17 December 2010

SMS Semak Halal JAKIM



Asyik lupa format untuk sms semak halal. Bila sudah berada di pasaraya baru teringat nak semak, itu yang jadi masalah. Tadi saya buat carian dan saya nak kongsikan info yang saya dapat
 
Panduan SMS

(1) Format SMS semakan permohonan,
HALAL<>STATUS<>No. permohonan
Cth: HALAL STATUS 20091231101010
hantar ke 15888.


(2) Format SMS semakan pemegang sijil halal
HALAL<>SEMAK<>No. Pendaftaran Syarikat (ROC)
Cth: HALAL SEMAK 12345X
hantar ke 15888.
 
 
Saya lebih suka guna format ke-2. Kadangkala tak yakin juga dengan logo halal JAKIM, takut ada yang manipulasi logo *Banyak kes berlaku*. Jadi untuk kepastikan lebih baik sms untuk dapatkan pengesahan. Memang mudah, dalam seminit dua kita akan terima jawapan sama ada produk/ syarikat tersebut telah peroleh sijik halal atau sebaliknya. 

TIPS-->

1 : No. ROC(nombor dalam kurungan) biasanya terdapat di alamat syarikat yang dilabelkan pada produk

2 : Jika sms yang anda terima adalah seperti berikut; XXX Sdn. bhd telah tamat tempoh sah sijil; Itu bermakna sijil halal wujud cuma telah tamat. Biasanya permohonan untuk perbaharui sijil akan dibuat oleh syarikat terbabit.

Jadi buatlah pilihan bijak. Yang penting tahu logo terkini halal JAKIM & semak status bagi menjawab kegusaran. Mulakan tulis format di atas kertas kecil & simpan dalam wallet/purse anda

USAHA.DOA.TAWAKAL.  
Itu yang terbaik

3 comments:

Unknown said...

info yang bagus =)

p/s: Terima kasih kerana follow blog anastasyea dan tinggalkan link blog anda dekat entry Saya Nak Follow Blog Anda .. Sila Tinggalkan URL Blog Di sini!. Kat sini nak bagi tahu .. anastasyea pun dah follow blog ini juga. =)

salyza said...

info berguna ini.
bagus bagusss.. hehe..

Malaysia Tercinta said...

Yang penting kena semak dulu untuk buat pilihan bijak. Thanks
Semak Status Halal JAKIM Secara Online Dan SMS