31 May 2012

Seronoknya alahai...


Hoyehhh, cuti sekolah dah bermula. Bukan budak-budak je, mak budak pun seronok. Kalau dapat bercuti lagilah beronok-ronok.


Kami pergi Gambang...jadilah, ye dok!! hikhikkk

30 April hari tu genap Anniversary ke-8. Tak kemana pun. Buat rekod hari tu kami pergi makan luar dari breakfast sampai supper. Muncit perut weih...memang totally jalan-jalan cari makan. Dan bersempena cuti sekolah ni, dikira sambut anniversary jugak lah walaupun dah kelewatan..huhu

Sebelum Tuan driver mulakan tugas haruslah anak-anaknya berlagak divo............


Amacam, ok tak pose ai? Ada gaya mutu dan keunggulan?


Bakal pemandu peribadi ahkakkk.

Hari pertama perjalanan agak kelenguhan sebab jammed@ genting sempah. Adalah dalam 5km jalan tersengguk-sengguk. Bila dah jadi gitu, haruslah tayar hangit dan enjin kepanasan makanya berderet kereta park di bahu jalan nak kasi enjin sejuk. Kami jalan jugak, tak kuasa nak melambatkan lagi perjalanan.

Jarang pergi area utara & pantai timur ni. tak banyak R&R, billboard yangbest2 pun takde...jalan terusss cuci mata tengok bukit bukau. Ouwh, boleh tahan mengantuk, tapi tak sampai hati membiarkan Tuan driver sorang-sorang. Ai kan co-pilot yang baik (Sila tahan muntah)


Sampai sana dah petang. Acara wajib yang pertama adalah acara menguji keempukan tilam tempat beradu.



Syabil kelihatan kaget disitu

Tak boleh jadi. Macam best je gambar 3 beradik tu...jeles. Terus maknya nak menempel. Gigih mencari setting yang auto snap tu.

Bosan tunggu weihhhh



Haaaaa...dapat masuk!!

Bila dah naik syeikh...ajak plak apoknya joint sekaki acara lompat tikam tilam. 
Bukan senang nak dapat moment macam ni. Semua aduka ku sangat susah nak ada mood bergambar. Sekali dapat, takkan dilepaskan :p


Malam tu kami lepak-lepak kat funfair dalam resort je. Pandai owner. Kawasan situ memang takde entertainment lain. Pekan pun jauh. Jadi kat situlah dia cari bisnes. Funfair, horse ride, karok, game bagai...haaa pilih je apa nak, macam-macam ada.

Sebelum beradu, layan blues kat cafe dulu. Masakannya? sangaaaaattt tak menepati selera :)

 Syabil tunjuk hero guling-guling atas meja cafe.
Syafiq pun taknak kalah. Nak tumpang glamer jugak.Lantakkk!!


Sangat happy tengok anak-anak happy. Especially baby Syabil yang over menggeletis dari mula-mula masuk kereta lagi. Hope dia semakin sembuh. Syoooh, pergi jauh-jauh penyakit!!



Sesi kuak lentang di waterpark akan disambung next entry (kalau rajin). Sekian

3 comments:

Unknown said...

ala.. rajin2 kan lah..
syok tgk kerenah budak2 dan mak budak skali ni..

mekchu said...

dah nak penuh quota gambr ramai2 tu wei.. hahahaha..

aku tak sabar nak tgk ikan muntah air..

Nur said...

Aku pernah merasa jem kat highway karak tu, masa tu dok KL, nak balik Kelantan. Peh, sabor je la.
Lawalah gambor satu family tu! :)