Aduh..sangat malaaaaaaaaaaaaaaaaaas update blog. Sejak bertambah
Sempena baby Syabil mencapai umur setahun, ku dedikasikan entry ini untuk tatapan sendiri, kalau umur blog panjang, dapatlah hero2 ultraku baca di masa-masa akan datang, eceh!
Kek pertama----
ini kek bebeday untuk boboy & gegirl (perahsantan) dari abah. Anak sulung dah boleh membaca, so takpayah nak letak word love2 chup2 disitu...sudah tidak sesuwei ye buk. hahaaa
Kek kedua---
Gigih mak buat kek ni, deknon. Cubaan pertama mendeko, sila adjust mata anda ke paparan yang nice-nice ajer. Mana-mana mak kat donia ni kompom hati berbunga-bunga bila kek buatan sendiri menjadi phojaan. kalau apa yang dimasak tak laku dek ahli kelaurga haruslah sentap menyengat di sanubari, tak gitu :)
Gambar bersama boboy. Sila abaikan stand kek tu yea..anggap anda tak dapat meneka apakah bendanya itu. Kalau betul teka pun, tak dapat hadiah so, jangan pikir panjang.
Abang belakang sibok interframe. Asyik menghitung hari bila nak buat birthday dia pulak. Siap request nak buat kt taska tempat dia transit, taknak buat kat tadika prasekolah. Dia kata situ kawan-kawan ramai sangat, nanti kek habis, APEKAH???
Hi ibu-ibu mertuaku...seksi tak ai |
Perkembangan di usia 1 tahun, gigi 6 batang, expert panjat tangga hokeyh...sangat-sangat menggunakan tenaga kinetik, motor, sintetik dan sebagainya. Harus dijeling sepanjang masa supaya terselamat. Memang fenat...tapi mak lebih suka anak-anak mak belajar & explore benda-benda gini. Aksi jengket kaki pun selalu dibuat especially bila main sorok-sorok & cak-cak dengan abang-abangnya. Now pandai main nyorok-nyorok bawah selimut pulak dah...makin senang maknya. kumpul 3 beradik atas katil, korang main la puas-puas, tau-tau dah tertidur, itupun bila maknya sedar esok pagi...... * Sila jangan tiru.
Di kalangan 3 beradik tu, dia paling awal tunjuk progress. Sekadar catatan diri sendiri. Untuk anak-anak bonda yang lain, jangan kecik ati ye (tiba-tiba tukar panggilan kepada yang paling syopan)
5 hari - tali pusat dah tanggal
4 bulan - gigi bawah 2 batang dah tumbuh
6 bulan - duduk dengan sangat kukuh
Syabil tak mesra kamera, sama macam ultra yang lain. Tapi ada masanya dapat jugak snap gambar-gambar macam ni...**senyum sampai telinga
Setahun sudah berlalu....Syabil nak adek tak?..ehh, wakakakkkkk
9 comments:
Syabil - nakkkk!
hihihi..
masih nyusu badan tak ni?
Silap taip daaaa....
masih bf lagi. harap2 bertahan le sampai tahun ke-2 dan seterusnya..
happy bday Syabil....
chek pid... rumah baru lg ke?
eh, dok aih..itu je le rumah sedia ada
maksud akak... rumah en. belog...
hik2...salah paham sudeh (sorok muka)..iye kak..langsir baru & rumah baru
betul ke ko kira dah setahun ni? mcm kejap lah sgt.. hihihi.. happy 1st birthday hensem syabil..
ko dpt bayangkan kalo yg-4 mcm mana progress dia pulak? dan aku mcm tak percaya kek tu buatan sendiri selagi ko tk bagi aku rasa :)
Cepatnya dah setahun dah. Comel la dia.
Tahniah Epid, pandai buat kek dan anak suka. :)
Post a Comment