31 October 2010

Anime Museum & Akihabara





Cerita bersambung...............



Di Tokyo, selain mendengar taklimat dan sesi soal jawab bersama penceramah jemputan, kami juga ada site visit. Lawatan tapak ini penting ye tuan/puan. Sebab kalau tutorial sahaja tidak membantu untuk kita mengetahui lebih jauh persekitaran dan perkembangan bandar metropolitan Tokyo. Kita kena alami dan rasai sendiri cara hidup dan budaya di sini untuk lebih memahami rakyat jepun. Pesanan dari penulis, ayat tak boleh belah ini harus diterima dengan hati yang terbuka.

Pose skema untuk tatapan umum.
Information & communications in Japan 2010.
Teruja sebab dapat buku yang baru sahaja publish Mac lepas.
Maklumat yang menarik untuk perkembangan ICT Jepun


Government allocate a lot of money
for ICT purpose in Disaster control

There are 3 largest telecommunication carriers in Japan which are NTT, KDDI and SOFTBANK. NTT antara penyumbang terbesar peyediaan perkhidmatan seperti Mobiles phones, broadband broadcast, IP telephones, ISP & Access lines. Antara fakta menarik yang ada :
1. Peringkat umur 20-29 tahun rakyat jepun suka membeli belah secara online menggunakan cellular phone
2. Barang paling banyak dibeli secara online adalah buku, cd & dvd
3. Lebih 70% pengguna melayari internet menggunakan cellular phone dari pc (mudah di bawa kot)
No wonder dalam train, masing-masing layan perasaan samada surf internet atau baca buku, macam dalam perpustakaan..senyap je...
4. Peratusan celik IT adalah tinggi. 40% kanak-kanak 5-10 tahun mula akses internet. Senang kata, cellular phone tu macam-macam yang depa akses s/ada view video clip, tv programs, listen music, news etc
5. 50% of all digital audio player user use apple's products followed by sony, panasonic, toshiba & others


Ok, cukup-cukupla fakta di atas, saya paparkan aktiviti seterusnya

Suginame Animation Museum

Sesi petang, kami di bawa ke Suginami Animation Museum. Perjalanan dalam 40 minit dari TIC


Rainy day
Sebelah kanan tu, coordinator kami, Ms Sanaye.
Dia translate apa yang disampaikan oleh pegawai museum.
Pengalaman baru untuk chekpid :)





Ini mesin dubbing dulu2. Record voice, read dialog & play

Close frenz of director anime doraemon.
Beliau pernah menjalinkan usahasama
dengan Dato' Lat menghasilkan buku komik.

Sesi bergambar diteruskan dengan jayanya.



Akihabara

Kawasan yang penuh dengan gajet-gajet & antara pusat membeli-belah yang menarik kerana pilihan yang sangat banyak. Berderet kedai free duty. Banyak pilihan kalau nak beli souvenir, tp kena pandai cari. Antara kedai souvenir yang menarik adalah Akky. Ini dikira standard jepun..100 - 300 yen adalah harga murah. Di sekitar kedai sangat ramai promoter chomel. Macam-macam style sailormoon boleh jumpa. Stylo la depa ni. 

Rombongan bertiga
dengan tujuan survey harga & benda menarik di akihabara

Tak tau la nak kata...memang tolet diorang ni bersih la, sampaikan chekpid ada 'selera' nak bergambar hokeh!. Walaupun ramai yang guna (esp shopping mall) tapi takde pulak bau-bau yang tidak menyenangkan. Tak payah nak sembur air freshener. Mungkin sebab function toilet bowl yang mudah.. main tekan-tekan button jek, so toilet tak la basah atau bau macam-macam. Entry chekpid sebelum ni ada tunjuk gambar

Key-word : Discipline


Wuhhuu....rafsham waz here @ Yodobashi-Akiba
Mall ni ada 10 tingkat. sangat besar. Macam-macam ada dari jam, barang elektrik, pc, games, toys (product ban-dai best! ) & sebagainya

Matlamat utama adalah mencari adik beradik terkini ultraman dan raksasa untuk 2 little hero yang ditinggalkan,. Ya ampun...banyak giler.harga 580yen per unit + offcourse cenderahati untuk my laling & relatives. Highly recommended. Kalau uol sampai di akihabara, sila la pergi ke yodobashi-akiba ni. rugi kalau tak singgah. Lagi satu, sape peminat robot produk ban-dai angkat kening. Korang boleh hilang akal tgk produk-produk dia. Segala maknenek robot ader, cari jek. Based on my frenz yang biasa beli, kat sini lebih murah. 

