17 January 2011

Jauh berjalan, sakit urat


Susulan dari kejelesan melampau membaca blog sis kherun pasal dinos alive, maka kami anak beranaks 4+1 telah pun ke Pusat Sains Negara bagi merealisasikan impian si ibu anak yang tak sabar-sabar nak tengok dinasour, katanya.

Nasib semalam tak ramai, maybe dah lepas cuti sekolah, jadi keadaan terkawal. Cari parkir pun senang, tak perlu menapak jauh. Kepada sesiapa yang terjeles tiba-tiba, sila lah buat lawatan ke sana dengan anak-anak anda. Pameran dino dibuka hingga Mei 2011. *





 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Ehem...ada harapan jadi pelapis negara tak? Gaya dah ada nih
 

 
 
 
 
 Dengan kuasa bulan........

 Akan menghukummu.....hiyarggggghh.!!






 
 Wajah-wajah stress tunggu abang tak siap-siap....cantek la sangat sand art dia tu :p.



 
 
 

Budak-budak kalau dah masuk situ taknak keluar. Dari pukul 10 pagi sampai ke 3 petang berkampung kat dalam tu. Mata melilau ngalahkan pak guard. Sorang pantau yang kecik, sorang lagi tengok si besor. Tak terkejar juga sebab depa boleh menyelinap ke sana ke mari. Jadi, pesanan kepada ibubapa, siap-siap la korang bawak bekal segala. kalau nak bawa handyplast pun sangat dialu-alukan. Mana taukan melecet-lecet kaki dibuatnya. Apapun, cuti semalam memang berbaloi. Berpeluh hingga ke celah ket**k ....auwww..tak kosa!

03 January 2011

Proud of u


Saje bagi tajuk omputeh...sebab tak berapa feel. Karang kalau feel payah juga, nanti ada yang banjir di opis. Hari ini my syafiq first day masuk KEMAS. Walaupun umur dia baru 3 tahun 2 bulan, tetapi secara teknikalnya dia dah berumur 4 tahun dan berjaya masuk ke tadika idamannya. Sepanjang tahun lepas setiap kali lalu situ mesti tanya, bila dia boleh sekolah.

Pagi tadi dia memang semangat. Mulut ni berdoa juga, Ya Allah...harap-harap semuanya lancar. nak tinggalkan budak kecik tu...berat hati juga because his brother is not there to be his bodyguard. Almaklumla si gendut mama masih berbintik. Belum sembuh.

Masuk kelas bukan main ramai....parents..Rasaya lebih ramai dari student. Ada tu, yang siap datang 1 keluarga. Macam-macam ragam...ada yang menangis..ada yang lari keluar. Tapi my syafiq steady. Tinggalkan dia kat kerusi, salam peluk cium...bagi nasihat sket & minta izin keluar ** wah gitu, mak minta izin anak??

Actually itu  yang ai praktikkan. Kiranya nak kongsi tips dengan kawan-kawan yang sudi membaca dalam blog ini. Bukan la minta izin apa...Minggu lepas hampir setiap hari bagi kata-kata semangat dan perangsang pada dia supaya dia berani & kita explain pada dia kenapa dia perlu berani. Then  today...ai tanya..."syafiq, mama nak pergi kerja ye..sayfiq boleh tinggal sini dengan kawan-kawan?" bila dia angguk, ...means dia ready la tu. So jangan risau tak tentu pasal. Lebih baik tinggalkan dia dengan cikgunya. Takut nanti lagi lama kita disitu, lagi dia rasa comfort ada kita & macam-macam hal lain pulak yang akan jadi.

Keluar kelas tadi dengan hati berbunga-bunga. Mama bangga, sayang..!! Anak mama berani...

Walaupun baju ai jambu..hati ai kental tau :p

31 December 2010

Tipah tertipu



Semalam adalah hari cuti kami berdua. Plan asal nak ke Sunway lagoon. Dah janji dengan syafiq. Kalau dia patuh makan ubat & baik dari chicken pox kami nak bawa ke sana mandi manda. Tau je lah budak-budak. Siapa yang tak suka pool kan. Tapi nampaknya perancangan Allah lebih dari segalanya. Baik syafiq, syahmi pulak yang kena. Ini dah masuk hari ke-3. Syafiq dulu demam setengah malam je. After recover esoknya dia dah tumbuh bintik-bintik. Syahmi pula lain cerita. Demam dah masuk 2 malam beserta bintik-bintik besor yang menunggu masa nak pecah. Demam sampai gigil2... Ibarat ibu mengandung. lain anak lain ragamnya...* tiba-tiba bagi perumpaan bagai...relate ke cikjah oii *

Siang ok, malam je panas...biasa la tu. Untuk tidak merugikan cuti asben yang mmg susah nak cuti tu...we went to The Mines... 2 malam pikir tempat...mana nak cari yang dekat & tak pernah sampai. 

 

Sesi touch up terpaksa dibuat dalam kereta. Tak sempat la dear...sori



Masuk the mines, takde feel. Laki minik memang tak suka windows shopping..jadi memang tak merasai apa-apa kenikmatan pun lalu lalang depan kedai. Takde masanya der nak menikmati keindahan infrastruktur bangunan ke...nampak bot rasa teruja ke..budak-budak pun buat dek je.

