18 September 2012

Sudah satu tahun, kekdahnya


Aduh..sangat malaaaaaaaaaaaaaaaaaas update blog. Sejak bertambah uban umur ni, menjadi-jadi la pulak perahsaan itu. hak2....sungguh la haaaa

Sempena baby Syabil mencapai umur setahun, ku dedikasikan entry ini untuk tatapan sendiri, kalau umur blog panjang, dapatlah hero2 ultraku baca di masa-masa akan datang, eceh!


 Kek pertama----


ini kek bebeday untuk boboy & gegirl (perahsantan) dari abah. Anak sulung dah boleh membaca, so takpayah nak letak word love2 chup2 disitu...sudah tidak sesuwei ye buk. hahaaa


Kek kedua---


Gigih mak buat kek ni, deknon. Cubaan pertama mendeko, sila adjust mata anda ke paparan yang nice-nice ajer. Mana-mana mak kat donia ni kompom hati berbunga-bunga bila kek buatan sendiri menjadi phojaan. kalau apa yang dimasak tak laku dek ahli kelaurga haruslah sentap menyengat di sanubari, tak gitu :)

Gambar bersama boboy. Sila abaikan stand kek tu yea..anggap anda tak dapat meneka apakah bendanya itu. Kalau betul teka pun, tak dapat hadiah so, jangan pikir panjang.




Abang belakang sibok interframe. Asyik menghitung hari bila nak buat birthday dia pulak. Siap request nak buat kt taska tempat dia transit, taknak buat kat tadika prasekolah. Dia kata situ kawan-kawan ramai sangat, nanti kek habis, APEKAH???


Hi ibu-ibu mertuaku...seksi tak ai



Perkembangan di usia 1 tahun, gigi 6 batang, expert panjat tangga hokeyh...sangat-sangat menggunakan tenaga kinetik, motor, sintetik dan sebagainya. Harus dijeling sepanjang masa supaya terselamat. Memang fenat...tapi mak lebih suka anak-anak mak belajar & explore benda-benda gini. Aksi jengket kaki pun selalu dibuat especially bila main sorok-sorok & cak-cak dengan abang-abangnya. Now pandai main nyorok-nyorok bawah selimut pulak dah...makin senang maknya. kumpul 3 beradik atas katil, korang main la puas-puas, tau-tau dah tertidur, itupun bila maknya sedar esok pagi...... * Sila jangan tiru.


 Di kalangan 3 beradik tu, dia paling awal tunjuk progress. Sekadar catatan diri sendiri. Untuk anak-anak bonda yang lain, jangan kecik ati ye (tiba-tiba tukar panggilan kepada yang paling syopan)

5 hari - tali pusat dah tanggal

4 bulan - gigi bawah 2 batang dah tumbuh
6 bulan - duduk dengan sangat kukuh

Syabil tak mesra kamera, sama macam ultra yang lain. Tapi ada masanya dapat jugak snap gambar-gambar macam ni...**senyum sampai telinga




Setahun sudah berlalu....Syabil nak adek tak?..ehh, wakakakkkkk

12 September 2012

Kesan mengidam


Betul ke mengidam itu, baby yang nak? Ke...maknya yang ngengada nak itu ini

Ada juga terpikir macam tu masa belum kahwin. Rasa kepelikan terutama bila dengar ibu-ibu mengandung yang suka minta macam-macam sepanjang kehamilan.

Then, masaku mengandung, baru le mendapatnya perasaan itu..dan setelah dikaji-kaji dan dijalankan hipotesis, terbukti ada kebenarannya juga yang keinginan itu ada kait mengait dengan si baby dalam perut.

Anak sulung

Masa fasa terbelahak muntah ijo dulu  ada satu insiden, redah hujan lebat di malam buta untuk ke restoran yang cengkonon heybat dan vass kat pandamaran (masa tu menyewa kat Teluk Gadung). Hati kata....nak cari ketam! nak cari ketam!!  Memang tak boleh menahan walaupun sehari. nak jam tu jugaaaaaaaaaaaaaaak...ha, gitulah merajuknya makyong ketika itu.

Dan....

