Kata nak belajar bahasa jepun kan.
Kena la praktik apa-apa yang boleh diingat dan dicerap di kepala
Jadinya,perkataan pertama yang berjaya disebut dengan yakin jitu adalah
ohayo gozaimasu...
Sebut banyak kali...baru boleh ingat...maksudnya Selamat Pagi
Haha klako chekpid...warna hitam putih.. dah rasa macam oshin versi bugis celup |
Malam semalam bertolak dari KLIA pukul 11 malam. Lebih kurang 7 jam perjalanan...sakit vontot i duduk lama-lama dalam flight..
My first meals |
Entahler..sushi ke tu?. Tapi nasinya rasa macam pulut, dicampur dengan rumpai laut & ikan...macam ikan masin...sedap juga, not bad
Ada kamera tunjukkan saat2 masa nak berlepas secara live.kellasss |
Tak boleh tido wok...jenuh pusing kiri pusing kanan. Nasib ada movie
Macam-macam adaa... |
Lepas sampai di airport, kami ke pusat latihan, Tokyo International Center (TIC).
Kena naik bas untuk ke sana
Sebaik keluar pintu airport terus feel genting highlands.
Tapi lagi syok wooo…bila cakap pun keluar haba…memang tak payah korang syusyah-syusyah beli gula2 hallss. Feel pelakon winter sonata okeh (sorila,wa fanatik cerita ni)
dalam perjalanan dari Airport ke Tokyo International Center (TIC). |
Di bawah jejambat berderet motor & basikal.
Orang sana lebih ramai naik basikal, motor, jalan kaki atau naik train.
Kami sampai TIC dalam pukul 9 pagi. Tapi bilik banyak yang belum ready.
Sudahnya, kena tunggu di lobby sampai pukul 11.30 pagi, waktu lunch.
Ada peserta yang tak bernasib baik, bilik not available sampai ke pukul 2 petang.
Nasib bilik i ready awal uu...kul12 lebih dah check-in. Dapat rest
Beg-beg yang menjadi mangsa keadaan Dijala supaya tidak hilang sementara peserta berehat kefenatan menunggu check-in |
Di TIC, kami tinggal macam hostel.Sila bayangkan macam INTAN, Bukit Kiara.
Bilik setiap seorang. Walaupun agak sempit tapi selesa ...
Kemudahan banyak sama ada di hostel mahupun di lobby, antaranya
Kemudahan Hot water yang besar gadang... |
Flush pun ada wireless remote. Touch your hand at the glass, then it can flush automatically |
Mangkuk tandas pun ada musik...apa cerita beb! |
Comel je biliknya |
Untuk matawang Yen...1000 yen dalam RM38 duit kita so...bayangkan je la..air mineral botol kecil pun dalam 100yen, means Rm3.8++ Itu belum value barang lain...chobaan!!!
Waktu solat kat sini pun awal. Jadual hari ini;
Subuh > 4:32
Zuhur > 11:26.
Asar > 2:29
Maghrib > 4:54
Isyak > 6:15
Pukul 5 dah golap..mata pun rasa layu semacam je...Waktu post entry ni pukul 7.50pm. Masa untuk zZZZzzzzz.......
Gud nite!
8 comments:
bos..mmg kelas laporan hari pertama bos di jepun nih.;mmg tak sabar menunggu coretan hari-hari seterusnya..gambate kudasai...
sekian, rafsham melaporkan dari bilik berita TIC, Tokyo..arigato gozaimasu
ko telah bawak aku sama2 ke tokyo.. wallahhh.. update live tau, nnti kalo kumpul2, takut lupa...
nmpk suasana kat sana tak jauh beza ngan shenzen.. org ramai pilih naik moto & basikal.. basikal dorang pun canggih2 kan..
aku lagik suka bilik kecik cam tu.. sbb x de la takut kan..
next.....
mekchu...statement psl bilik memang sangat setuju...lagi kecik lagi rasa selamatttttttttttt....
Seronoknya, dapat tengok negara orang. ^_^
konbanwa! jgn lupa beli kad tepon dia, muraaaahhhh klu call guna phone dlm bilik....
Put : Alhamdulillah, rezeki
Sisi Kherun : seribu yen utk 90min kan? blom beli lg
aduh..kenangan..kenangan...!! ahkak belom berjaya merakamkan memori ni lagi kat blog yg ciput itu..
Post a Comment