Keluar dari situ, terus ke Mines wonderland. Berdiri depan entrance, penjaga mention yang main interest ditutup. Under renovation, katanya. Yang ado, cuma kita boleh melawat ala-ala taman haiwan...rabbits (he say we can feed them.)..burung2..monyet2...harimau segala...

Tiket Dewasa  RM10, kanak-kanak RM7. Ini apa yang kami dapat...**selain dari dapat penat**



Abang perkasa tak sabar nak mulakan lawatan tapak

Udah-udah la tu lambang peace korang. Mama jemu ah



Ini dia wajah abang syahmi selepas touch-up...ilang sket2 je
 
Pose penganten baru beserta tumbler yang tersemat kemas
Apa motif anak beranak ni?

 
Dalam kepala dok terbayang macam kat Langkawi...kawasan rabbit yang boleh kita lari-lari manja sambil bagi makan carrot. Rupanya kandang kocik yo. Bekas makan dia gantung kat pagar. Sesiapa boleh bagi...konon!. bekas pun kosong..appadaaa......

Bye rabbit busyuk...kompom tak datang dah



Naik pula ala-ala bot kecil keliling 'parit'. Benda ni akan lalu ikut alur air, ke sekeliling kandang rabbit, ayam, burung... Budak-budak je yang teruja, kami blur. Ada ke pulak tengah pulau buatan tu tersergam tempat sembahyang satu kaum nih. Pulak tu ada yang tengah dok menyembah-nyembah. Patut ke tak patut..... korang rasa? 

Memang kempam mulut. Keluar dari situ berbakul-bakul kami mengutuk. Entah!! tak paham...tempat persendirian ke tu?






Jalan-jalan je lah...tengok binatang pun tak bernafsu. Depa pun sama feel i guess

At then end...masuk semula The Mines. Makan kat lot pakcik putih ni lagi puas hati. Habis makan, terus balik. Ingat nak singgah rumah member, ambil perfume yang kirim kat dia masa cik kak tu ke s'pore. Tapi tak jadi...takut anak dia jangkit chicken pox. Sudahnya singgah ke Maiden Shah Alam, beli sabun daun semambu untuk syahmi.

A ter..kome ghase teman anak branak seronok tak?  Kalo kome nak pergi, silakan. teman tak kesiyor............. (betulke language makcik? :p)

27 December 2010

Hati tak keruan



Diriku dilanda kegusaran....

Masa syahmi salam tangan nak ke nurseri, nampak pulak kat atas kepala dia satu tanda merah. Then cepat-cepat check tangan..oushh..ada satu bintik kecil la pulok. 

Adakah akan mengalami sakit yang sama macam adik dia? 
Macam kisah entry menjaga pesakit 2 minggu lepas?
Adik dah baik...abang pulak ke?
Apekah????

22 December 2010

Kenapa saya suka pergi opis mama



Nama saya capik
Saya suuuuuuuuuuka pergi opis mama
kalau boleh nak pergi hari-hari
Abang saya pun syuuuuuuuuuuuuuka jugak
Cuma hari ini mama bawa saya sorang je
Mama kata kat abang, mama nak bawa saya pergi klinik
Chicken pox saya tak baik lagi, nanti jangkit kat kawan-kawan

Kenapa saya suka pergi opis mama?

Sebab..........

opis mama bessssssssssstt

 Boleh main lukis-lukis


boleh pakai lipstik mama...mulut capik kering...
tu tengok yang dekat kaki tu....dah pakai pon
 Opss...nak cuba butang baju syendiri..capik pandaiiiii



Haa....syepah-syepah lagi...!!!



Sebab tu Capik syuka pergi opis mama

Sebab.............

Mama tak marah macam maksom....
mama ketap bibir jek...

17 December 2010

SMS Semak Halal JAKIM



Asyik lupa format untuk sms semak halal. Bila sudah berada di pasaraya baru teringat nak semak, itu yang jadi masalah. Tadi saya buat carian dan saya nak kongsikan info yang saya dapat
 
Panduan SMS

(1) Format SMS semakan permohonan,
HALAL<>STATUS<>No. permohonan
Cth: HALAL STATUS 20091231101010
hantar ke 15888.


(2) Format SMS semakan pemegang sijil halal
HALAL<>SEMAK<>No. Pendaftaran Syarikat (ROC)
Cth: HALAL SEMAK 12345X
hantar ke 15888.
 
 
Saya lebih suka guna format ke-2. Kadangkala tak yakin juga dengan logo halal JAKIM, takut ada yang manipulasi logo *Banyak kes berlaku*. Jadi untuk kepastikan lebih baik sms untuk dapatkan pengesahan. Memang mudah, dalam seminit dua kita akan terima jawapan sama ada produk/ syarikat tersebut telah peroleh sijik halal atau sebaliknya. 

TIPS-->

1 : No. ROC(nombor dalam kurungan) biasanya terdapat di alamat syarikat yang dilabelkan pada produk

2 : Jika sms yang anda terima adalah seperti berikut; XXX Sdn. bhd telah tamat tempoh sah sijil; Itu bermakna sijil halal wujud cuma telah tamat. Biasanya permohonan untuk perbaharui sijil akan dibuat oleh syarikat terbabit.

Jadi buatlah pilihan bijak. Yang penting tahu logo terkini halal JAKIM & semak status bagi menjawab kegusaran. Mulakan tulis format di atas kertas kecil & simpan dalam wallet/purse anda

USAHA.DOA.TAWAKAL.  
Itu yang terbaik