Bila sampai restoran,

Time tu la ketam tak naik dari laut. huk2..nan ado stok. tak ke frust. Rasa nak nanges  tapi disebabkan kaki pun dah kebas dok dalam keta yang terkandas bila hujan lebat dan air pasang, makanya macam otomatik plak cool je. Terus order menu lain - tomyam (boleh pulak tukar2 ngidam sekelip mata)

Yang bestnya, syahmi ni sampai ke sudah favourite dia tomyam. 

Suratan atau kebetulan? Eceh, macam tajuk novel daaaaa


Anak Ke-dua

Takde pulak rasa ngidam nak makan apa-aa. Cuma di minggu akhir pregnant, time tu bulan puasa. Jadi, taknak la mengalah dalam bab mendeco (tak sedor diri bulan raya adalah bulan berpantang sedunia).

Siang malam asal ada masa terluang je cat rumah hokkay...membuak2 perasaaan nak buat sendiri. Pergi kedai cat pun ku ikut sekali, nak pilih kaler punya pasal. Sehinggalah ke pagi 4 Oktober tu, sebelum check up kt hosp, sempat lagi final touch-up di dinding. Lepas sahur tak tidur nokkss. Bayangkan le dalam keadaan memboyot itu, sanggup kebas kaki mengecat. Cuma yang bahagian atas je cik suami buat. yang lain memang ku tak kasi sentuh langsung. Nak buat sendiri-degil!.

Rupanya time check up tu la masa dah time untuk beranax... Dan sampai laaaaaaaaa ni, budak syafiq memang suka kaler hijau sama macam cat dinding. Sungguh jelas nyata dan terang kesukaannya pada color tu since dia kocik 2 tahun lagi. Nak apa2- mesti pilih yang warna hijau.Dan bertambah-tambah pelik samapi sekarang dia paling slim dalam rumah. Memang tak kuat makan....kuat main ipad ada lerr :p

Anak ke-3

Kembali kepada nepsu tekak. Pregnant 5 bulan air liur dah merembes-rembes mebayangkan sedapnya stroberi. Itu yang keluar entry pasal ni --> http://rafsham.blogspot.com/2011/05/cameron-highland-part-1.html

Dan macam kena pulak dengan peel syabil masa sambut bebeday boboy n 'gegirl' minggu lepas. Bukan main asyikkkkkk dia makan buah tu sampai putik hijau tu pun dia kunyah jugak.

Ada moral ke cerita ni...heheee sendiri pikir aaaa


By the way...kami kongsi bulan. Mine 1 syawal, dia 12 Syawal. Mine 5 september, dia 10 september...

Disebabkan dia pun kocik lagi, tak dapat dipastikan ke arah siapa dominannya perangai makpak yang dia ikut. Tapi dari gaya tendangan front kick nya itu, dapat ku hagak sape yang dia follow. almaklumla maknya dulu ahli taekwando tali pinggang putih..hak2

Nanti ku story pasal sambut bebeday dia eh..Dua kek uols!

04 September 2012

Rumah baru lagi


Ok, saya telah mendeco rumah baru untuk kesekian kalinya bersempena hari lahir tuan tanah kedaung esok makanya harus ada suntikan semangat sama ada ke arah menjahanamkan atau mencantikkan rumah ini.

Hati tak keruan melihat nombor baru umur sendiri walaupun tiap-tiap tahun sambut bebeday bulan Islam 1 Syawal..dan dah sambut dah pun, dah tukar nombor rumah dah pun 30+1+1++

Saje, tak ada niat di sebaliknya..memang saja mood baru..betul ni..takde apa, saje ok...

blur!

28 August 2012

Susahnya bergambar raya


Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua.

Pagi ini hujan lebat. Pergi kerja agak kebasahan sebab keluar masuk kereta hantar 3 orang anak sana sini dan tanggunglah sendiri bila lambat 5 minit thumb print.

Dah mula puasa sunat Syawal? Bagus kita mulakan awal sementara tak berapa nak lupa rasa berpuasa sepertimana Ramadhan yang lepas. Pada yang kena ganti tu,sangatlah bagus jika dibuat sekarang. Jangan malezzz.

Tahun ini nak kata beraya sakan tidak lah. Biasa-biasa sahaja. Betulkan niat berhari raya untuk kunjung mengunjung sesama umat Islam lebih dari stress pikir baju apa, kasut apa nak dipakai di hari raya. Mana yang ada dan setakat termampu gitu. Tahun ini pun kami dah mula untuk tidak shopping beriya-iya masa bulan puasa. Beli baju anak pun masa bulan Syaaban. Cuma mana-mana yang tak settle baru menggagau jugak cari masa puasa tu. Sayang nak lepaskan Ramadhan. Semoga Allah panjangkan usia kita untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan.

