19 March 2012

Langsir baru

Asal warna kelabu je....SUKA
Asal suka je....KELABU

Mengumumkan langsir terbaru blog chekpid
Syantek tak kawan-kawan?

16 March 2012

Budak demam


Cepat sembuh ye
demam lama-lama nanti badan susut
hilanglah kegebuan mu itu

"agaknya antibodi dalam proses menguji ketahanan badan"

02 March 2012

Yea...makan time

Baby Syabil lagi 10 hari nak 6 bulan

tapi sejak 2-3 minggu lepas setiap kali kita makan dia tunjuk muka kesian sambil mulut macam mengunyah something walhal air luir jek banyak menjejeh.

Pulak tu, kami find out gigi bawah dia dah tumbuh. Punya la awal..abang2 nya dulu paling koman pun 8-9 bulan kot.

So, seminggu ni kekonon nak try le masak bubur nasi. Bagi yg light aje. buat sikit dalam segenggam beras, campur dengan kurma then blend lagi kasi halusssssssssss. Tengok apa jadik




Memang tak menyempat. Lambat sket dia yang tolong suapkan diri sendiri...boleh gitu?


See....muka happy kekenyangan. Nampaknya weekend ni operasi menyediakan stok makanan utk baby syabil

Lagi seminggu nak cuti sekolah. Tak sabar pulak rasanya, mengalahkan budak yang sekolah. Nak pergi holiday. Lately stress kt tempat kerja. Kot2 la kan...balik holiday, kurang sket stress :)

29 February 2012

Buat sentap

Hari tu dia taknak pergi sekolah..
katanya...


"ada pembuli"


ok, fine, 
entah siapa la pulak permbuli tu
ke..terpengaruh video klip hafiz & wani


Esoknya dia taknak ke sekolah jugak
katanya....


"ada serangan nyamuk aedes"


hadoiii, mana pulak ko dapat statement tu dek

Sudahla pepagi membizi
terkejor-kejor nak drop by anak sana sini
sudahnya ku pontengkan je budak kecik tu :p

Tadi dia taknak pergi sekolah jugak
At the end, dia keluar statement macam ni


"Adek tak nak pergi sekolah...cikgu garang"
"Adek takpandai...cikgu pukul adek bila salah"


okey, yang ini tak boleh tangguh lagi
betuk ke tidak..kena jumpa jugak cikgu tadika dia

Pagi tadi pergi mengadap cikgu
slowtalk & bincang depan dia
biar dia dengar & puas hati
terkulat gak cikgu tu, tapi malas nak panjang ceritasss
kita guna reverse phsycology sket

at last, budak kecik senyum sipu2 selepas berjaya dipujuk
hadehh...ko kan dek...macam-macam!!

Bluweeekkkk


p/s..jadi mak ni kena sedia mendengar dan bertindak atas maklumat. Make sure sahih, jgn melenting tak tentu pasal :)
..

22 February 2012

Kerja, bekerja, dikerjakan

Kerja

Minggu ini banyak kerja luar.
  1. Isnin - Hosp. Orang Asli Gombak, 
  2. Selasa - Hospital Banting
  3. Rabu - Hosp. Kuala Kubu Bharu
  4. Khamis - Hosp. Tengku Ampuan Jemaah S. Bernam & Hosp. Tg. Karang
  5. Jumaat - Maybe ke Hospital Orang Ali Gombak
Rasa macam YB melawat kawasan.

Bekerja

Happy tengok statistik pengunjung website JKNSelangor naik mencanak sejak awal tahun ini. Semalam je unique hit dalam 3000++. Harap-harap website kami banyak memberi info berguna untuk public. To my blog readers, sila lah berkunjung ke website kami. Add cari kt google. Kot ada idea bernas boleh juga bagi pandangan untuk tambah baik.

'Berkhidmat untuk Rakyat'

Dikerjakan

Memang boleh tahan juga dikerjakan dek anak-anak. Semakin banyak ragam. Bila weekdays, jumpa kita time malam je. Banyakler karenah minta simpati dan manja miaw-miaw. Hadeh, layan selagi terdaya.

01 February 2012

Masa sangat pantas




Hushhh...lama tak update blog. Kali ini nak tempek gambar budak botak yang nak masuk 5 bulan minggu depan. Progress, selain suka sembur-sembur air liur dia dah mula buntang-buntang mata bila tengok kita makan. Jadi, petanda itu kita ambillah sebagai maksud budak kecik ini dah bersedia nak makan gamaknya. Perlulah ada tindakan susulan oleh makpak supaya tumbesaran seimbang dengan kehendak dan nepsu sang perut. Bagi yang light2 aje untuk intro.

Eh..dia pun dah boleh meniarap tapi masih terkias2 nak terbalikkan badan semula. Ada hati nak duduk walaupun tak padan kecik montot & pinggang tak balance lagi. Setiap kali dibaringkan mulalah angkat kepala..angkat kaki, minta belas ihsan.