Misi lawatan masih diteruskan. Macam semalam, kami membeli-belah japan cottons. Kat mana? tunggu next entry ek

28 October 2010

Konnichiwa


Okeh...perkataan baru hari ini adalah seperti di atas
maksudnya...Selamat tengahari!!

Word dua hari lepas ingat tak? 
hah...tak ingat la tuh :p

Sudah 2 hari tidak bersiaran seperti dj
jadi kena la cerita all in one
ok...get set
1.......2......go!


Mode : Serius

Pada hari ke-2 kami di beri taklimat awal sebagai trainee JICA
Jadi waktu pagi penuh dengan aktiviti mengisi borang untuk mendapatkan kad elaun (dapat 3ribu yen++/sehari) & kad kesihatan. Selain itu, turut diberi penjelasan tentang penggunaan meal card, do's n don'ts sepanjang menginap di TIC serta hal-hal lain macam pemberian peta tokyo, tag nama dan sebagainya. Tengahari di bawa pula pusing sekitar TIC untuk melihat kemudahan & perkhidmatan yang disediakann. Tempat sini selesa. Kemudahan banyak. Sesi petang bersambung dengan taklimat program pula. Ikut jadual ada tutorial, visit & presentation group. Nanti saya update sket2. Selesai dalam pukul 5 petang.Kalau disini, dah dikira waktu maghrib. Semalam sudah mula tutorial. Kami diberi pendedahan tentang pelajaran, politik, kerajaan & latar belakang Negara Jepun.

14 negarawan :p

Aktiviti melawat kawasan sekitar TIC
bersama Instructor jepun yang comel

I choose this set

Di TIC ada disediakan masakan ayam halal. Tapi saya lebih suka makan ikan, salad & cocktail. Dan tiba-tiba juga menjadi seorang vegetarian. Apekah??

Check BP by ur own
Mesin ni diletak di main lobby. Bole check tekanan darah sendiri. Setakat ini masih lalu lalang sambil menjeling manja. Tak sempat lagi nak cuba

Yippiee....berjaya snap gambar photographer..
.sila lihat jari jemarinya yang lentik itu

Orientation day

Sarapan hari ke-3. Grilled fish & cornflakes


Ini adalah sesi perbincangan mak-mak dan bapak-bapak pengantin untuk pemberian sourvenir kepada coordinator dan Jabatan yang terlibat semasa sesi lawatan.


Jepun juga ada masalah yang sama. Kekurangan lelaki di kolej


Mode : Hullahup

Malam selasa lepas adalah sesi jalan-jalan mencari pasal ke Shinjuku. Naik train dalam 10 minit dah sampai.
Hullahup diteruskan semalam dengan ke Sasazuka...deretan kedai kecil di sekitar perumahan.


On de way to Shinjuku

Malam itu suhu adalah 13 celcius. Rasa macam masuk dalam peti sejuk. Gigil weh

Masih ada homeless di sana.

Mereka tinggal di tempat pejalan kaki bawah bangunan. Sedih pula tengok sebab rata-rata adalah warga tua. Susun kotak terbongkok-bongkok...tapi masih membaca untuk mengisi masa lapang






Pemandangan indah bandar Tokyo dari Observatory.
Free entrance (Itu yg penting)






Jalan-jalan sekitar shinjuku
Kali pertama keluar berjalan, memang berlaku kesesatan. Nasib keluar beramai, so tidak le cuaks sangat. Sangat terharu pada seorang gadis jepun yang bermurah hati tolong kami tunjuk jalan.bukan setakat tunjuk jari tapi siap bawakan kami ke stesen yang betul. Jauh juga stesen tu sebenarnya. Sakit urat dibuatnya. 3 jam di Shinjuku diisi dengan berjalan & berdiri, Windows shopping le kunun (termasuk masa sesat sekali). Kalau masa pergi kaki melangkah tersusun rapi, tapi masa balik dah macam bersepah tak tentu arah.





Semalam suhu drop lagi. Jatuh kepada 10 celcius. Gambar-gambat makcik kt atas adalah di Sasazuka.Jalan kaki dalam 10 minit dari TIC. Di situ ada kedai 100 yen. setakat ni, 100 yen adalah nilai yang paling murah walaupun kalau convert duit kita, harganya dalam RM4. Macam standard kedai 2ringgit kita laaa....

Ok, ini saja dapat update. Baru balik dari Akihabara. Situ banyak gilos gajet. 10 tingkat yang penuh dengan games, toys, pc, kamera dan macam-macam lagi. Malam ni baru beli sket2, survey harga & set target nak beli apa. InsyaAllah, hujung minggu ni akan ke sana lagi.