Masuk fb sana sini pose gambar raya. Kau ado? hu...tak ada complete set yang cantik di mata. Semua serba tak kena.



Test luar rumah..not bad





















Test tepi rumah..huh nampak ampaian..
kenape b, hawait muka tu (seperti berkata, lepaskan daku! lepaskan daku)









Ok, adjust tepi sikit. nampak ok

tapi...tapi...why ur 2 finggers still put inside ur mouth. WHY???? ini hari raya maa.pose lain sikit boleh tak








Ok. dapat tangkap jari dia. 
Eh mak jemah, over tau buat teleng kepala ayam macam tu. tak sesuai versi mak-mak






Test market tepi pokok pulak. Lama tak pose lentik-lentik jari. Haaa..ambik! Sorang songkok senget, sorang tayang perut. Petanda kejadian tidak diingin bakal berlaku.









Dah start daaaaaaaaaaaah

Dua orang budak didepan yang mula kebosanan.








Abang boleh mahap lagi. Tapi adek show the true color of him :p





Emaknya masih tidak berputus asa. Disuruh lagi bergambar dengan berkata, one more..one more


Dan memang one more. Dia tanggal selipar terussssssssssssssss. Main pijak-pijak macam  larian terompah tempurung tu ha


baby Syabil pun masih dengan habitnya......






Huhu sedih ahkak!!









01 August 2012

Jangan tiru habit dia


Baby Syabil ada satu habit sejak usia dia sebulan setengah ---> hisap jari

Ada sesetengah budak hisap ibu jari, tapi dia lebih suka hisap 2 jari (tamak :p)

Tak ajar, tapi it's comes naturally. Puas tarik tangan dia tapi bila ada masa lapang...hmm, memang jari tak lepas. Ini ada beberapa keping gambar dia beraksi dengan 2 jarinya itu

Semasa tidur.....



Keluar jalan-jalan


Dalam kereta


 Dalam rumah
 



Sampaaaaaaaaaaaai sekarang usia 10 bulan, still with the same habit. Memang kena lekakan dia dengan something baru la dia lepaskan jari tu. Tapi jenuh jugaklah kalau nak hadap baby kecik ni. Tak buat kerja pulak maknya nanti.


Last but not least

kosong...kosong...ohhhh (najwa latiff)

30 July 2012

Al-Fatihah


Hari ini 10 Ramadhan 1433H. Genap 10 hari umat Islam berpuasa. Alhamdulillah, saya ingin terus kekalkan ingatan bahawa bulan ramadhan adalah bulan beribadah lebih dari mengingatinya sebagai bulan puasa. 

Sudah 11 hari juga anak saudara saya kembali kepada Pencipta. Memetik dari bacaan talkin yang disampaikan pagi 1 Ramadhan.." Dari tanah kita datang, kepada tanah juga kita kembali"

Mengumpul kekuatan untuk menerima hakikat kehilangan...uhh, sangat pedih. Melihat kakak dan keluarganya menghadapi saat kehilangan itu juga sangat pedih. Tapi hari demi hari kekuatan itu terbina, walaupun ada kalanya ingatan pada saat manis suka duka mudah sahaja terbayang dan terkenang-kenang tapi saya positif.  Pasti ada tempat terbaik yang telah disediakan kepadanya di sana sedangkan kita yang masih bernafas ini perlu terus berjuang dan beramal mudah-mudahan baik juga tempat kita di sisi Allah kelak.

Dia dijemput olehNYA di usia menginjak 14 tahun. Sangat kuat dan cekal berjuang untuk hidup sehingga ke akhir hayatnya. Semangatnya tinggi dan saya nak anak-anak saya, mahupun diri saya sendiri menjadi sepertinya. Terus kuat dan tidak mengaku kalah. 

Tersentuh hati membaca comment seorang rakan yang mendoakan supaya diberi kekuatan seorang ibu saat amanahnya diambil oleh Pencipta. Semoga doa tersebut diperkenankan olehNYA

 Ya.... saya faham perasaaan itu. Saya lihat kakak saya jatuh. dan saya memerhati dia mengutip kekuatan untuk bangun semula.