Semalam adalah hari cuti kami berdua. Plan asal nak ke Sunway lagoon. Dah janji dengan syafiq. Kalau dia patuh makan ubat & baik dari chicken pox kami nak bawa ke sana mandi manda. Tau je lah budak-budak. Siapa yang tak suka pool kan. Tapi nampaknya perancangan Allah lebih dari segalanya. Baik syafiq, syahmi pulak yang kena. Ini dah masuk hari ke-3. Syafiq dulu demam setengah malam je. After recover esoknya dia dah tumbuh bintik-bintik. Syahmi pula lain cerita. Demam dah masuk 2 malam beserta bintik-bintik besor yang menunggu masa nak pecah. Demam sampai gigil2... Ibarat ibu mengandung. lain anak lain ragamnya...* tiba-tiba bagi perumpaan bagai...relate ke cikjah oii *
Siang ok, malam je panas...biasa la tu. Untuk tidak merugikan cuti asben yang mmg susah nak cuti tu...we went to The Mines... 2 malam pikir tempat...mana nak cari yang dekat & tak pernah sampai.
Sesi touch up terpaksa dibuat dalam kereta. Tak sempat la dear...sori
Masuk the mines, takde feel. Laki minik memang tak suka windows shopping..jadi memang tak merasai apa-apa kenikmatan pun lalu lalang depan kedai. Takde masanya der nak menikmati keindahan infrastruktur bangunan ke...nampak bot rasa teruja ke..budak-budak pun buat dek je.
Keluar dari situ, terus ke Mines wonderland. Berdiri depan entrance, penjaga mention yang main interest ditutup. Under renovation, katanya. Yang ado, cuma kita boleh melawat ala-ala taman haiwan...rabbits (he say we can feed them.)..burung2..monyet2...harimau segala...
Tiket Dewasa RM10, kanak-kanak RM7. Ini apa yang kami dapat...**selain dari dapat penat**
Abang perkasa tak sabar nak mulakan lawatan tapak |
Udah-udah la tu lambang peace korang. Mama jemu ah |
Ini dia wajah abang syahmi selepas touch-up...ilang sket2 je |
Pose penganten baru beserta tumbler yang tersemat kemas |
Apa motif anak beranak ni? |
Dalam kepala dok terbayang macam kat Langkawi...kawasan rabbit yang boleh kita lari-lari manja sambil bagi makan carrot. Rupanya kandang kocik yo. Bekas makan dia gantung kat pagar. Sesiapa boleh bagi...konon!. bekas pun kosong..appadaaa......
Bye rabbit busyuk...kompom tak datang dah |
Naik pula ala-ala bot kecil keliling 'parit'. Benda ni akan lalu ikut alur air, ke sekeliling kandang rabbit, ayam, burung... Budak-budak je yang teruja, kami blur. Ada ke pulak tengah pulau buatan tu tersergam tempat sembahyang satu kaum nih. Pulak tu ada yang tengah dok menyembah-nyembah. Patut ke tak patut..... korang rasa?
Memang kempam mulut. Keluar dari situ berbakul-bakul kami mengutuk. Entah!! tak paham...tempat persendirian ke tu?
Jalan-jalan je lah...tengok binatang pun tak bernafsu. Depa pun sama feel i guess
At then end...masuk semula The Mines. Makan kat lot pakcik putih ni lagi puas hati. Habis makan, terus balik. Ingat nak singgah rumah member, ambil perfume yang kirim kat dia masa cik kak tu ke s'pore. Tapi tak jadi...takut anak dia jangkit chicken pox. Sudahnya singgah ke Maiden Shah Alam, beli sabun daun semambu untuk syahmi.
A ter..kome ghase teman anak branak seronok tak? Kalo kome nak pergi, silakan. teman tak kesiyor............. (betulke language makcik? :p)