27 April 2012

Projek baru



Projek minggu ini adalah menambah stok makanan buat baby Syabil. Dia nak masuk 8 bulan jadi selera adalah bertambah selain tak berapa minat nak menyusu dengan maknya sayugia menghisap jari lebih nikmat dari segala-gala dimuka bumi ini..........

Bulan pertama dia  makan dimulakan dengan bubur kosong, bubur + kismis, bubur + madu, bubur + kurma. Lepas tu 'up' sikit, kasi tambah itu margerin, dikuti rapat dengan sayur lobak, kobis bunga, brokoli dan juga bayam.

Masuk bulan kedua, dah mula ada based. Apa lagi yang mudah & rasa sedap selain daripada ikan bilis sebagai peneraju utama masakan. Ikan bilis tu pulak, walaupun kita beli yang siap kopek, jangan bagi peluang malas menerjah. Harus check sekor persekor supaya tak ada tulang temulang ikut serta. Ayat apekah???

Bulan ketiga ni, upgrade lagi menu utama. Jadi esok nak buat stok ikan bilis, stok ayam, stok udang, stok daging. Masuk freezer boleh tahan lama..lebih dari 2 minggu kot. Letak dalam bekas comel-comel mesti kelihatan comel susunan dalam peti sejuk itu........again, ayat apekah??


Belum confident nak biar pengasuh masak bubur jadi tiap-tiap pagi sebelum pergi kerja baju dah basah peluh bila aktiviti memasak ni masuuukkk jugerk dalam list to do every morning. Takpe..takpe...boleh kurus. Mana tahan beb...tunduk kepala pandang kaki, nampak perut!!. Mengandung tu lain ceritassss. Lain macam je ayat tu. Stress?? eh, off course hoccayyy * sambil mata pandang kiri, mulut senget ke kanan






2 comments:

Nur said...

Hi Epid! Sihat ke?
Bagus-bagus. Masak makanan dari rumah untuk anak. Lebih berkhasiat. Teruskan usaha, kawanku! :)

Chekpid said...
This comment has been removed by the author.