom tom bak yang menjadi phojaan anak-anak bujangku. Depa cukup suka bila tiba segmen Misi Haziq...ala, yang trademark dia...'roooooooooooooll vt'. tau ke idak ni

Ada sekali ni Misi Haziq ke Berjaya Times Square, berronok-ronok di indoor theme park ..Sekali tengok ok. Bila dah banyak kali ulang tayang & budak-budak tengok segmen yang sama, makanya timbullah permintaan untuk pergi ke sana jugak...atas alasan, nak pergi tempat misi haziq. Makpok bukannya kesiyor sangat, tapi dah anak-anak asyik merengek je..tak tahan melayan. Kitorang punya parent concept senang je. Pergi sekali, lepas tu tak pergi dah, kecuali korang pakai duit tabung masing-masing atau dah cukup umur pegi sendiri dengan surat kebenaran makbapak. Zaman riangria cornflakes untuk kami dah expired laaaaammaaaaaa dulu.

Tiket masuk boleh dikategorikan membunuh juga. Dewasa RM37, Kanak-kanak 3 tahun ke atas RM27. Tapi sebab syafiq tu cenonet sangat, cik kak kaunter tu assume bawah 3 tahun je, sebab tinggi dia tak sampai 3 kaki. Banyak game tak boleh main. Untuk makyong, di caj hanya RM10. fuhhh naseb baikkkkk.

Game start dari level 5 - 8. Hanya level 7 untuk kanak-kanak. Ada la dekat 6-7 game kot. Ketensenan akan timbul bila ada game yang syafiq tak boleh main. Mana maunya dia merelakan diri tengok abang dia main, kan. Jadi startlah drama swasta berbabak-babak setiap kali abang dia enter game tu. Sama la konsep cucuk langit kat Genting nun. Nak seronok apanya kalau ada game yang bukan 1 family boleh joint.  Si abang boleh masuk, adek pulak tak boleh. Kita yang makbapak ni pun kena gilir-gilir. Sorang main, sorang jaga anak :(
Haip...ni siapa yang excited sebenornye!

.
.
.

Sambung balik misi haziq :p


 Antara orang terawal sampai. Kaunter pun tak buka lagi deknon. Kasi posing dulu 1 kali :p


Nah. Ini saja standard kau. Jaga beg & bekas air. Huh! sedey!!









Antara game yang ado. Semua-semua tu depa naik.
Hah yee...naik la puas -puas. Berapa kali naik pun takpe. Dah pagi sepi'e, memang tak ramai orang. Korang je la yang conquer

Syafiq dah start buat perangai. Penyudahnya pujuk beli sand art. Itu pun dia main separuh. Hakkak juga kena habiskan



Budak-budak enjoy. Datang school hari isnin muka ceria ganda 12. Tak sabar nak cerita pada kawan-kawan. Adalah dekat 5 jam bertapa kat situ. Balik rumah tidur bergelimpangan, hamikk!

3 comments:

mrs puex said...

alhamdulilah selamat sampai ke destinasi seawal pagi..hikhikhik...

wildcutecat said...

masa pegi dulu tiket dewasa RM20 aje. skang dah RM37 ye. mmmm...nasib baik penah pegi dulu2.

chekpid said...

mmg pergi awal2. lama benor tak jejak kl, takut syesyatt!!. Dulu harga murah, now melambung. maybe sebab tambah game. tp no point utk fmly kami, apoknye main sorang2 utk game dewasa...takde feel katanya