25 October 2010

Ohayo gozaimasu





Kata nak belajar bahasa jepun kan. 
Kena la praktik apa-apa yang boleh diingat dan dicerap di kepala
Jadinya,perkataan pertama yang berjaya disebut dengan yakin jitu adalah 
ohayo gozaimasu...
Sebut banyak kali...baru boleh ingat...maksudnya Selamat Pagi

Haha klako chekpid...warna hitam putih..
dah rasa macam oshin versi bugis celup

Malam semalam bertolak dari KLIA pukul 11 malam. Lebih kurang 7 jam perjalanan...sakit vontot i duduk lama-lama dalam flight..

My first meals
 
Entahler..sushi ke tu?. Tapi nasinya rasa macam pulut, dicampur dengan rumpai laut & ikan...macam ikan masin...sedap juga, not bad
 

Ada kamera tunjukkan saat2 masa nak berlepas secara live.kellasss


  Tak boleh tido wok...jenuh pusing kiri pusing kanan. Nasib ada movie

Macam-macam adaa...


























































































































Lepas sampai di airport, kami ke pusat latihan, Tokyo International Center (TIC).
Kena naik bas untuk ke sana
Sebaik keluar pintu airport terus feel genting highlands. 
Tapi lagi syok wooo…bila cakap pun keluar haba…memang tak payah korang syusyah-syusyah beli gula2 hallss. Feel pelakon winter sonata okeh (sorila,wa fanatik cerita ni)
 


 dalam perjalanan dari Airport ke Tokyo International Center (TIC).

Di bawah jejambat berderet motor & basikal. 
Orang sana lebih ramai naik basikal, motor, jalan kaki atau naik train. 

 


 Kami sampai TIC dalam pukul 9 pagi. Tapi bilik banyak yang belum ready. 
Sudahnya, kena tunggu di lobby sampai pukul 11.30 pagi, waktu lunch. 
Ada peserta yang tak bernasib baik, bilik not available sampai ke pukul 2 petang. 
Nasib bilik i ready awal uu...kul12 lebih dah check-in. Dapat rest
Beg-beg yang menjadi mangsa keadaan
Dijala  supaya tidak hilang
sementara peserta berehat kefenatan menunggu check-in

 
Di TIC, kami tinggal macam hostel.Sila bayangkan macam INTAN, Bukit Kiara. 
Bilik setiap seorang. Walaupun agak sempit tapi selesa ...
Kemudahan banyak sama ada di hostel mahupun di lobby, antaranya 

Kemudahan Hot water yang besar gadang...
 
 
Flush pun ada wireless remote.
Touch your hand at the glass, then it can flush automatically
Mangkuk tandas pun ada musik...apa cerita beb!

Comel je biliknya
 Untuk matawang Yen...1000 yen dalam RM38 duit kita so...bayangkan je la..air mineral botol kecil pun dalam 100yen, means Rm3.8++ Itu belum value barang lain...chobaan!!!

Waktu solat kat sini pun awal. Jadual hari ini;

Subuh > 4:32
Zuhur > 11:26.
Asar > 2:29
Maghrib > 4:54
Isyak > 6:15

Pukul 5 dah golap..mata pun rasa layu semacam je...Waktu post entry ni pukul 7.50pm. Masa untuk zZZZzzzzz.......

Gud nite!





























20 October 2010

I will fly........


Masanya sudah hampir tiba
Untuk saya terbang jauh
Mencari pengalaman baru
Perasaan Baru
Ilmu baru
 chewah..!!eksen ko ye

Pergi mana?
Tokyo, Japan
(ehsan En. gugel)




Saya dapat tawaran ini sehari selepas syahmi jatuh berjahit
Rugi kalau tolak
Sepanjang tempoh saya berkhidmat dalam kerajaan
Ini peluang terbaik yang saya dapat
selain dapat jumpa PM secara live semasa perasmian Klinik 1Malaysia di Subang dulu


Seronok....sedih...risau...


Paling saya impikan untuk ke Jepun
Syukur, doa dimaklbulkan
Sebab negara mereka maju
Saya nak tengok cara hidup orang jepun
Mana yang baik boleh kita praktikkan disini
Mereka hebat sebab kejayaan membangunkan negara yang HEBAT
Semangat kamikaze mereka buat saya kagum

Zaman sekolah dulu..suka namakan kumpulan dengan nama kamikaze
Itupun dah rasa hebat dah tu...semangat pejuang okeh

Banyak persiapan perlu dibuat
Memang jiwa kacau kiri kanan depan & belakang
Apa yang saya prepare?

