27 March 2012

3 minggu 3 doktor


Amacam..boleh jadi tajuk filem tak? 

Rutin agak kelam kelibut bila anak tak sihat. Demam dia yang on off memang menguji mental makpak. Badan panas. Bila jumpa doktor boleh pulak hilang demam sementara tunggu q. Then tengah malam demam semula. Bila bawa pergi klinik siang lagi lah dia tak demam. Suhu 37c je. Siap main tarik-tarik stetoskop dengan doktor. 

Nak ambil darah pun dia bukan direct demam 3 hari. Tapi kepala tu rasa dedor je (betul ke eja ni). Member kata kalau budak selalu demam malam biasanya panas dalam, betul ke?

Sudahnya Ahad balik kampung berurut. Kot la kan sakit urat. Budak-budak pun boleh sakit urat tau. Mungkin disebabkan selalu baring, kita salah dokong atau dia salah parking masa duduk dan sebagainya :)

Semalam meragam lagi. Pengasuh telefon bagitau syabil menangis taknak makan taknak menyusu. Haissh mana boleh tahan beb, kerja pun tak boleh fokus. Sudahnya bawa jumpa doktor ke-4. Lepas explain kronologi demamnya tu, doktor pun check 1 by 1 dan haaaaa ada ulser kat lelangit. Patutla meragamnya mak aihh. Dengan maknya je dia kurang menangis. Kalau orang lain dokong, baik apaknya sekalipun memang dia takmoh. Doktor bagi ubat spray, nak bagi relief & rasa kebas kat dalam mulut dia so boleh la lepas tu suap makan. Di tambah juga dengan koleksi ubat demam, batuk & doktor bagi sekali antibiotik. Memang me try to avoid bagi anak2 antibiotik biar sistem imun dalam badan dia lawan sendiri tapi yg ini no choice, lama sangat berlarut sampai 3 minggu. Akur le juga nampaknya :(


Jenuh memujuk tapi still menangis. Camno mak nak buat tengah drive. Macam2 barang bagi dia tapi dilanting-lanting disepak-disepak. Sudahnya sudu tu jugak yang dia suka. Leka gigit-gigit terus lena.

Pagi tadi masa hantar kat pengasuh dia siap paling-paling muka. Mak bajet tak lama lagi budak ni dah pandai le menangis tak nak dihantar. Bila dia dah peringkat kenal orang sekeliling memang akan demand lebih

Cepat sembuh baby Syabil. Boleh main gusti dengan abangadek


6 comments:

salzahari said...

mmg tak keruan bila anak demam kebah demam kebah ni...my daughters semua dok batuk x baih2 lagi tp mlm2 je time tidoq berkokok mcm nak keluaq isi perut.si Amani tu,kdg2 sampai termuntah :( doc.kata lama2 ok la sbb lungs clear..so dia x bg apa2 ubat/antibiotik!

sabar jerla sementara nak hilang terus ni...

mamavogue said...

mmg mencabar mental mama yg bekerja ni kalau anak x sehat huhu..
mama hakim doakan awak cepat sembuh ok syabil..

Yati said...

Cian dia.
Semoga baby Syabil cepat-cepat baik sepenuhnya. :)

mrs puex said...

alahai..akhirnye dpt jugak kesan kt mane tmpat kesakitannye..

sabar yek mama..anak tgh nak membesar tuh..:D

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Dugaan biler anak x cihat
Dah kecil lg
X pandai nk bgtahu apa2
Get well soon strong boy!!!

MaryaYusof said...

As salam Cekpid,

Ala keciannya baby Syabil... Betullah kalau anak sakit/xsihat lg2 yg kecil mcm syabil ni mmg risau...sb die tak pandai lg nak ckp mana sakit, apa yg sakit kan... Teringat dulu ms my son xsihat, xboleh tdo dibuatnya... sb risau lg2 belah malam... standby je ubat 'peluru' in case bdn panas mendadak...