03 January 2011

Proud of u


Saje bagi tajuk omputeh...sebab tak berapa feel. Karang kalau feel payah juga, nanti ada yang banjir di opis. Hari ini my syafiq first day masuk KEMAS. Walaupun umur dia baru 3 tahun 2 bulan, tetapi secara teknikalnya dia dah berumur 4 tahun dan berjaya masuk ke tadika idamannya. Sepanjang tahun lepas setiap kali lalu situ mesti tanya, bila dia boleh sekolah.

Pagi tadi dia memang semangat. Mulut ni berdoa juga, Ya Allah...harap-harap semuanya lancar. nak tinggalkan budak kecik tu...berat hati juga because his brother is not there to be his bodyguard. Almaklumla si gendut mama masih berbintik. Belum sembuh.

Masuk kelas bukan main ramai....parents..Rasaya lebih ramai dari student. Ada tu, yang siap datang 1 keluarga. Macam-macam ragam...ada yang menangis..ada yang lari keluar. Tapi my syafiq steady. Tinggalkan dia kat kerusi, salam peluk cium...bagi nasihat sket & minta izin keluar ** wah gitu, mak minta izin anak??

Actually itu  yang ai praktikkan. Kiranya nak kongsi tips dengan kawan-kawan yang sudi membaca dalam blog ini. Bukan la minta izin apa...Minggu lepas hampir setiap hari bagi kata-kata semangat dan perangsang pada dia supaya dia berani & kita explain pada dia kenapa dia perlu berani. Then  today...ai tanya..."syafiq, mama nak pergi kerja ye..sayfiq boleh tinggal sini dengan kawan-kawan?" bila dia angguk, ...means dia ready la tu. So jangan risau tak tentu pasal. Lebih baik tinggalkan dia dengan cikgunya. Takut nanti lagi lama kita disitu, lagi dia rasa comfort ada kita & macam-macam hal lain pulak yang akan jadi.

Keluar kelas tadi dengan hati berbunga-bunga. Mama bangga, sayang..!! Anak mama berani...

Walaupun baju ai jambu..hati ai kental tau :p

2 comments:

nohafiza said...

alolo tecit2 dah p school eh...

ummi sofiyyah said...

hehe...comel...!