Pejabat :

1. Mohon kelulusan ke luar negara & Elaun Baju panas
Erkk..geram sebab surat kelulusan masih tak dapat ...malas nak cerita panjang, saket hati

2. Nota serah tugas 
To ready detail out of any jobs pending & responsible officers to handle it.
18 hari okeh.. Dari 24/10 hingga 11/11. Itu belum termasuk cuti tambahan 3 hari selepas balik..bagi kes mengemas rumah yang kompom macam tongkang pecah & bersekali dengan sambutan Hari Raya Haji.

Family
1. Anak-anak saya serahkan pada lelaki ini...wah gitu

Saya percaya pakwe saya
Dia lebih faham karenah anak-anak kami
Sabtu & Ahad, minta tolong sis jaga.
Kasi chance pakwe rehat (Tq SisYaernpurple)






2. Semua To-do-list saya dah senaraikan & siap tampal kt board.

3. Baju-baju sekolah & daycare anak-anak. Susun santek. Senang pakwe nak kemas beg-beg mereka nanti. Mana-mana yang perlu iron, saya uruskan

Ya Allah, lindungilah keluargaku. Moga diberikan kesihatan yang baik & di jauhkan dari malapetaka & syaitan yang direjam

Tinggalkan keluarga adalah satu perasaan yang sangat menjeruk rasa (betul ke wording tu)

Diri sendiri
1. Kena prepare makanan kering (banyak  wok, 1 beg...sana susah nak cari makanan halal)

2. Baju-baju yang penuh 1 beg AF Afundi keluar.

3. Duit pun kena tukar. Matawang jepun sangat mahal okeh. Sekitar RM38 bagi seribu Yen..Tak tahu la apa yang dapat dibeli pada harga seribu yen. Makan minum pihak JICA tanggung..dah namanya ke sana, bukan selalu kan..off course nak pi jalan2 cari pasal...duit lagik!
4. Pihak JICA beri cd untuk conversation in Japan langguage...Belum sempat dengar & belajar
5. Emosi kena maintain...Saya seorang yang kuat semangat (sesi mempositifkan diri sendiri)

Ahad ni penerbangan jam 11 malam. Saya bersemangat nak pergi. Sama banyak & mungkin lebih semangat untuk balik ke Malaysia nanti 
sebab....

Harta saya disini













11 October 2010

Dilema...


ini budak syafiq

Umur dia baru masuk 3 tahun...
saya ada wish sebelum ini

Sekarang dia dapat akal baru
Hari-hari minta mainan
Kalau tak power rangers...dia minta ultraman

Ultraman bukan calang-calang ok...
dia hafal nama
...daina..kosmos..ultraman 7...ultraman z
ntah apa maknenek ultra semua dia ingat
siap nama budak tu pun dia tau...MUSASHI
ha...tengok...dengan saya2 pun boleh tau nih!
nasib juga power rangers dia belum hafal lagi

Selagi tak dapat
Hari-hari dia minta 
Ni dah kira hari ke-4
sape tahan ooo..

Bukan tak pernah beli
tapi bila dah beli...jemu main, dia sepak2 jek
tak pun campak entah ke mana


Kali ini dia ada word baekkkk punya
"Mama beli la kan....mama kan cantek!!!"
Adeh...budak ni 
Kalau korang...tahan tak dengar word itu?

Adus..apa nak buat? ada idea tak? 
Hari-hari mintak...rimas oooo
Nak beli ke tak? beli ke tak? beli ke tak?...........

04 October 2010

Muhammad Syafiq; yr3...Hapy birthday my dear





Hari ini genap umur syafiq 3 tahun. Cepat dah anak mama membesar. Dah boleh tidur dalam bilik sendiri dengan abang dia. Siap halau lagik kalau mama dia nak tumpang sekaki.." Mama tidurlah dengan abah, capik kan dah becar"  :)

Maunya tak seronok. Fenat tau mama cari idea macam mana nak ajar anak mama tidur sendiri, decorate bilik bagai...berhasil juga idea tu.





Tiba-tiba teringat masa berpantang dulu..huhuuuu, cepat masa berlalu. Alhamdulillah masih bernafas hingga hari ini, dapat mama tengok syafiq lagi....dapat mama dengar word ini dari sayfiq
                              
Terima kasih mama...cedap mama macak
capik cayang mama
capik kan anak mama
capik dah becar..umor capik 3 tah hun..........


Dear syafiq

Syafiq jangan nakal tau..
nakal sket2 takpe...
tapi dengar cakap..
syafiq kan anak mama
duit simpan tabung..
jangan asyik beli otomen jek
nanti kita nak naik aeroplan kan..kan




Budak laen bila bedung eloklah dok diam-diam, tapi budak kechik nih...haishhh!!

 
Transport pertama syafiq

Doa mama sentiasa mengiringimu, nak!! 
waa...tiba2 emo la pulop...sedey...sedey...